Friday, September 21, 2012

Reepi Stew Tulang Ibu Mertuaku


Resepi Stew Tulang Ibu Mertuaku 

(sangat enak dimakan bersama roti atau biskut semasa panas untk sarapan pagi anda...yummy yummy!!!)
    • Tulang - 1/2 kg (elok yang berdaging sikit)
    • Bawang putih - 3-4 ulas (dihiris)
    • Tepung gandum - 3 sudu besar
    •  Bunga cengkih - 4 kuntum
    • Kentang - 1 biji ?(dipotong dadu kecil) 
    • Lobak merah - 1/2 biji (dipoting dadu kecil)
    • Button mushroom - dihiris sederhana halus (jika ada)
    • Air - 1 litre
    • Serbuk lada sulah - secukup rasa
    • Serbuk lada hitam - secukup rasa
    • Garam dan gula - secukup rasa
    • Daun sop dan bawang - dihiris sebagai taburan
    • Minyak zaiton
 Cara-cara
  1. Panaskan minyak zaiton dan tumis bawang putih dan bunga cengkih agar naik baunya.
  2. Masukkan tepung gandum dan tumis/kacau sehingga warnanya menjadi keemasan 
  3. Masukkan air sedikit2 serta kacau agar tepung larut sebati dan tidak berketul pada api sederhana..
  4. Masukkan tulang, kentang dan lobak merah dan button mushroom.
  5. Masukkan lada sulah dan lada hitam.
  6. Biar stew di atas api yang kecil sehingga stew menjadi agak pekat .
  7. Seebelum angkat, masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau rata.
  8. Angkat dan tabur bawang sop/bawang untuk dihidang semasa panas.
Tips :
Semakin lama kuah stew di biar atas api kecil semakin sedap rasanya untuk mendapat perisa tulang sepenuhnya.

~ Selamat Mencuba ~ 

Saturday, June 2, 2012

Kek Gula Hangus

Sebenarnya kek gula hangus atau dipanggil kek sarang semut ni tidak berapa menjadi...terlupa nak masukkan susu krim manis semasa diadun. Ternampak susu dalam mangkuk semasa kek sudah pun 5 minit dibakar dalam oven .....huak10x!! inilah akibat buat keje2 nak cepat sangat!!. Kek gula hangus yang sempurna adalah kek yang mempunya tekstur/ira2 lubang panjang yg jelas serta berkilat. Keknya bila ditekan menganjal dan potongnya pun senang. Saya memang amat menggemari kek tradisi ini sejak kecil lagi. Apa2 pun kek tetap nampak naik jugalah.  InshaAllah akan buat sekali lagi bagi menebus segala kecuaian yang tidak hari berlaku ini......Tunggu ya..

Friday, May 25, 2012

Sup Tulang Warisan

Menu sup tulang ini saya hidangan untuk makan tengahari ini (25/5/2012) selain yam goreng berhabuk, sambal belacan dan sayur campur. Anak puji sedap.

 Resepi:
  • Tulang Lembu - 1 kg(saya suka yang berdaging sedikit)
  • Halia - 1/2 inci
  • Lengkuas - 1/2 inci
  • Bawang merah - 5 biji (dihiris)
  • Bawang putih - 3 biji (dihiris)
  • Sup bunjut - 2 bungkus (saya guna sup bunjut warisan,,,sedap)
  • Bunga lawang - 3 kuntum
  • Bunga cengkih - 3 kuntum
  • Kulit kayu manis - 1/2 inci
  • Buah pala - 4 biji
  • Cili Padi - 4 biji
  • Asam keping - 3 keping (boleh guna jus perahan limau kasturi atau lemon , ikut rasa)
  • Daun sop dan bawang - secukup nya
  • Garam dan gula - secukup rasa
  • Lobak merah - ikut suka
  • Kentamg dibelah empat - ikut suka
  • Bawang goreng - untuk taburan/hiasan/penambah rasa
Cara2:
  1. Bersih tulang hingga tiada cebisan tulang2 kecil dan tos
  2. Rebus tulang bersama halia dan lengkuas sehingga separa empuk
  3. Masukkan sup bunjut, hirisan bawang kecil dan putih, bunga lawang, bunga cengkih, kuli kayu manis, buah pala, asam keping/perahan limau dan sedikit garam
  4. Masukkan lobak merah dan kentang dan rebus sehingga kedua2nya dan daging tulang menjadi empuk.
  5. Masukkan garam sedikit lagi dan gula secukup rasa.
  6. Sebelum angkat, taburkan bawang goreng.
  7. Angkat dan hidang semasa panas.
~Selamat Mencuba~

Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...