Showing posts with label Resepi Kongsi. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kongsi. Show all posts

Friday, September 21, 2012

Reepi Stew Tulang Ibu Mertuaku


Resepi Stew Tulang Ibu Mertuaku 

(sangat enak dimakan bersama roti atau biskut semasa panas untk sarapan pagi anda...yummy yummy!!!)
    • Tulang - 1/2 kg (elok yang berdaging sikit)
    • Bawang putih - 3-4 ulas (dihiris)
    • Tepung gandum - 3 sudu besar
    •  Bunga cengkih - 4 kuntum
    • Kentang - 1 biji ?(dipotong dadu kecil) 
    • Lobak merah - 1/2 biji (dipoting dadu kecil)
    • Button mushroom - dihiris sederhana halus (jika ada)
    • Air - 1 litre
    • Serbuk lada sulah - secukup rasa
    • Serbuk lada hitam - secukup rasa
    • Garam dan gula - secukup rasa
    • Daun sop dan bawang - dihiris sebagai taburan
    • Minyak zaiton
 Cara-cara
  1. Panaskan minyak zaiton dan tumis bawang putih dan bunga cengkih agar naik baunya.
  2. Masukkan tepung gandum dan tumis/kacau sehingga warnanya menjadi keemasan 
  3. Masukkan air sedikit2 serta kacau agar tepung larut sebati dan tidak berketul pada api sederhana..
  4. Masukkan tulang, kentang dan lobak merah dan button mushroom.
  5. Masukkan lada sulah dan lada hitam.
  6. Biar stew di atas api yang kecil sehingga stew menjadi agak pekat .
  7. Seebelum angkat, masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau rata.
  8. Angkat dan tabur bawang sop/bawang untuk dihidang semasa panas.
Tips :
Semakin lama kuah stew di biar atas api kecil semakin sedap rasanya untuk mendapat perisa tulang sepenuhnya.

~ Selamat Mencuba ~ 

Friday, May 25, 2012

Sup Tulang Warisan

Menu sup tulang ini saya hidangan untuk makan tengahari ini (25/5/2012) selain yam goreng berhabuk, sambal belacan dan sayur campur. Anak puji sedap.

 Resepi:
  • Tulang Lembu - 1 kg(saya suka yang berdaging sedikit)
  • Halia - 1/2 inci
  • Lengkuas - 1/2 inci
  • Bawang merah - 5 biji (dihiris)
  • Bawang putih - 3 biji (dihiris)
  • Sup bunjut - 2 bungkus (saya guna sup bunjut warisan,,,sedap)
  • Bunga lawang - 3 kuntum
  • Bunga cengkih - 3 kuntum
  • Kulit kayu manis - 1/2 inci
  • Buah pala - 4 biji
  • Cili Padi - 4 biji
  • Asam keping - 3 keping (boleh guna jus perahan limau kasturi atau lemon , ikut rasa)
  • Daun sop dan bawang - secukup nya
  • Garam dan gula - secukup rasa
  • Lobak merah - ikut suka
  • Kentamg dibelah empat - ikut suka
  • Bawang goreng - untuk taburan/hiasan/penambah rasa
Cara2:
  1. Bersih tulang hingga tiada cebisan tulang2 kecil dan tos
  2. Rebus tulang bersama halia dan lengkuas sehingga separa empuk
  3. Masukkan sup bunjut, hirisan bawang kecil dan putih, bunga lawang, bunga cengkih, kuli kayu manis, buah pala, asam keping/perahan limau dan sedikit garam
  4. Masukkan lobak merah dan kentang dan rebus sehingga kedua2nya dan daging tulang menjadi empuk.
  5. Masukkan garam sedikit lagi dan gula secukup rasa.
  6. Sebelum angkat, taburkan bawang goreng.
  7. Angkat dan hidang semasa panas.
~Selamat Mencuba~

Wednesday, May 23, 2012

Ikan Talapiah Masak Asam Rebus


Resepi
  • Ikan Talapiah (sederhana besar) - 1 ekor
  • Lada hidup - 4 biji * (boleh tambah 2-3 biji cili padi jika ingin pedas)
  • Bawang besar - 1 biji *
  • Bawang putih - 4 biji *
  • Halia - 1/2 inci *
  • Kunyit hidup - 2-3 cm *
  • Sedikit belacan - 1 sudu besar (biasa saya goreng belacan sehingga garing dan simpan di dalam peti ais untuk kegunaan) *
  • Air asam jawa (1/2 sudu besar)  atau 3 keping asam keping (boleh tambah jika ingin masas sedikit)
  • Kacang panjang - ikut suka (dipotong2 dalam 3cm)
  • Buah tomato - ikut suka (dibelah 4)
  • Garam dan gula secukup rasa
* - Dikisar bersama

Cara2
  1. Masukkan ikan talapiah dan bahan2 kisar ke dalam periuk
  2. Rebus sehingga mendidih.
  3. Masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya
  4. Agak2 5 minit sebelum angkat, masukkan buah tomato dan kacang panjang
  5. Angkat dan hidang semasa panas.
Tips : Seperti masak asam pedas, masak asam rebus ni kalau dimasak lagi lama lagi enak rasa kuahnya supaya bahan2 mesra sebati,  cuma perlulah kita keluarkan ikan apabila separuh masa rebusan bagi mengelakkan ikan dari hancur. 

 
~ Selamat Mencuba ~


Saturday, March 31, 2012

Spaghetti Bolognaise

Resipi ini boleh dirujuk pada resepi beef bolognaise yang saya ada kongsikan sebelum ini dalam kategori Pasta dan Salad, cuma saya gantikan 'minced beef kepada 'minced chicken' dan gunakan bebarap biji tomato segar,1 tin mushroom tomato soup dan hirisan chicken sausage with cheese ke dalam sos spaghetti. Boleh tambah sedikit gula merah untuk menambahkan keenakkan sos spaghetti anda. . 
Selamat Mencuba!!

Monday, March 26, 2012

Yellow Lemon mustard

Resepi yellow lemon mustard ni adalah sos 'dressing' yang kebiasaan kami gunakan untuk dihidang/gaulkan bersama salad (buah2an mahupun sayuran) dan sebagai sapuan(spread) pada sandwich (smoked chicken/beef) untuk sarapan pagi .Rasanya yang sedikit kemasaman membangkitkan rasa salad dan sandwich dan tidak muak. Berikut adalah resepi mudah dan cepat sos yellow lemon mustard :

Bahan-bahan:
    • Yellow mustard : 3 sudu besar
    • Jus lemon : 1/2 bii (diperah)
    • Minyak zaiton : 5 sudu besar
    • Serbuk lada hitam: 1/2 sudu kecil
    • Serbuk lada putih : 1/2 sudu kecil
    • Bawang putih ; 2 biji (di hancurkan/chopped)
    • Serbuk chiili (chilli flakes) ; 1/2 sudu kecil
    • Garam secukup rasa
Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan dalam sebuang mangkuk kecil dan gaul sehingga rata dan sebati. Bolehlah ditambah sedkit air masak kedalam camuran yellow mustard mengikut kepekatan yang anda inginkan.

~ Selamat Mencuba ~

Thursday, January 26, 2012

Lemon Cheese Cake / Kek Keju Lemon


Sempat buat 2 adunan kek keju untuk minum petang untuk isi masa lapang. Tak sampai malam, habis sebiji kek!! Memang sedap..jangan tak cuba yo!!

Bahan-bahan:
  • 200gm gula kastor (saya kurangkan kepada 180gm)
  • 150gm mentega
  • 150 gm tepung kek (boleh gunakakan self-raising flour)*A
  • 50gm tepung jagung*A
  • 1 sudu teh serbuk penaik (jika guna self-raising flour, saya guna 1/2 sudu teh saja)*A
  • 125 gm krim keju
  • 3 biji telur gred A (boleh guna 7 biji telur gred B utk 2 adunan)
  • 1 sudu makan kulit buah leman (di parut)
  • 1 sudu makan jus lemon (diperah)
*A - diayak bersama

Cara-cara
  1. Griskan acuan bulat kek 8inci dan lapik dengan kertas minyak (jika ada). Panaskan ketuhar pada suhu 180darjah C selama 10 minit. (panas ketuhar adalah bergantung pada jenis ketuhar anda. Untuk jenis ketuhar saya, saya biasa setkan kepada 170darjah C dan kurangkan kepada 160darjahC bila nampak kek cepat menjadi kecoklatan..)
  2. Pukul krim keju, mentega dan gula hingga kembang dan berkrim. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga sebati dan kembang.
  3. Masukkan bahan A dan gaulkan sehingga sebati.
  4. Masukkan parutan dan jus lemon dan gaul rata.
  5. Tuang adunan dalam acuan kek dan bakar selama sejam
~Selamat Mencuba Ya!! ~

Tuesday, December 13, 2011

Kuih Habuk2 Sago Gula Melaka


Bahan2:
  •  500gm sago biji (dicuci, rendam 10-20 minit dan ditoskan)
  • 250 gm kelapa parut (putih)
  • 400gm gula melaka yang dihiris2 (boleh dikurangkan jika tidak mahu manis kepada 250gm-300gm)
  • sedikit garam (~1 sudu kecil)
Cara2:
  1. Masukkan sago biji, separuh bahagian kelapa parut dan garam ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.
  2. Masukkan satu lapisan sago yang ditoskan ke dalam loyang, tekan2kan sedikit agar mampat.
  3. Taburkan gula melaka di atasanya,
  4. Masukkan satu lapisan akhir sago pula, tekan2 lagi.
  5. Taburkan gula melaka dan kelapa parut di atasnya.
  6. Rebus air kukusan bersama daun pandan sehingga mendidih.
  7. Kukuslah kuih selama lebih kurang 25-30 minit atau sehingga sago benar-benar kembang.
  8. Bolehlah potong apabila kuih benar-benar sejuk
<<<Selamat Mencuba >>>


Thursday, November 24, 2011

Minestrone Soup with Fusilli


Just made this for dinner tonite.
Recipe to be updated soon.

Saturday, November 19, 2011

Puding Roti


Dalam kesibukan siang tadi sempat lah kedapur kejap buat puding roti, sementara kedai ID  datang rumah untuk berbincang mengenai kabinet2 dan langsir rumah. Kebetulan pula ada lebihan roti gardenier yang tidak habis, sebelum tarikh luputnya tiba lebih baik digunakan .
Resepi puding roti telah sempat saya salin dari Chef Chearson Lian yang disiarkan di TV baru-baru ini. Memang mudah dan sedap dan manis rasanya sedang elok. Kepada sesiapa yang tiada berkesempatan menonton atau menyalin resepi mudah puding roti Chef Chearson, disini saya kongsikan bersama:
Bahan-bahan:
  • Roti - 1 buku (saya guna Gardenier )
  • Susu segar - 2 cawan ( atau lebih supaya dapat acup susunan roti)
  • Gula pasir - 5 sudu besar
  • Telur : 4 biji
  • Esen vanilla - 1 sudu kecil
  • Secubit garam
  • Serbuk kulit kayu manis (cinnamon powder) or sebuk buah pala (nutmeg) - ikut suka (untuk taburan)
  • Kismis kering - ikut suka (untul taburan)
  • Gula perang (brown sugar) - ikut suka (untuk taburan)
 Cara-cara;
  1. Sapukan kepingan roti dengan mentega. Potong empat dan susun rapat2 di dalam loyang pembakar.
  2. Masukkan susu segar , garam, gula pasir dan esen vanilla dalam periuk dan panaskan setakat untuk cairkan gula saja, tiada perlu sehingga mendidih. Tutup api.
  3. Pukul telur untuk sebatikan kuning dan putihnya. Kemudian, campurkan telur ke dalam adunan susu tadi. Kacau rata.
  4. Tuangkan adunan susu dan telur ke atasu susunan roti.
  5. Taburkan kismis, serbuk kilit kayu manis atau buah pala (cinnamon/nutmeg powder ) dan gula merah.
  6. Bakar puding pada suhu 180 darjah Celcius selama 25-30 minit.
  7. Enak dihidangkan bersama ais-krim, kastad atau susu sejat (ideal/carnation yang dicampurkan dgn gula dan esen)
Nota: Puding saya kali ini memang nampak kurang kembang sedikit kerana susu yang tidak mencukupi. Boleh tambah susu jika ada.
 ~Selamat Mencuba~

Thursday, September 8, 2011

Puding Krim Karamel

Juadah manis untk berbuka puasa hari ini. Di bawah adalah resepi untuk dikongsi bersama.

Gula Hangus (Karamel)
    • 1/4 cawan gula pasir
    • 1/4 cawan air putih 
Puding
    • 4 biji telur + 1 telur (ambil kuning saja) 
    • 3 cawan susu UHT (fresh milk pun boleh atau susu Ideal/Carnation)- saya guna 1 cawan UHT creme Anchor dan 2 cawan fresh milik.)
    • 1/2 cawan gula
    • 1 sudu teh esen vanilla
    • 1/2 sudu teh pewarna kuning (orange yellow) - jika mahu

Cara-cara

Gula hangus
  1. Goreng gula pasir atas kuali pada api kecil sehingga gula menjadi kekuningan emas. Setelah gula menjadi kekuningan emas, masukkan air  putih dan kacau hingga gula hangus cair keseluruhannya di dalam air.
  2. Angkat dan tuang gula hangus ke dalam mangkuk kaca acuan untuk puding.
Puding
  1. Pukul telur dan kuning telur hingga sebati dengan garpu didalam mangkuk
  2. Masukkan susu dan gula pula ke dalam mangkuk adunan telur dan pukul rata.
  3. Tuangkan ke atas mangkuk kaca acuan yang ada gula hangus. 
  4. Kukus selama 1.5 jam. (Buka tudung kukusan setiap 1/2 jam dan buang air  kukusan)
  5. Angkat dan biar sejuk sepenuhnya sebelum dibalut dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk
  6. Hidang semasa sejuk. 
 ~ Selamat Mencuba ~


Tuesday, July 12, 2011

Sambal Belimbing Besi


Bahan-Bahan
    • Cili kering  blend - 5 sudu besar
    • Bawang besar     - 2 biji (kisar)
    • Bawang putih      - 3 biji (kisar)
    • Ikan bilis             - 1/2 genggam
    • Kiub pati ikan bilis - 1/4 kiub
    • Belimbing besi       - 6-7 biji (dipotong 3)
    • Belacan bakar/goreng- 1 inci
    • Santan pekat     - 1/2 cawan (dihiris)
    • Minyak             - untuk menumis
    • Bawang besar   - 1 biji (dihiris)
    • Garam dan gula secukupnya
Cara-Cara:
  1. Tumis bahan kisar hingga naik bau
  2. Masukkan cili kisar. Kacau hingga cili agak garing sedikit. 
  3. Masukkan ikan bilis, kiub pati ikan bilis,garam, gula dan belacan. Kacau.
  4. Masukkan santan dan belimbing. Kacau dan biar dalam 15-20minit atau satan naik minyak pada api kecil.
  5. Sebelum angkat, masukkan hirisan bawang besar dan kacau sekejap.
~ Itu saja!! Selamat Mencuba ~

Thursday, July 7, 2011

Nasi Serai Mudah


Bahan2:
1. Beras - 3 cawan/pot
2. Bwang Besar - 1 biji (dihiris)
3. Bwang putih - 4 biji (dihiris)
4. Daun pandan - 3 helai (disiat2 dan di belah 2)
5. Serai - 6 batang (dititik)
6. Kulit kayu manis - 1 batang
7. Bunga lawang - 3 kuntum
8. Bunga cengkih - 6 kuntum
9. Buah pelaga - 6 biji
10. Kiub pati ayam - 1/2 (kalau ada)
11. Minya sapi - 3 sudu (untuk menggoreng)
12. Garam secukup rasa (saya guna 1.5 sudu besar untuk sukatan ini. Jika kurang garam, rasa masakan tak naik)
13. Air secukupnya (bergantung pada jenis beras. Selalunya beras dan air sama paras)
14. Kismis dan gajus sebagai rasa tambahan.
Cara-cara:
- Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar dan daun pandan hingga layu dan naik baunya.
- Masukkan bawang putih, kulit kayu manis, bunga lwang, bunga cengkih, serai dan  buah pelaga.
   Kacau  sebentar.
- Masukkan beras dan kacau-kacau rata dalam 5 minit.
- Masukkan air,garam dan kiup pati ayam. Kacau.
- Masak lah nasi seperti biasa.
- Bila air kering , boleh masukkan kismis dan gajus. Kacau sekali untuk naikkan beras dibahagian bawah ke atas pula supaya nasi dapat masak dengan rata. Jangan lupa rasa garamnya.
[ Kebetulan saya ada gajus bakar, so saya  taburkan sedikit di atas bila nasi sudak masak]

Boleh dimakan bersama:
- Sambal tumis : Sama resepi seperti sambal nasi lemak.
- Ayam goreng : Untuk mengenakkan lagi rasa ayam goreng, eloklah diperap ayam dengan kunyit, halia kisar, bawang putih kisar dan garam selama satu jam atau semalaman. 
- Ulam2an : Timon dan tomato atau sayur2an segar lain.
- Telur rebus.

Itu je..selamat mencuba!!

Sunday, June 26, 2011

Beef Stew With Spaghetti


Bahan-bahan
    • Spaghetti (atau pasta2 lain pun boleh) - 1 peket (direbus sederhana empuk)
    • Bawang besar - 1 biji (di potong dadu kecil-kecil)
    • Daging - 300gm (dipotong dadu)
    • Kentang - 2 biji (dpotong dadu)
    • Lobak merah - 2 batang (dipotong dadu)
    • Tepung gandum - 2 sudu besar
    • Keju chedar - 2 hirisan/parut
    • Butter - 1 sudu esar
    • Jus buah lemon - 1/2 biji ( a squeeze)
    • Air putih - 3-4 cawan (atau sekadar menutupi bahan-bahan)
    • Serbuk herba seperti thyme, rosemary,parsley and bay leaves -ikut rasa
    • Minyak zaitun untuk menggoreng - secukupnya
    • Garam - secukupnya
    • Serbuk lada hitam -  2 sudu besar atau ikut rasa
    • Fresh parsley sebagai hiasan (jika ada)
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk.
  2. Tumis bawang besar hingga keemasan
  3. Masukkan daging kiub dan kacau hingga daging masak rata
  4. Masukkan kentang dan lobak merah yang dipotong dadu itu dan kacau.
  5. Masukkan serbuk2 herba, garam dan serbuk lada hitam.
  6. Kacau sebentar dalam 5 minit.
  7. Masukkan tepung gandum (bahan pemekat) dan kacau pantas supaya tepung tidak berketul2.
  8. Masukkan air secukupnya untuk menutupi bahan2 atau boleh tambah sedikit kemudian..
  9. Kacau rata dan tutup periuk. Biar sehingga daging benar2 empuk dengan api kecil.
  10. Setelah daging empuk, tutup api.
  11. Masukkan  keju, butter dan jus lemon. Gaul rata.
  12. Tuang stew semasa panas ke atas pasta dan di hiasi dengan daun parsley segar. 
Note: Resepi ini adalah resepi Chef Jamie Oliver yang sempat disalin dari salah satu rancangan masakan di TV.

Saturday, May 28, 2011

Ayam Panggang Berempah Berkuah Alyna

Pes
Perap
Ayam Panggang Berempah Berkuah

Bahan-bahan
  • Ayam - 1 ekor (dibelah 8)
  • Bawang Merah -  10 biji *
  • Bawang putih -  5 biji *
  • Lada hitam - 2 sudu kecil *
  • Halia - 1 inci *
  • Minyak bijan : 4-5 sudu kecil
  • Stock ayam - 1/2 kiub
  • Oregano - 3-4 sudu kecil
  • Kicap manis - 4-5 sudu besar
  • Buah tomato - 2 biji (dibelah 4)
  • Bay leaves - 2 keping (jika ada)
  • Garam - secukup rasa
* - dikisar bersama

Cara-Cara:
  1. Buatkan pes dahulu dengan mencampurkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali ayam dan tomato.
  2. Sapukan pes pada keseluruhan bahagian ayam dan perap selama 1/2-1jam.
  3. Masukkan ayam ke dalam bekas alluminium foil , biarkan bahagian atas foil agak terbuka sedikit  supaya bahagian atas mudah masak. (Boleh juga tiada ditutup jika ingin ayam panggang hangus sedikit dan kurang kuah)
  4. Bakarlah pada suhu 170-180 darjah C selama 1-1.5 jam. ( elok periksa selalu setiap 20-30minit dan balik-balikan ayam agar ayam masak dengan rata).
  5. Lebih kurang 5 minit sebelum angkat, keluarkan ayam sekejap dan susunkan potongan buah tomato atas ayam panggang berkuah. (berhati2 semasa keluarkan ayam yek)
  6. Angkat dan hidang bersama nasi polao Bangladesh semasa panas2!!
~ Selamat Mencuba ~


Thursday, May 26, 2011

Laksa Johor Mudah

Kuah Laksa Johor Mudah
Hari ini agak pening juga memikirkan lauk apa yang dimasak untuk makan tengahari. Pagi tadi dah buat nasi goreng Cina untuk breakfast, takkan nak masak berat2 pula untuk makan tengahari. Perlu siap masak  dan sediakan some snacks sebagai bekalan anak-anak ke sekolah sebelum 12.30pm! Beginilah rutinku seharian di sebelah pagi., bermula dari menyediakan makanan untuk sarapan pagi, makan tengahrari dan kemudian  persediaan snacks pula sebagai bekalan anak2 kesekolah. Biasa bekalan yang dibawa kesekolah adalah simple saja, samada sandwich atau gorengan2 seperti Chicken popcorn goreng, nuggets, popiah dan seumpanya, namun begitu ianya tetap mengambil sedikt masa saya yang agak terhad diwaktu pagi. Huhu...Setelah beres semuanya, barulah bersiap untuk menghantar anak2 kesekolah yang mana jarak perjalanan tidak pun sampai 5 minit! . Jarak ini amat membantu saya dalam melaksanakan tanggungjawab.seharian ini. Alhamdulillah. Sebelah petang barulah boleh buat kek cawan atau rihat2 berfacebook!!
Fikir punya fikir apa nak masak, akhirnya Laksa Johor menjadi pilihan saya . Nampak agak rumit ya tapi tidaklah serumit yang difikirkan, kisar saja semua bahan dan tumis lama2. Resepi yang dimuatkan disini adalah cuma kuahnya saja dan hiasan atau makanan tambahan adalah mengikut kesukaan pembaca ya. Berkiut adalah resepi untuk kuah laksa nya saja ya, iaitu yang biasa saya masak;

Bahan2 :
  • Ikan tenggiri  -  1 ekor (dibersihkan, direbus bersama garam dan halia. Setelah ikan masak, asingkan isi dari tulangnya dan kisar isi ikan bersama air rebusan )
  • Spaghetti - 1 peket ( direbus hingga lembut bersama minyak zaiton. Hidangkan)
  • Kerisik - 30 gm
  • Santan kelapa -  2 cawan dari 1 biji kelapa@ santan kotak (200ml) 
  • Asam keping - 8-10 keping
  • Serbuk kari ikan - 2 senduk (bancuh sedikit dengan air)
  • Serai - 6 batang *
  • Lengkuas - 1 inci *
  • Halia - 1 inci *
  • Cili kering - 20 tangkai/2 sudu besar cili boh *
  • Bawang besar - 3 biji *
  • Bawang putih - 6 biji *
  • Kunyit hidup - 1 inci *
  • Garam dan gula secukup rasa
* kisar semua bahan
Cara2:
  1. Tumiskan bahan2 kisar sambil kacau selama 15-20 minit. (Lagi lama lagi elok)
  2. Masukkan bancuhan kari ikan dan kacau rata.
  3. Kemudian masukkan pula ikan yang dikisar, santan, asam keping dan kerisik. Kacau rata.
  4. Biarlah kuah laksa ini mendidih pada api kecil dalam 1 jam atau hingga kuah kelihatan naik minyak.  Boleh tambah air jika kuah kelihatan terlalu pekat. (kuah laksa kalau dimasak lama2 lebih  sedap dan tahan lama)
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api dan bolehlah dituangkan ke atas mi spaghetti dengan hiasan2 untuk laksa
Hiasan - Hirisan cili hidup, daun mint, daun saderi, telur rebus, hirisan timun, bawang besar, limau kasturi, salad, taugeh celur dan sambal cili hidup.

Nota  : Saya cuma memasukkan isi ikan saja sebagai bahan utama dan tiada ikan kurau kering, udang basah, udang kering atau lain2 kerana ada diantara anak2 saya yang alergic to prawns. Bagusnya..kuranglah cholesterol...:)). Kuah laksa boleh dibeku sejukkan jika tiada habis.
~Selamat Mencuba~

Tuesday, May 24, 2011

Puding Batik Biskut Marie - 15 minit Siap!!


Tetiba saja petang tadi terasa nak buat puding batik yang kira2 sudah lebih dari setahun tak membuatnya. Kebetulan memang ada sebungkus biskut Marie  yang telah dibeli dalam 2 minggu lepas tapi masih belum digunakan lagi.. Kesian pulak tengok Si biskut Marie dok duduk termenung menunggu, masih belum ada siapa sudi memakannya. Apa lagi tanpa berlengah, saya terus saja ke dapur dan membuat puding batik ini.  Lagipun anak2 memang sukakan puding ni, almaklumlah coklat katakan!! 
Ramai yang memanggilnya Kek Batik Biskut Marie tapi saya lebih suka menamakannya sebagai Puding Batik Biskut Marie, oleh kerana cara memasaknya lebih kepada cara membuat puding dan kelembutannya pula seperti puding juga. Apa2pun bahan2 serta cara memasaknya adalah lebih kurang sama. Tempoh masa menyiapkan bahan2 dan memasaknya tak sampai pun 15 minit. Mudah sangat!
Berikut adalah resepinya:

Bahan2nya:
  • Biskut Marie - 1 bungkus (350gm)
  • Mentega (Butter) - 125 gm
  • Telur -  2 biji (dipukul dulu, setakat untuk menggaulkan yang kuning dan putih saja)
  • Serbuk Koko - 1/2 cawan
  • Serbuk Milo - 1 cawan
  • Air putih/Susu Segar- 1 cawan (saya guna air yang telah masak atau boleh guna susu segar )
  • Gula Pasir - 1/2 cawan (boleh kurang sikit sebab biskut sudah pun manis)
Cara2nya
  1. Patah-patahkan biskut di dalam mangkuk.
  2. Di dalam periuk lain, campurkan air putih/susu segar masak, gula, koko dan milo. Kacau hingga larutan sebati.
  3. Panaskan larutan coklat di atas api yang sederhana hingga semua bahan2 larut sepenuhnya. Tak perlu mendidih pun tak mengapa sebab kita gunakan air masak di sini.
  4. Masukkan mentega pula dan kacau hingga mentega cair. Kecilkan api.
  5. Masukkan telur yang telah dikacau tadi , kacau-kacau sehingga adunan pekat sedikit. (1-2 minit saja)
  6. Padamkan api.
  7. Masukkan pecahan biskut Marie ke dalam periuk , gaul sehingga biskut disaluti larutan coklat dengan sepenuhnya.
  8. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai dan tekan2 puding hingga padat. (boleh guna senduk leper atau tangan yang dibaluti plastik)
  9. Biarkan puding sejuk di luar dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
  10. Setelah puding benar sejuk, keluarkan dari peti ais dan barulah boleh dipotong.
Nota: Puding ini adalah versi yang lembut dan enak jika dimakan semasa sejuk. Kalau pembaca inginkan biskut Marie stays crunchy, mungkin boleh biarkan larutan coklat sejuk sedikit dan barulah digaulkan dengan bislut Marie. Saya belum pernah cuba lagi cara ini kerana lebih suka versi lembut ini.:)

~ Selamat mencuba ~

Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...