Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts
Friday, February 25, 2011
Tuesday, February 15, 2011
Muffin Utk Surau Sempena Sambutan Maulud Nabi Hari ini
Semalam dalam pukol 3 ptg lebih (15/2/2011), tiba2 hubby sarankan ' buatlah apa2 untuk bawa kesurau malam nanti'. Waduh waduh!!.....kenapalah baru masa tu diberitahu, sebelum tu pernah ku cadangkan tapi dia diam saja so ingatkan tak perlulah, lalu taklah aku prepare apa2.Tatkala itu, apa yang terlintas difikiran makanan yg paling simple, cepat siap dan mudah untuk dihidangkan adalah muffin saja, kalau kuih muih atau lauk pauk rasanya tak sempat. Apalagi 'dan-dan' tu juga pergi kekedai beli tepung, telur dan sebagainya dan terus mulakan persiapan. Oleh kerana muffin proses utamanya adalah gaul saja antara bahan2 kering + basah dan tidak perlu pukul lama, maka kerenyahan proses persiapan kuranglah. Cabaran adalah semasa membakar lebih2 lagi untuk jumlah yang banyak dlm masa terhad. Jenis acuan muffin yang aku gunakan ini agak tinggi dan perlu masukkan dua tray dalam sekali bakar, maka 'setting' suhu amatlah penting. Oleh kerana oven yang kugunakan cepat panas, aku 'preheat' pada 160 darjah celcius saja selama 10 minit (bimbang kalau muffin pada tray dibgn atas cepat hangus) manakala proses bakar keseluruhan dalam 45 minit lagi , tray ditukar posisi atas ke bawah dalam separuh masa bakar. Masa pembakaran adalah bergantung pada jenis dan besar oven. Maka adalah penting bagi kita mengenali oven kita terlebih dahulu dan menyesuaikannya dengan jenis makanan yang kita ingin bakar. Elok kiranya kita cuba dulu menggunakanya dengan kuih2 yang simple sebelum membuat kek/cupcake/muffin yang kompleks atau dalam jumlah yang banyak. Dari pengalamanku, menyediakan muffin adalah tidak semudah membuat kek atau cupcake.
Walau terdapat sedikit 'hiccup' here and there, aku amat bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana sempat menyediakan muffin coklat chip dan blueberry hampir 100 biji 'just in time' ke surau sebelum waktu yang diperlukan. , tercapai jua niatku....alhamdulillah.
Dalam satu adunan boleh dapat dalam 12 biji muffin saja, di mana berat setiap biji muffin (ada choc chip dan buah) sebelum bakar untuk acuan ini adalah dalam 55gm.
Monday, January 31, 2011
Chocolate Chip Muffin
Teringat pada emel seorang rakan pada minggu lepas yang bertanyakan mengenai muffin. Walaupun belum pernah membuat muffin pada masa itu tapi kucuba juga jawab soalan itu berdasarkan kefahamanku melalui buku dan internet yang kubaca. Entahlah mengapa hari ini tergerak pula hati untuk mencubanya. Lepas waktu maghrib tadi terus ku cari bahan2 yang ada (apa2) di dapur untuk membuatnya. Ini adalah hasilnya....
Resepi yang kurujuk seperti berikut:
BAHAN-BAHAN
- 2/3 cawan serbuk koko
- 2 biji telur (gred A)- boleh guna 3 biji telur B
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan coklat chip (elok beli yang imported, tp saya guna yang local sebb itu je yg ada)
- 1/2 cawan gula pasir (boleh tambah sikit sebb resepi ini tak berapa manis)
- 2 sudu kecil baking soda (bicarbonat soda)
- 1 1/3 susu segar
- 1/3 cawan minyak sayuran (minyak jagung)
- 1 sudu kecil vanilla
- 1/2 sudu kecil garam
- Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius ( panaskan awal sebb persediaan muffin adalah cepat)
- Sediakan acuan-acuan kertas muffin kedalam loyang berlubang muffin (jika cawan kertas jenis lembut)
- Masukkan tepung, serbuk koko, baking soda (yang telah diayak bersama), gula dan garam di dalam satu mangkuk*. Masukkan 1/2 cawan coklat cip dan gaulkan agar rata.
- Masukkan telur, minyak,vanilla dan susu dalam mangkuk yang lain**. Kacau hingga rata kesemuanya.
- Masukkan campuran** ke dalam campuran tepung * dan gaulkan dengan senduk kayu hingga rata. Jangalan kacau terlalu lama (dont overmixed) , sekadar untuk sebatikan kedua2 adunan tadi (dalam seminit dua).
- Sudukan adunan ke dalam acuan-acuan cawan kertas hingga paras 2/3 dari tinggi acuan.
- Taburkan lebihan coklat chip keatas muffin hingga habis.
- Bakar selama 20-25 minit atau hingga muffin masak.
- Biarkan sejuk atas rak penyejuk.
[pernah ku lihat muffin yang mana permukaannya bulat atau merekah, ianya adalah bergantung pada resepi yang dirujuk. Yang ini agak merekah dipermukaan tapi 'crunchy' dan tidak manis.Anak2 puji!!]
Subscribe to:
Posts (Atom)





