Showing posts with label My Stories. Show all posts
Showing posts with label My Stories. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

Al-Kisah Semalam Petang yang Seronok Dan Melucukan

Pagi ini tersenyum2 sorang pulak teringatkan kisah semalam semasa aku membuat body treatment (4-in-1) di spa peberetku yang mana terletak tidak jauh dari rumah..Semalam pagi call for an appointment, tghari tu juga terus pergi. Memang dah tiga bulan tak ke situ untuk 'service' badan ..hehe..di mana pekej 4-in-1 ini mengandungi 'sauna' , 'body scrub', mandi susu dan urut tradisional selama 4 jam dengan hanya bayaran RM160 saja. Aku kira murahlah berbanding spa yang selalu kupergi di Seksyen 9 Shah Alam tu. Yang paling aku suka body treatment ni bila buat body scrub dan mandi susu. Best sungguh sebab boleh berangan2...Yang sauna tu nak sampaikan 30 minit kadang2 tu macam nak somput gak den dan time urut tradisional pulak menjorit2 lah bilo di urut kono pulak tang yang banyak angin tu!! Mak aii....tahanjelah.  Uriut untuk menaikkan peranakan  pula satu proses yang memang tak pernah aku miss walau rasanya sakit gak . Alhamdulillah, tukang urut kata ok lagi..hehe.
Yang mengurut semalam orang baru tapi aku boleh beri dia 5 bintang atas servis yang diberikan sebab memang paling best yang pernah kurasakan selama ini. Lupalah nak tanya apa namanya. Teknik mengurutnya yang focus pada bahagian2 badan yang bermasalah hingga lega dan turutan urutan yang dilakukannya memang membuatkan kita rasa puas sangat. Rasa sakit semasa mengurut adalah normal selagi deria rasa kita masih ada. Last sekali, kena lipat2 kaki dan tangan kebelakang mengingatkan aku pada stail urut Siam pulak..aduhai...meletap-letop bunyi tulang eden!! Nasib baik tak tertanggal ....hahaha.
Yang tadi adalah cerita yang seronok, adalah pulak yang melucukan sedikit. Selepas aku habis buat rawatan yang ketiga iaitu mandi susu, tiba2 aku terdengar beautician menasihatkan seorang pelanggan di sebelah mengenai kereta kene blok sebab parking dilot pasar malam. Kebetulan pula semalam tu hari jumaat dan pasar malam di situ di adakan setiap petang jumaat dan peniaga2 mula letak khemah2 biasanya pada jam 3 lagi.  Aku dengan risau lalu mencelah...'"ada pasar malam ke hari ni dik?? akak park kat seberang jalan spa ni..kene alih ke?" "Memang kene alihkan kak, pernah ada seorang pelanggan kami tu terpaksa tunggu hingga lepas 10 malam sebab keretanya kene blok oleh khemah2 pasar malam!!.jawabnya. Aduhai....suspense lah pulak.
Dalam keadaan aku yang basah kuyup dan 'seksi' tu..hehe..takkan lah nak kluar pergi alihkan kereta pulak. Akupun meminta tolong sesiapa boleh tolong alihkan keretaku namun seorang tak berani walaupun aku beritahu aku hanya bawa myvi saja. Itupun depa tak berani ..alahai. Zila , owner spa muda yang belum mencapai 30tahun terdengar perbualan kami lalu terus datang kepadaku menawarkan dirinya utuk alikan kereta, so dengan pantas dia terus ambil kunci kereta dan turun ke parking. Aku pun merasa lega,
Agak2 dalam 15-20minit lepas tu (kira lama tu!!) , Zila pun balik dengan termengah2 dan berkata " Akak, menggigil2 saya bawak kete akak sampai semua org tengok dan hon2 saya" Aku pun bertanya 'Kenapa?". Dia menjawap " saya tak pernah bawa kete auto, kereta saya kereta manual je kak...itu yang terketar2". Aku pun ketawa kecil berkata " Oh ye ke? Larr...berani jugalah tu. Terima kasih ya dik"
Aku tersenyum sendiran teringantkan si Zila semalam yang sanggup kedepan menolong dan cuba lakukan  walaupun perkara itu tidak pernah dia buat. Dan kerana sifat keyakinan tinggi dan mahu mencuba itulah aku rasa dia menceburi dunia perniagaan pada usia muda walau ijazah yang diperolehi adalah iazah perakaunan. Syabas Zila!! Bulan depan akak datang nak mengurut lagi ya, urut aromatherapy pulak.:) InshaAllah.

Monday, January 23, 2012

Persekitaran pengebumian jenazah Allahyarham Izwan Pilus



Gambar-gambar yang sempat kami ambil semas pengebumian Allahyarham penyanyi Izwan Pilus yang kembali kerahmatullah pada 20/1/2012 jam 6.15pm di Hospital Ampang. Kehilangan beliau memang amat dirasai oleh kami seisi keluarga. Semuga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AlFatihah.

Tuesday, September 13, 2011

Raya-Raya 2011 - Part 2 (Kawan-Kawan Muqri)

Suatu petang Muqqri beritahu ku dalam sehari-dua sebelumnya 'Mama , kawan2 iki nak datang lepas asar Sabtu ini'. Terkejut jugak bila tetiba je beritahu, padahal sudah ada beberapa jemputan raya jiran pada hari yang sama juga.  Jawap ku " Ye ke, berapa orang agak2nya?" . " Dalam satu kelas mama" - jawab Muqri. "Ramai juga tu sayang kalau betul satu kelas, tapi Mama tak siap apa2 ni. "balas ku. "Takpa, makan kuih raya pun takpe Mama. Iki boleh tolong Mama masak , sebab Iki pun pandai juga".Begitulah Muqri yang sememamg pandai menjaga hati Mamanya. (Yang rajin buat waffles sendiri, ommelette dan pernah buat crossaint dan bun ikut resepi dari internet semasa Grade 6, memang jadi budak tu buat) 
Makanya, apa yang mudah dan terlintas untuk kusediakan hanyalah mee goreng, puding caramel , ayam drummets dan nuggets goreng serta nasi impit & lemang + rendang serunding.
Walau datangnya agak lewat dan tidaklah seramai satu kelas seperti apa yang dikatakan oleh anakku,  meriah jugalah bebudak ni berborak sesama sendiri. Yang perempuannya manis dan ayu2 belaka serta berbudi bahasa menawarkan bantuan untuk menolongku ke dapur lebih2 lagi yang bernama Inshirah tu.hehe . Seronok betul engok2 budak2 ni berborak sampai maghrib baru balik..
Minggu hadapan rancangan rakan2 Amirul pula beberapa konvoi akan datang beraya dari rumah ke rumah.Begitutlah mereka setiap tahun akan datang secara beramai-ramai beraya dari rumah ke rumah tanpa menunggu rumah terbuka.....
Sedang ku fikirkan menu apa untuk dihidangkan. :)

Thursday, September 8, 2011

Puding Krim Karamel

Juadah manis untk berbuka puasa hari ini. Di bawah adalah resepi untuk dikongsi bersama.

Gula Hangus (Karamel)
    • 1/4 cawan gula pasir
    • 1/4 cawan air putih 
Puding
    • 4 biji telur + 1 telur (ambil kuning saja) 
    • 3 cawan susu UHT (fresh milk pun boleh atau susu Ideal/Carnation)- saya guna 1 cawan UHT creme Anchor dan 2 cawan fresh milik.)
    • 1/2 cawan gula
    • 1 sudu teh esen vanilla
    • 1/2 sudu teh pewarna kuning (orange yellow) - jika mahu

Cara-cara

Gula hangus
  1. Goreng gula pasir atas kuali pada api kecil sehingga gula menjadi kekuningan emas. Setelah gula menjadi kekuningan emas, masukkan air  putih dan kacau hingga gula hangus cair keseluruhannya di dalam air.
  2. Angkat dan tuang gula hangus ke dalam mangkuk kaca acuan untuk puding.
Puding
  1. Pukul telur dan kuning telur hingga sebati dengan garpu didalam mangkuk
  2. Masukkan susu dan gula pula ke dalam mangkuk adunan telur dan pukul rata.
  3. Tuangkan ke atas mangkuk kaca acuan yang ada gula hangus. 
  4. Kukus selama 1.5 jam. (Buka tudung kukusan setiap 1/2 jam dan buang air  kukusan)
  5. Angkat dan biar sejuk sepenuhnya sebelum dibalut dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk
  6. Hidang semasa sejuk. 
 ~ Selamat Mencuba ~


Saturday, September 3, 2011

Raya-Raya 2011 Part 1 - Melaka


Kebiasaan seperti tahun2 sebelumnya, kami sekeluarga akan pulang ke Kuala Terengganu (kampung sebelah suami) 2-3 hari sebelum hari raya untuk habiskan puasa dan sambutan raya di sana. Kemudian barulah pulang ke Melaka untuk berjumpa saudara-maraku pula.Anak2 memang amat gembira sekali dapat berjumpa dengan sepupu-sepupunya yang semuanya hampir sebaya. Aneka jenis lauk2 dan nasi2 pantai timur yang terkenal kehebatannya membuat aku begitu rindu sekali. Namun begitu, pada tahun ini perancangan kami berubah arah pula di saat akhir.Mengingatkan janjiku untuk melawat ibu saudara yang baru sahaja kehilangan suami tercinta (bekas imam dan abang kepada allayarhamah ibuku) dalam bulan puasa, maka bercadang untuk pulang ke Melaka sahaja. Alhamdulillah, setelah puas mencari hotel untuk menginap maka dapatlah juga tempah di salah sebuah hotel di Farmosa Garden, Klebang, Melaka.(pertama kali kami menginap..bolehlah).
Tiada banyak rumah yang dapat kami pergi...hanya 7 buah sahaja dan kesemua ziarah itu kami lengkapi dalam masa satu hari sahaja. Sayangnya kami terlupa nak ambil gambar2 untuk postkan disini, rumah kampung Melaka yang adanya masih dikekalkan bentuk lama dan ada yang dimodenkan.Setiap rumah yang kami singgah, semuanya menyediakan juadah yang hebat2 belaka. Ketupat rendang, lemang, nasi minyak, lauk2, tapai, dll semuanya ada lagi maklumlah hari raya kedua..hehe. Rumah pertama yang kami singgah adalah rumah Kak Ani (sepupuku dan ibu kepada penyanyi Aril AF7 dan Izwan Pilus) . Rumah kak Ani memang tiap-tiap tahun selama seminggu sentiasa tidak lekang dikunjungi tetamu , maka iti dia memang  perlu bersedia awal agar hidangan mencukupi. Kebetulan Aril dan Izwan ada dirumah ketika kami sampai, kelihatan bukan main celoteh mereka dok melayan peminat2 terutama Aril yang semakin hencem dan matang tu. Kemudian ku ziarahi pula Mak Cet (sebutan pelat untuk Makcik..hehe)  Pe'ah (satu2nya adik beradik ayahku yang masih hidup, yg kini sudahpun menjangkau usia lebih 90 tahun) di rumah  anak sulongnya Abang Bujang .. Mak Cet kelihatan masih sihat dan kuat lagi ingatannya..sebut je Alin terus dia ingat. Cuma mata dan pendengarannya sedikit berkurangan serta lutut kakinya yang semakin lemah. Wahai Mak Cet, hanya dia sahaja yang ada untuk mengingatkan aku kepada ayah...:( yang sudah lebih 20tahun meninggalkan kami adik beradik.
Kami sempat juga menziarahi Mak Ngah (kakak kepada arwah ibuku) di Kampung Melangkan yang hanya kini hanya tinggal berdua bersama anak tunggalnya setelah ditinggal suaminya beberapa tahin lalu. Tidak pernah kulupakan untuk melawat Mak Ngah setiap kali pulang ke kampong, yang kelihatan semakin uzur dari tahun ke tahun itu
Saat yang paling tidak dapat kulupakan adalah setiap kali pergi rumah Pakcik Hj Hassan (adik kepada arwah ibuku dan juga imam dan kadhi Kg Masjid Baru, Nyalas), pasti ada saja lauk-lauk kampung yang sedap. Cara masakan makcik memang pure minang style membuatkan kami bertambah2 nasi. Last year, makcik sediakan rendang 'napuh' atau 'rusa kecil' yang dipanggang dahulu sebelum di'rendang'kan. MashaAllah...punyalah sedap, belum pernah kurasakan mana2 masakan sebelum ini selain masakan ibuku dan arwah maklong ku. Kali ini, daging salai masak cili api dan asam pedas kampong style paling mantop pula serta lauk2 dan ulaman2. Apa2pun,  kami serbu kedua2 lauk ini sebab memang lazat sgt...alhamdulillah, rezeki kami dapat merasai lagi masakan Makcik.  
Ramai juga sepupu2ku yang tidak dapat ku jumpa sebab ada yang memulakan raya mereka desebelah mertua dan ada juga yang bali sekejap saja. Walau apapun, berhari-raya dikampung adalah suatu kemestian buatku supaya anak2 tidak lupa di mana kampung halaman dan asal-usul ibubapanya dan mengenali saudara-mara. InsyaAllah.- to be continued

Saturday, August 27, 2011

Tip-tip Asas Sebelum/Semasa Menjalankan Perniagaan Biskut Dari Rumah

Alhamdulillah, akhirnya dapatku sempurnakan segala pesanan pada 25/8/2011 termasuk pesanan  yang dimaklumkan selepas tarikh akhir penerimaan permohonan pada 19/8/2011. Walau semalam ada lagi yang memesan untuk dapatkan biskut Alyna Lyn namun terpaksa ku tunda hingga ke minggu kedua hari raya supaya dapat kuberi tumpuan pada kerja-kerja rumah sebagai persediaan hari raya aidilfitri pula.
Tiada banyak persiapan yang perlu sebenarnya, tiada pertukaran perabot atau perhiasan dalaman rumah selain dari membersih dan menyusun semula perabot sediaada. Perabot, langsir dan alas-alas sofa, carpet malah perhiasan bunga yang sangat aku gemari semuanya  masih elok dan boleh digunakan lagi. Persediaan raya untuk tahun in bolehlah dikatakan yang paling minima sepanjang aku ingat dalam menyambut hari raya.
Mengimbau kembali mengenai perniagaan cookies raya yang baru setahun dua kuceburi secara kecil2an  ini , dapatku simpulkan beberapa 'improvements' perlu dilakukan dimasa hadapan iaitu dari segi konsistensi  acuan/bentuk biskut, rasa, harga, pilihan bungkusan ( packing), strateji pemasaran, tenaga kerja dan pembahagian masa serta stok. 
Sebagai perkongsian bersama pelawat-pelawat yang mungkin mempunyai aliran minat yang sama dalam perniagaan biskut raya dan rujukan diri, di sini kuturunkan beberapa 'tips' asas:
  1. Pilihan biskut yang tepat untuk jualan di hari raya. Anda mungkin mempunyai kemahiran dalam pelbagai biskut, namun perlu fokus kepada biskut atau biskut-biskut yang menjadi kekuatan anda dan keunikan biskut anda dari yang lain.
  2. Penetapan Sasaran Pelanggan (Target Customer). Semakin luas lingkungan kawasan sasaran anda maka semakin tinggilah keperluan kos operasi diperlukan (tenaga,pengangkutan, bahan-bahan asas dan masa). Ini terpulang pada keupayaan masing2 asalkan kualiti produk tidak terjejas. 
  3. Pengedaran sample biskut pilhan yang lebih awal (untuk yang baru nak memperkenalkan biskut) kepada pelanggan sasaran atau ajen distribusi, seeloknya 2 bulan sebelum bulan puasa.
  4. Penetapan tarikh akhir penerimaan pesanan mengikut kesesuaian tenaga kerja yang ada. 
  5. Penyediaan dokementasi pangkalan data pelanggan dalam bentuk spreadsheet atau apa jua format contoh (.xls) paling mudah. - (Contoh format akan diberi kelak)
  6. Anggaran stok bahan-bahan biskut bersesuaian dengan jumlah pesanan yang diterima.
  7. Dapatkan maklumbalas dari sempel biskut edaran dan cuba selaraskan perubahan 'improvement' contoh kurangkan gula jika ada maklumbalas pelanggan mengatakan terlalu manis, lebihkan inti dan sebagainya. Mungkin anda tidak dapat memenuhi kesemua maklumbalas pelanggan , pilihan 'majoriti' adalah yang terbaik.
  8. Pilihan bahan-bahan yang segar dan berkualiti baik.
  9. Beli bahan-bahan biskut seawal mungkin bagi mengelakan kekecewaan kerana kehabisan stok di pasara-raya atau baking center terutamanya bahan-bahan spt  inti/jem, mentega dan balang/bekas kuih yang mana pembekalnya agak terhad.
  10. Belilah bahan-bahan dalam anggaran yang besar (in volume), bukan sedikit-sedikit, tapi tidaklah berlebihan dari jumlah keperluan pesanan. Disini pengemaskinian rekod atau pangkalan data pesanan pelanggan amatlah penting sebagai rujukan anggaran keperluan bahan-bahan sebelum pergi ke pasar-raya. JANGAN MALAS!!
  11. Survey kedai yang menawarkan harga termurah bahan-bahan biskut. Kebiasaannya pasar-pasar raya dan baking center akan menawarkan harga diskaun apabila hampir bulan ramadan. (Contohnya TESCO pada tahun ini telah menwarkan harga yang termurah untuk balang-balang kuih berbanding dari pasar-pasar raya lain yang sempat saya pergi, malah semakin hampir hari-raya, semakin murah pula harga ditawarkan.)
  12. Pilihan balang/bekas yang menarik dan bersesuaian dengan bentuk dan kerapuhan biskut. 
  13. Penetapan harga biskut mengikut jumlah isian dalam balang/bekas kuih. Lazimnya, ramai peniaga biskut raya menetapkan harga mengikut jumlah 'standard' contoh 50pcs-RMxx, 100 pc- RMyy tapi anda boleh juga tetapkan harga dalam jumlah yang pelbagai asalkan jumlah isian biskut memenuhi balang/bekas dengan elok (tak loose). Maknanya,  kita cari 'balang/bekas dahulu, dapatkan jumlah tepat biskut yang muat dalam balang tersebut  dan barulah tetapkan harganya. (Reversed mathematical calculation) . Jangan lupa kemaskini rekod untuk rujukan tahun berikutnya pula..:)
  14. Labelling - Banner perniagaan anda dan tag tarikh luput biskut untuk menambah  keyakinan pelanggan/ajen distribusi terhadap anda. 
  15. Penyediaan Blog atau lamanweb (facebook, flickr,Fotopage,dll) perniagaan sudah menjadi trend terkini untuk memuatkan gambar dan penerangan ringkas biskut anda. Namun begitu, bagi  produk baru , blog atau lamanweb bukanlah merupakan satu-satunya saluran pemasaran produk anda yang terbaik. Dari pengalaman dan perhatian saya, > 80% pembeli (buyer) adalah diperolehi melalui  'offline' (luar internet) @  'sampling method' dan bukan dari internet  melainkan jika jenama produk anda atau syarikat anda yang memang sudah dikenali ramai dan diiktiraf.
  16. Harga yang kompetitif (lakukan survey diinternet atau dikedai2) ,  tapi hendaklah pulang modal. (kalau tidak bukanlah berniaga namanya...hehe)
  17. Kekalkan hubungan yang baik anda dengan pelanggan dan ajen2 pengedaran anda.
  18. Improvisasi pada biskut samada dari segi rasa, rupa dan ' packaging ' haruslah dilakukan dari masa ke semasa bagi mengekalkan keyakinan pelanggan terhadap produk anda dan menghadapi persaingan yang semakin hebat. Jangan takut untuk buat sedikit perubahan pada resepi jika anda rasa perlu.
  19. Sifat jujur dan amanah di dalam perniagaan adalah dituntut dalam Islam, maka kekalkanlah sifat ini agar perniagaan kita diberkati Allah SWT. 
 Dalam saya menrurunkan langkah-langkah.tip-tip di atas , saya juga memesan pada diri saya supaya menjadi lebih 'organised' , merancang dengan baik setiap langkah yang ingin dilaksanakan bagi memastikan hasil-hasil yang diusahakan adalah yang terbaik dan dapat memuaskan hati pelanggan.
"DO FIRST THING FIRST RIGHTLY"
"USAH TAKUT PADA KEGAGALAN KERANA KEGAGALAN SEBENARNYA MENGAJAR KITA UNTUK LEBIH BERUSAHA DAN INSYAALLAH KEJAYAAN AKAN MENJADI MILIK KITA."
~ Selamat Mencuba~

Wednesday, August 3, 2011

Tempahan 'Pre-raya' untuk Penghantaran Minggu ini

Sempat buat hari ini hanya snow almond roll untuk tempahan dan sample yang di pesan untuk minggu ini. Siang tadi agak sibuk diluar , sebab tu masa utk cookies agak terhad.  Masih ada yang 'pre-raya pending order'  yang perlu ku penuhi dalam minggu ini sepert kek2 kukus, samperit, crystal ball dan mocca/capucino/coffee log...cuba juga. InshaAllah esok cuba buat 2 jenis biskut ...biasanya waktu siang sahaja yang ada , sedangkan malam memang dikhaskan utk tarawikh sehingga pukul 11. Lepas tu barulah boleh sambung sikit..jika ada.

Chocolate Snow London - made this on Wednesday ago
Choc chip cookies of 50pcs each container

Samperit Tradisional - made this yesterday (Thursday)

Mocca/coffe log- made this today (Friday)

Wednesday, July 20, 2011

Minggu Sempel Biskut Raya 2011

Mula awal minggu ini, aku amat sibuk sekali dengan persediaan membuat beberapa sempel biskut raya untuk dihantar kepada 'rakan niagaku' di 3-4 pejabat. Cuma tahun ini, aku ingin fokus kepada empat jenis biskut yang mudah sahaja iaitu Tart Nenas Gulung, Almond London, Chocolate Chips dan Biskut Cornflakes. Snow almond biscuit akan menjadi biskut tambahan kerana resepi ini baru sahaja kupelajari dari kelas Hajjah Rahmah. Memang sedap sangat biskut ini serta rangup. Memang banyak jenis biskut yang kuboleh buat cuma kudrat tenaga yang dirisaukan, bimbang tidak dapat memenuhi masa dan kualiti biskut yang dijanjikan. Sekarang ini pun tempahan telah bertambah dari hari kesehari, inshaAllah akan ku laksanakan yang terbaik.
Tart Nenas gulung

Biskut Cornflakes With Oats

Antara Samples Biskut raya 2011
Sample Tart Nenas Gulung

Sample Biskut Almond London
Sample Biskut Choc Chip

Thursday, July 7, 2011

Ibu Oh Ibu...Aku Merinduimu!!

Pada dua hari lepas, aku terbaca mengenai pemergian ibu tersayang sahabat lama kerahmatullah melalui facebook, dan terus hatiku menjadi sayu sekali dan hiba. Ku dapat rasakan bagaimana berat dan pilu hatinya, menghadapi kehilangan seorang insan yang telah melahir dan membelainya dari kecil hingga dewasa, kini telah menemui Allah Maha Esa  buat selamanya. Sepertinya, aku telah melalui keadaan yang sama kira-kira 20 tahun lalu, dan hingga kini perasaan hiba dan rinduku pada ibu masih kuat seolah-seolah hanya baru semalam sahaja beliau pergi meninggalkan kami sekeluarga. Tatkala aku mula menulis diblog pun entah sudah berapa cawan agaknya airmatku mengalir, begitu emosi sekali apabila teringatkan ibuku.

Oh ibu, kau pergi jua ketika aku begitu amat memerlukanmu , untuk mengajarku erti kehidupan sebagai seorang isteri serta ibu yang mana kira-kira baru 2 minggu sahaja aku tempuhi ketika itu. Masih banyak perkara tentangnya yang aku belum faham .Walaubagaimanpun, aku bersyukur kehadrat Illahi kerana memberikan ku kesempatan menjadi anakmu  yang pertama berkahwin, dan menjadi anakmu yang pertama memberimu cucu yang pertama di masa itu.  Dan masihku dapat bayangkan bagaimana sayunya hatiku apabila sehari selepas aku selamat melahirkan anak sulong, kakak telah terus membawa bayi kecilku itu kepadamu di hospital (dengan izin doktor) , lalu kau menyentuhnya dengan jari-jarimu yang semakin lemah itu dan menciumnya dengan linangan airmata.

Oh ibu,  aku masih teringat akan masakan-masakan ,kuih-muih dan biskut raya tradisi hasil dari tanganmu yang tiada kujumpa seenak itu sehingga kini.  Aku amat merindui masakanmu, inginku dekatimu dan pelajari satu persatu segala  ilmu masakan darimu dan genggam ia sekuat-kuatnya di dalam ingatan ini. Namun kesempatan itu bukan untukku, ibu pergi jua meninggalkan kami dengan kasih-sayang yang masih membara di setiap hati kami. Kami redha atas pemergiannmu wahai ibu.

Oh ibu, leteran sekali-sekalamu masih kedengaran. Tiada lain tujuanmu selain untuk mengajar kami menjadi  anak-anak yang baik -baik di masa hadapan, anak-anak yang sentiasa bersyukur dan mengingati Allah. Sifat sabar dan lembutmu tatkala  berbicara dengan sesiapa sahaja menjadi  ibu adalah seorang insan lain dari yang lain. Sifat sabarmu itu jua menjadi satu sumber inspirasiku dalam mengharungi kehidupan ini yang adakalanya  tenang dan adakalanya berombak.

Oh ibu, seandai masa ini dapat kuputar semula kepada masa ibu masih hidup, akan ku jagamu sebaik-baiknya dan kuatur setiap langkah dan biacarku yang terbaik agar bisa membuatkan mu sentiasa senyum dan bahagia. Tiada kedukaan yang akan menyinggahi jiwamu walau sesaat. Pemergianmu ibu telah membuat ayah amat terasa akan kehilangannmu. Ayah juga telah meninggalkan kami menemui Allah SWT dengan tenang hanya selapas 3 tahun pemergian ibu.
Ya Allah Ya Tuhan Kami. Sesunggunya Engkau Yang Maha Mengasihi Dan Mengetahui Segalanya.

Tiada wang dan harta segunung mana tingginya yang dapat menggantikan jasamu ibu, selain Alfatihah dan doa kuiringi buat ibu dan ayah selepas setiap solatku agar diampunkan segala dosamu, ibadahmu diterima dan rohmu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman oleh Allah SWT.

Untuk sahabatku yang kusayangi ini,  kudoakan mu tabah menghadapi ujian Allah ini dan berdoa roh ibu tersayang di cucuri rahmat Allah.  Aku amat merinduimu sahabat, merindui melihatmu ceria  dengan keletahmu dan  menceriakan rakan2 FB mu yang lain kembali seperti dahulu. Biarlahku lihat dari jauh..

- Alyna Lyn

Wednesday, June 22, 2011

Kem Aspirasi Kepimpinan Di Nur Lembah Pansun, Hulu Langat - Kem Mirza Yang Pertama

Awal perancangan hari ini sebenarnya adalah membuat biskut coklat cip untuk dihantar ke pejabat adik dan beberapa 'outlet' yang biasa ku hantar, namun terpaksa ditunda ke minggu hadapan kerana bekalan air disekitar Lembah Kelang dijadualkan akan dicatu/potong mulai pagi ini hingga Jumaat atasi kerja-kerja penyelenggaraan dan naik-taraf. Memang pun, pagi ini kelihatan aliran air paip agak perlahan dari biasa.
Pagi ini juga, Mirza (anak cayang Mama) , telah bergerak menyertai rombongan sekolahnya (Tingkatan 1 dan 2 Sekolah Menengag Subang Bestari)  ke Kem Aspirasi Kepimpinan Di Nur Lembah Panson, Hulu Langat. Ini merupakan kem yang pertama Mirza sertai dan biasalah sebagai seorang  ibu yang sentiasa perihatin, sejak 2-3 hari lepas lagi aku sudah mula menasihati dia untuk menjaga diri , apa yang seharusnya dia buat dari perihal tidor,makan, mandi, pakaian dan bermacam2 lagi. Almaklumlah, selama ini memang segala makan-minum dan pakaian sehariannya memang aku yang mengaturnya. Dia akan tetili mendengarnya dan menganggukkan kepala tanda akur.
Walaupun tempoh kem ini cuma satu malam sahaja, namun begitu di saat ini aku telah mula merinduinya. Mama sentiasa doakan Mirza sihat, selamat dilindungi Allah semasa di sana dan dapat menimba ilmu yang baik sebanyak mungkin dari pengalaman kem ini, 
Di bawah adalah beberapa foto semasa menjalani Kem Aspirasi Kepimpinan Di Nur Lembah Pansun, Hulu Langat yang di ambil oleh fotografer amatur Mirza. Maaf mungkin gambar tidak berapa jelas.



Terdapat sungai kecil berdekatan dengan resort



Dewan Makan

Tempat Penginapan Pelajar-Pelajar



Surau

Pelajar-pelajar sedang khusyuk mendengar syarahan dari pakar motivasi
Gambar beramai2 sebelum beredar pulang

 ~ Harap ini dapat memberi gambaran kepada anda mengenai persekitaran di Nur Lembah Pansun, Hulu Langat Selangor sekira anak juga berpeluang menyertai program kem ke sana kelak ~


Wednesday, June 15, 2011

YM oh YM!!

Semalaman malam tadi hingga hampir pukol 4 pagi, mata ini tiada dapat lelap. Rasa mengantuk begitu amat terasa sekali dan mata semakin pedih, namun fikiran masih terlayang-layang entah ke mana-mana memikirkan sesuatu yang tidak jelas membuatkan aku sukar untuk lelap. Adakah kerana angkara nescafe tarik kurang manis yang ku minum di restoran Mak Uda , bersantai bersama rakan sesekolah yang sekian lama tiada berjumpa.  Atau kerana berbagai persoalan di benak fikiranku ini yang masih belum ada jawapan. Mengapa aku begitu bingung sekali! Untuk menghabiskan masa, maka kulayari facebook dan membaca emel-emel  melalui handphone kesayangan ku yang sudah uzur.  Dalam ku membaca emel, secara tiba-tiba menerima satu ketukan YM dari sesorang yang tidak dikenali. [ untuk makluman , Yahoo Email  yang saya versi yang 'integrated' with YM , boleh emel dan ym sekali] Dari bunyi namanya seperti perempuan Mat Salleh tapi bila pulak aku add dia di YM?? Langsung tak ingat. 'Hey u there!' ..dia menegur. To my curiosity, aku pun membalasnya ' Hi.....'  .  'Are you feeling lonely?'..balasnya lagi. Hmm..lain macam je pertanyaannya. Aku pun balas balik pulak tu ' Do I know you T...?'.... Secepat kilat , dia menjawab lagi. Tiada pulak aku ingat apa jawapannya tetapi ianya tidak menepati soalanku. Aku teruskan memberi respon dengan pertanyaan-pertanyaan yang lain, ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana dia dapat YM id aku. Tapi semua jawapan yang diberi tiada langsung menjawap pertanyaan-pertanyaanku. Aku pun mulalah  naik 'hangin'!! Dalam pada itu, hati ini mengesyaki  sesuatu yang tidak kena dengan perempuan Inggeris ini. Orang atau hantu.
Kali ini ku cuba mesejnya dengan menaip satu huruf saja dan lihat samada ada respon atau tidak darinya.  Ehwah... ada!! . Ku taip lagi satu huruf dan enter. Dia membalasnya. Ku taip satu huruf, dia balas lagi. Dengan ayat yang terus berbaur menggoda. Oh please!! You are talking to a woman..you stupid shit!!!! ..itulah hentaman akhir dariku. Hah..ambik ko! Selepas itu, terus saja aku 'delete' namanya dari 'contact list'
Hahaha....tatkala itu barulah aku sedari bahawa mesej-mesej yang kuterima tadi adalah merupakan 'prescripted' atau 'auto-responded messages' yang telah disusun-atur ke dalam yahoo messenger, yang mana akan diaktif  secara otomatik sebaik saja status YM penerima menjadi 'online' dan terdapat   'response' walaupun penghantarnya tiada di depan komputer. Bijak kan?? Berbagai ragam dan semakin kreatif pula cara orang menggunakan teknologi komputer sekarang ya, sehingga untuk melacur diri pun ada.
Nasib baiklah aku (seorang wanita juga)  yang menerimanya, tapi bagaimana jika perkara ini berlaku kepada seorang lelaki, suami anda  atau anak-anak yang masih muda remaja??? Jika tiada pengawasan dari ibu/bapa dan sikap berhati-hati dalam diri sendiri,  bimbang ini boleh menjurus kita kepada satu masalah yang  mengancam keselamatan kelak. Penipuan dan penyamaran memang sukar dikawal di alam siber.  Maka, kita lah yang harus sentiasa berwaspada. Tapi persoalan masih belum terjawab. Bagaimana dia mendapat YM id ku dan bila pula aku accept??? Hmmmm..


 ~Selamat bertugas dan menjalani hari-hari anda dengan terbaik mungkin~

Wednesday, June 8, 2011

Percutian Di Bandung - May 2011

Memang sudah lama teringin hendak ke Bandung, almaklumlah ianya salah sebuah bandar di negara jiran yang 'hot' diperkatakan orang sebagai 'Shopping Paradise/Heaven' kerana kemurahan harga barang2 ditawarkan, selain Ho Chi Minh di Vietnam atau Guangzhou dan Beijing di China.. Biasalah naluri seorang yang bernama wanita, sebut saja shopping mulalah seronok. Perancangan awal hendak ke Brunei dibatalkan dan kami tukar destinasi percutian kali ini ke Bandung. Alhamdulillah, ianya menjadi kenyataan pada tarikh 29 Mei 2011 hingga 4 June 2011, kami sekeluarga menghabiskan awal cuti seminggu penggal persekolahan baru-baru di sana. Tempoh seminggu di sana terasa amat singkat pula, baru saja sampai dah hendak balik. Walaubagaimanapun, sempatlah juga kami melawat tempat2 yang pernah dicadangkan oleh rakan-rakan, saudara-mara atau melalui internet   yang mana antaranya adalah :
1) TANGKUBAN PRAHU , iaitu sebuah kawah bekas Gunung Berapi yang terletak di daerah Lembang.  Masa perjalanan yang diambil dari hotel penginapan kami di Aston Braga Hotel & Residence adalah kira-kira 40 minit(atau ~20-30km dari bandar Bandung).
 Untuk hala perjalanan pergi, Supir kami yg bernama Adi, telah membawa melalui jalan-jalan kampung dan ini memberi kami peluang untuk melihat pemandangan perkampungan dan persisiran pergunaungan yang menghijau. Ternyata ianya tidaklah sesesak seperti di tengah bandar Bandung, Perjalanan naik ke atas mengingatkan kami akan perjalanan ke Cameron Highland , Genting highland dan Gunung Kinabalu, adakalanya curam dan jarang sekali rata. Gayat juga..hehehe..
Ini adalah beberapa shot gambar bekas kawah gunung berapi Tangkuban Prahu, yang hingga kini masih lagi kelihatan asap sulfur keluar dari beberapa corong gunung.  Menakjubkan!! Cantik sekal. Subhanallah. Allahuakbar. inilah adalah antara kekuasaan  Allah yang Maha Agung yang menguasai alam semesta. Berikutan dari beberapa sumber , terdapat lebih kurang 10 buah kawah gunung berapi di persekitaran Tangkuban Prahu, namun kami hanya pergi satu saja.
Suhu di atas amat menyenangkan sekali, sekitar 18- 20 darjah Centigrade. Kelihatan ramai pelancong dari Malaysia (berbas2) semasa kami tiba di atas seolah2 macam di Penang pula.Terdapat deretan warung2 beratap nipah di tepi gunung menjual cenderahati untuk pelawat bawa pulang, tidak kurang ramai juga penjual jalanan yang akan serbu kepada pelawat menjual cenderahati di situ. Dan biasanya penjual jalanan (street peddlers) ini akan menjual jauh lebih mahal (tripple) dari harga dikedai.
Tip: USAH LAYAN DAN JUST SAY 'NO'.
Kami tiada membeli satu pun di situ

2) Tempat menarik kedua yang sempat kami singgah dalam perjalanan balik adalah LADANG STRAWBERRY di kawasan Lembang juga (oleh kerana hari hujan, kami batalkan rancangan hendak ke Sari Ater Hot Spring yang mana menurut Adi  cuma 15 minit perjalanan saja dari Tangkuban Prahu). Di situ pelawat dibenarkan pilih, memetik sendiri dan membeli buah-buah strawberry yang masih segar terjuntai di pokok. Memang ada kolam air panas dalam kawasan Tangjkuban  Prahu itu juga sebenarnya (just before reach the top) namun supir dan rakan tidak menggalakkan pergi kerana jaraknya yang agak jauh turun ke bawah (about 1.2km ) dan dengan berjalan kaki pasti akan memenatkan.

                        
      

Harga yang dikenakan adalah dalam 6000 rupiah untuk satu oz. Rasanya tidaklah manis dan tidaklah pula masam, ok2 saia. Kalau ingin merasa, bolehlah  cuba petik sedikit saja dahulu. Sebenarnya, hanya 2 tempat peranginan yang sempat kami pergi, mungkin perancangan masa tidak berapa tepat kali ini. Banyak masa dilebihkan kepada pusat-pusat  membeli belah Factory Outlets saja (dengarnya ada berpuluh2  FOs di dalam bandar Bandung) yang mana sempat kami singgah adalah Rumah Mode,  Gossip, Grande, Donatello, Blossoms, Tas & Shoes Terminal, Heritage, Glamor, The Secrets dan Wanted.  Namun apa yang dapat kami simpulkan disini adalah barangan yang dijual terutamanya pakaian ,beg tangan  dan kasut (replicated atau rejected genuine) adalah hampir serupa sahaja, begitu juga dengan harga yang tiada banyak beza di antara satu FO dengan FO yang lain, sekiranya mata wang rupiah ditukar kepada RM. 
Manakala restoran-restoran atau tempat makan yang kami sempat kami cuba untuk makan tengahari atau malam adalah Nasi Padang Sederhana (nasi padang) , Kampung Daun Restaurant (nasi timber bakar), Kembara Cafe (Sundanese food) , D'Cost restaurant (Sundanese food) ,  Warung Sate Shinta (Sate dan grilled food)  dan juga di Pasar Baru (bakso). 'Gurami Bakar' adalah sejenis masakan ikan goreng garing masak kicap ala2 Sundanese yang amat2 digemari oleh anak2 saya, memang tidak lupa untuk pesan kalau ke restoran. Manakalau minuman jus yang bagi saya amat enak, pekat dan fresh adalah Alpukat Juice (jus avocado) yang di tambah dengan coklat cair sebagai penampah rasa dan rupa. Memang segar dan sedap. 
Sesuatu yang baiknya tentang suasana di Bandung selain makanannya yang enak-enak dapat saya perhatikan adalah tiada seekor nyamuk pun yang saya terjumpa sepanjang berada di sana, samada di hotel, di restoran dan mahupun di pusat membeli-belah. Kebersihannya kelihatan lebih baik dari di Selangor atau mungkin pengairan yang memang dikawal dengan baik maka itulah hasilnya. Jika anda ke sana, cubalah perhatikan.

Friday, April 22, 2011

Handmade Floor Mat (carpet like) - weaving




The first weaving product that I've made during my free time. I learned how to weave in less than 10 minutes  from the shop in Atria , Damansara where I used to regularly buy crochet wools from. To start, there are only 4 basic items that we need and they are: 
i) a special needle which embranches into two at one end (i'll snap a picture of it later)
ii) a hard plastic made square-hole mat that can be cut in accordance to the size of the design we wish to make (i'll try to get a picture of this too, but it looks more a less the same with the mat we use for 'line stitching'
iii) sufficient pre-cut wools about an inch length each (get advice from the shop) 
iv) and any design of our choice.(normally is provided free from the shop, draw it on the mat and start weaving.)
Thats all!!. The wool is a little bit thicker than the one normally use for crochet, at which we can buy it in a 'roll' form. My suggestion is, to buy the pre-cut wool as it gives us a  more consistent and uniform length and  less hassle in cuttings.
Actually,this mat is not big, its abt 40 x 20 inches only but it took me abt a month to complete all the holes! I'll stop when my forefinger and thumb started to ache. And once completed, everyone in the house seemed could not wait to step on it..grrrrrrrrrrrrrrr!!!. I will never ever allow anyone to step on it, even myself...hahaha. Sayang wo. 
Anyway, I am very satisfied with the result, alhamdulillah and hope that I can make another oner,this time bigger!. In my next project, inshaallah i will show how to do it with a short video perhaps. It might take u a litlle while to get use to the pulling  the wools technique, in and out the holes. Hope u can continue stick with me here, thanks.
 I have many dreams to accomplish.......

Friday, April 8, 2011

Body Spa

Hmm.. .kira2 dah hampir sebulan tak upate ruangan 'Ceritaku' ini , the last one when I checked in was on 9/3. Thot of making this slot as my daily journal online, but its not as easy as it seems. Kalau takde content dan mood yang baik..tak tahu nak tulis apa..hahaha.  Apa2pun, ku cuba walau seayat..
Semalam, (7/4/2011) selepas saja menghantar Mirza dan Muqri ke sekolah, terus aja aku dan my daughter Amalina ke salon AB untuk tunaikan temujanji rawatan badan dan muka. Dah 3 bulan rasanya tak buat rawatan badan seingatku, elok sangat lah pergi sebb kepenatan hari2 kesana-kesini dan buat kerja rumah , satu ketikanya kita perlu berhenti untuk memanjakan diri. Kalau kita tak sendiri yang berusaha, siapa lagi kan? Tabiat ke salon atau spa adalah bukan satu perkara baru bagiku, hobi ini telah pun kumulakan sejak umurku awal 20an lagi.  Walaupun ianya bukan setiap bulan, pasti 2-3 bulan sekali tu ada samada untuk muka dan rambut. Semasa tak bertuding, minat mewarnakan dan menggayakan rambut paling kusuka dan warna kegemaranku adalah highlights maroon dan light brown. Hmm, itu dulu2lah nak melawa saja. Walaupun dah bertudung (alhamdulillah), penjagaan rambut serta kecantikan kulit tetap kuteruskan , satu2 hobi ku yg sukar ku tinggalka bukan untuk orang tengok tapi memang dah suka... ..:))
Rawatan badan yang ku ambil 4 dalam 1 biasanya adalah terdiri daripada Urut, Scrub(lulur menggunakan serbuk buah langsat dan ginseng), Body mask (ada mint..sejukkkkk) dan andi Herba(haruman2 dari akar2 kayu hutan dan buah kering menyegarkan sekali) . Masseur tetap ku yang terbaru di spa AB kini adalah Ina (dari Indonesia) dan beliau merupakan yang ke-4 Tuti, Yati dan Yanti. Kalau boleh nak stick pada seorg masseur saja sebb bab2 badan ni mesti pilih2 (hehehe), tapi apakan daya sebb yang lain tu semuanya dah berhenti atas sebab peribadi masing2. Memang seronok buat body treatment ini, paling seronok urut dan mandi herba (better than sauna) Memang terlelap dek eh...
Herannya semalam,hanya 2 orang pekerja saja yang tingal  di AB Spa, tidak seperti sebelum2nya di mana purata terdapat 6-7 orang pembantu kecantikan lengkap dengan uniform pink menunggu kedatangan pelanggan (wanita sshj). Tapi semalam cuma Ina dan Ema (trainee) muka baru. Apa sebenarnya dah berlaku, tidak pula ku tahu tapi menurut Ina semuanya berhenti atas sebab berkahwin. Hmm...betulke? AB Spa di sek9, Shah Alam ni telah ku kunjungi sejak 15 tahun lalu, memang kenal angat sorang2 muka budak2 tu. Tempatnya memang cozy dan comfort, besar lengkap dengan ruangan sofa set dan tv untuk menunggu. Harganya pula very very reasonable...for 4-in-1 body treatment selama hampir 4 JAM harganya cuma dalam RM190, manakala untuk facial Amalina (sejam) berharga RM50. Kalau di salon lain, had masa kurang tapi harga mahu lebih....not to mention where. 
Apa2pun aku berharap salon ini akan terus kekal beroperasi dan tidak tutup...:)
My next stories will be about 'Cikgu Cikgi' and 'MLM'..inshaAllah. Dua perkara atau pengalamanku yang sudah lama inginku kongsikan bersama.

Wednesday, March 9, 2011

LONELY@HOME

Dah lama tak update di blog ini. Dok sibuk update blog ku yang baru ni  http://alynahomemade.blogspot.com/
Hari ini aku kesunyian lagi seperti 2 minggu sebelumnya, Amalina dan Acip dah balik ke kolej dan asrama selepas tamat cuti semester 2 minggu mereka. Mirza pula ada choral speaking pagi tadi, sambung hingga kelas petangnya  manakala Muqri ada projek di sekolah pagi ini juga bersama-sama rakannya dan sambung hingga ke petang juga. Banyaknya aktibiti2 sekolah sekarang, waduh2 yang penat bukan anak2nya saja malah emak2 pun turut penat juga...huhu. Apa2pun alhamdulillah sebab aku sentiasa ada dirumah,inshaAllah  dan dapat menghantar mereka pergi dan balik jika ada aktibiti tambahan sekolah mahupun tution. Kalaulah masih sibuk di ofism mungkin aku tak berkesempatan untuk berbuat demikian, masalah transport satu hal lagi. Memang ada jalan paling mudah, mohon je anak2 ke asrama...dan biar pandai2 sendiri mereka jaga diri sendiri. Tapi sebenarnya ini sedikit sebanyak merugikan juga kepada ibu bapa kerana tidak mengambil peluang menjaga mereka dan melihat mereka membesar didepan mata sendiri. Selepas saja tamat sekolah, maka mereka akan ke asrama jua,inshaAllah, dan berjauhan dari kita. Ya, rezeki dan karier pekerjaan masa hadapan bukan terletak samada anak masuk asrama tau tidak. yang penting anak2 itu sendiri bila besar nanti. InshaAllah. 
Yang paling seronok bila budak ni berada di rumah bila melihat anak2 seklalu berjemaah serta  menghadhirkan diri ke majlis ceramah yang dianjurkan disurau berdekatan. Itu sebenarnya sesuatu yang jarang terdapat di asrama, yang biasa kedengaran adalah mendengar celoteh warden dan ragging2 dari  seniors...hahaha. Aku bukanlah anti 'sekolah berasrama'  (melainkan asrama sekolah Tahfiz atau sekolah agama yang memang tak dinafikan kebaikan ilmu yang akan didapati), malah aku juga adalah seorg bekas pelajar sekolah berasrama. Daer pengalaman, apa yang ku ingat sepanjang duduk diasrama adalah 'tidak seronok' je , 'tension' lagi. .huhu..Apa2pun, aku amat bersyukur kehadhrat Illahi kerana berjaya juga dalam pelajaran ke peringkat seterusnya dan beroleh pekerjaan yang baik2. Banyak kali juga lah mendapat merit bonus bbrp tahun berturut2 dari syarikat ku pernah bekerja, CEO merit  pun pernah atas pencapaian prestasi ku yang cemerlang. Alhamdulillah, sepanjang kerjayaku bekerja mempunyai pencapaian yang baik2 , bermula dan berakhirnya dengan cara  baik. Itu adalah suatu kepuasanku. Seluruh tumpuan ku memangku berikan kepada tugas yang diamanahkan, no hanky panky. Sebarang tugasan yang diberi kepada ku, pasti ku tidakj menolaknya walhal tugasan sediaada berderet2 tak terkata.. Yang penting bagiku adalah kita mencuba dan memberi sepenuh kerjasama kepada visi dan misi bahagian dan syarikat.. That's Me!.Biar penat bagaimana aku ketika itu, pasti ku laksanakan jua hingga selesai.  Itu semua adalah salah satu kenangan2 manis yang tak dapat kulupakan. 
Hmmm...sebenarnya aku baru saja balik dari salon. Penat lagi ni. Terkejar2 nak sampai rumah cepat sebab teringatkan  baju di ampaian yang belum angkat dan hari kelihatan begitu gelap, Banyak kereta yang ku potong...zig zag jadinye!!. Alhamdulillah, sebaik saja sampai rumah tadi dan angkat baju..hujan pun turun Ya Allah, gerakan hatiku untuk tidak teruskan niat masuk ke Living Quarters dan MJ tadi mempunyai hikmah yang baik.
Akhir sekali, walaupun lonely at home, tapi tetap sibuk dengan kerja rumah dan bermacam2 lagi yang dalam perancangan. Its good to be busy than none, enjoy doing things that u love most. Itu yang penting. Kalau perkara yang tak menjadi tarikanku , eloklah aku jauhi kerana bimbang ia tidak akan membawa apa2 makna akhirnya, malah membuang waktu yang begitu berharga buat sesiapa saja. Itu yang paling dikhuatiri. ONCE BITTEN TWICE SHY.
So jumpa lagi later..
Luv Alyna

Thursday, March 3, 2011

Back Scrapping...ouch ouch!!!

Semalam ajaklah my daughter and son yang kebetulan sedang bercuti semester untuk makan tengahari di luar. Rancangan awal adalah untuk buat 'reflexology kaki' di tempat kesukaan kami iaitu samada di Empressma atau Reborn, Sunway Damansara. Kedua2 tempat ini memang best. Reborn hebat kerana suasana exclusive dan romantiknya (bangunan 3 tingkat, dan biasanya I akan pilih VIP room tingkat atas sebb very cosy dan takde lelaki) manakala Empressma adalah hebat kerana servis masseur nya yg memang mantop2. 'No pain No gain 'org kata, sakit2 sedap urutannya. I pilih Empressma this time since my package dgn Reborn dah pun tamat. 
We had our short lunch first at Restaurant Kandar Kayu, then my children dropped me at Empressma since both of them taknak join last minute. Alhamdulillah, takde org kt Empressma, apa taknya dah pukul  3pm ..memanglah kosong. Sukanya.  30% discount pulak tu!!!
So I went in immediately with happy smile, sat down washing my feet with warm water and started with the long-love reflexology massage!!
My lady masseur this time was  "Peng Shin Mei' (No. 5), wanita dari tanah besar China, whom langsung tak reti bahasa omputeh, apalagi Melayu.. W/pun begitu dia tak henti2 berborak dgn I dgn bahasanya sambil menunjukkan signal tangan..Hihi....Layanjelah.Yang bagusnya siPeng adalah urutan jari jemarinya yang memang 'tepat' dan memang terasa sampai keurat2. Dah lama tak buat reflex...terjerit2 gak mula2 tu..:))
Punyalah seronok sampai tak sedar dah habis 50minit masa urutan yg ku ambil.
Sebaik saja lepas tu, tiba2 si Peng ni asked me to go into one of the 'rooms' and lying on bed (rooms that only covered with curtains, see behind) and said that she wanted to do some back massage on me!! What???? Adalah beritahu kt dia yang I at times ada rasa sakit bahu, and she kept on talking and talking to me on smthing that i didnt understand. Probably, that was what she meant...Yang bagusnya, I just follow what she told me....aiyaaa!!
She started scrubbing/scrapping my back with a 'thing' that doesnt feel to me like her fingers. It was quite painful and i asked her what was that. She showed me and it looked like a white stone. Ouch...ouch...it was really painful all over my back, no joke!! The scrapping took only 10 minutes with an extra cost of RM25, but macam 1 jam...hahaha.
The story ended with a quite a number of SCARY RED SCRATCHES  all over my back, macam kene cakar harimau!! Lebihlah pedihnya bila terkene air...huhu.
Apa yang I fahamkan, jika kita melakukan body scrapping massage dan badan kita menjadi merah selepas itu, bermakna badan kita banyak toksid atau panas dalam. Ada yg bukan jadi merah, ungu pulak tu.
Menurut tokeh salon, 'Body Scrapping' adalah salah satu cara tradisional orang2 lama dari tanah China dalam melakukan penyahtoksidan dari badan. Siapa2 yang tangan merasa kebas2, elok lakukan terapi ini sekali sekala,  Seperti ala2 'berbekam' bagi tradisi kita mungkin. Selepas melakukan back scrapping semalam, memang terasa ada perubahan dan bahu agak ringan sedikit. Alhamdulillah....cuma ianya tak boleh buat selalu, tak tahaaaaan!!
Have a nice day!!
Luv Alyna

Saturday, February 19, 2011

Akhirnya Ku Tahu Jua Puncanya! Alhamdulillah.

Pada 17/2/2011 tuhari aku bertekad untuk terus mencuba lagi sehinggalah aku benar2 puas hati dengan keputusan pencarianku selama ini. Aku tercari2 selama ini punca mengapa kek dan muffinku yang kubuat akhir2 ini tidak menjadi sangat seperti sebelum2nya. Walaupun nampak  naik dengan elok tapi sebenar2nya dibahagian bawah tidak masak! Huhuhu....masak tak seratalah tu.  Aku benar2 bingung memikirkan. Selama 3 bulan dah bermacam2 cara aku lakukan termasuk menukar2kan posisi cupcake dalam loyang, adjust setting api dan ada pernah sekali tu aku kuterbalikkan cupcake semata2 nak masakkan bahagian bawahnya. Kah kah kah! Itu tidak seharus berlaku sebab oven yang kubeli baru setahun itu adalah dari jenama yang memang disarankan dan bayak komen2 yang baik baik diinternet mengenainya.  
Pada awalnya aku salahkan resepi yang kurujuk itu tidak betul, maka kucuba pula dengan resepi yang lain , tetapi masalah serupa masih berlaku. Kemudian buat lagi dengan resepi lain tapi kali ini  jadi Mc Gyver, aku olah resepinya. Minyak dingantikan dengan mentega cair, tepung naik sendiri dengan tepung self raising dll...belasahje. Huh!! Rasa sedap tapi mentah juga. Kemudian kusalahkan setting api oven mungkin suhu panas sangat, so aku kurangkan sedikit suhu (tetap set api atas bawah) tapi lebihkan sedikit masa bakar. Masalah tetap terjadi. Hmmmm kenapa dan kenapa ya?? Kemudiannya aku syakki mugkin loyang tebal, tukar loyang, tukar acuan dan ntah apa2 lagi. Ada juga teringat mungkin berpunca dari bahan2 yang digunakan kurang segar (walaupun  tak masuk akal) spt telur( merah telur tidak bulat bila dipecahkan), even guna telur segar bugar pun masalahnya masih ada. Lebih memeritkan apabila melalui proses membakar, terpaksa aku keluarkan loyang kali dan cucuk2 cupcake untuk menentukan samada dalamnya masak atau tidak (selepas tempoh bakar). Itu tidak seharusnya berlaku! Aku tahu.....
Aku kenal bebenar bagaimana rupa cupcake dan muffin yang masak elok dan jauh disudut hati kecilku ada terselit rasa belum puas dengan hasil kek dan muffinku. Pasti ada yang tak kene. Ada juga aku terfikir adakah ini bermakna  kemahiranku sudah menurun atau masih tak reti2 baca resepi...huhu.!!  Tapi kenapa sebelum tu ok je...resepi yang serupa juga ku gunakan. Aduhai!  phening2
Jika ada yang terbaca mengenai muffin yang kuhantar kesurau baru-baru ini , sebenarnya masa itu aku masih belum mengetahui apa puncanya lagi. Tapi niat untuk bersedekah kepada majlis cerama disurau, ku buat juga dengan menempuh berbagai cara agar muffin2 masak dengan elok. (Tukar loyang, tukar acuan dan guna 'oven fan' walaupun sebenarnya tidak digalakkan untuk guna 'fan' untuk kek kerana boleh mengeringkan moisture kek tapi kucuba juga. Manalah tahu kot2 ok untuk ovenku). Alhamdulillah, muffin2ku selamat dimasak kesemuanya walau mengambil tempoh yang lebih dari sepatutnya. Ya Allah, aku berdoa agar mereka yang mengambil muffinku dapat menerimanya tanpa apa2 masalah. Niatku memang nak memberi yang terbaik dan bukan niat yang lain. .  
Semalam (17/2/2011), aku bertekad untuk mencuba lagi dan kali ini aku gunakan 'pre-mix muffin flour' saja, sekadar nak test oven. Ya Allah Ya Tuhanku, aku berdoa pada Allah untuk berikan aku jalan dan petunjukNya akan punca sebenar yang kucari selama ini. Mencari akar punca masalah demi penyelesaian jangka panjang dan itulah yang kucari, bukan sekadar membetulkan masalah shj. Aku bancuh dan bakar muffin mengikut arahan yang diberikan pada bungkusan , namun hasilnya tetap sama. Selang sejam kemudian, kucuba pula bakar 'readymade croissant' . Tinjauan dari cermin oven, croissant kelihatan naik begitu menarik sekali...so happy lah ingat mungkin masalah dh hilang. Selepas tamat tempoh bakar, aku keluarkannya dan cuba angkat dari dulang pembakar dan ....aiyaaaa melekat!! Secara tiba2 selepas saat itu, terus terlintas difikiranku ini pasti ada yang tak kene dengan api bawah oven!! Lantaran itu, ku 'ON'kan sekali lagi oven dan cuba rasa haba dengan tangan pada kedua2 filamen atas dan bawah. DAH MEMANG SAH!!!  FILAMEN BAHAGIAN BAWAH OVEN TAK PANAS LANGSUNG!!.....BOLEH SENTUH DENGAN JARI TANPA RASA PANAS SEDIKITPUN. Alahai..kenapalah selama ini tak terlintas difikiranku mengenainya. Ya Allah Ya Tuhan Kami, aku amat bersyukur kehadratMu kerana hari itu (17/2/2011) Engkau telah memberiku petunjukMu akan  punca masalah sebenar yang kucari.   
Dan pagi tadi (19/2/2011), kami terus menghantar oven ke bahagian kerosakan  peralatan jenama tersebut di Shah Alam dan filamen yang rosak itu pun telah ditukar kepada yang baru.Kejap je settle...hehe. Cajnya cuma RM160 saja. Alhamdulillah...suka sgt.   

Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...