Wednesday, March 9, 2011

LONELY@HOME

Dah lama tak update di blog ini. Dok sibuk update blog ku yang baru ni  http://alynahomemade.blogspot.com/
Hari ini aku kesunyian lagi seperti 2 minggu sebelumnya, Amalina dan Acip dah balik ke kolej dan asrama selepas tamat cuti semester 2 minggu mereka. Mirza pula ada choral speaking pagi tadi, sambung hingga kelas petangnya  manakala Muqri ada projek di sekolah pagi ini juga bersama-sama rakannya dan sambung hingga ke petang juga. Banyaknya aktibiti2 sekolah sekarang, waduh2 yang penat bukan anak2nya saja malah emak2 pun turut penat juga...huhu. Apa2pun alhamdulillah sebab aku sentiasa ada dirumah,inshaAllah  dan dapat menghantar mereka pergi dan balik jika ada aktibiti tambahan sekolah mahupun tution. Kalaulah masih sibuk di ofism mungkin aku tak berkesempatan untuk berbuat demikian, masalah transport satu hal lagi. Memang ada jalan paling mudah, mohon je anak2 ke asrama...dan biar pandai2 sendiri mereka jaga diri sendiri. Tapi sebenarnya ini sedikit sebanyak merugikan juga kepada ibu bapa kerana tidak mengambil peluang menjaga mereka dan melihat mereka membesar didepan mata sendiri. Selepas saja tamat sekolah, maka mereka akan ke asrama jua,inshaAllah, dan berjauhan dari kita. Ya, rezeki dan karier pekerjaan masa hadapan bukan terletak samada anak masuk asrama tau tidak. yang penting anak2 itu sendiri bila besar nanti. InshaAllah. 
Yang paling seronok bila budak ni berada di rumah bila melihat anak2 seklalu berjemaah serta  menghadhirkan diri ke majlis ceramah yang dianjurkan disurau berdekatan. Itu sebenarnya sesuatu yang jarang terdapat di asrama, yang biasa kedengaran adalah mendengar celoteh warden dan ragging2 dari  seniors...hahaha. Aku bukanlah anti 'sekolah berasrama'  (melainkan asrama sekolah Tahfiz atau sekolah agama yang memang tak dinafikan kebaikan ilmu yang akan didapati), malah aku juga adalah seorg bekas pelajar sekolah berasrama. Daer pengalaman, apa yang ku ingat sepanjang duduk diasrama adalah 'tidak seronok' je , 'tension' lagi. .huhu..Apa2pun, aku amat bersyukur kehadhrat Illahi kerana berjaya juga dalam pelajaran ke peringkat seterusnya dan beroleh pekerjaan yang baik2. Banyak kali juga lah mendapat merit bonus bbrp tahun berturut2 dari syarikat ku pernah bekerja, CEO merit  pun pernah atas pencapaian prestasi ku yang cemerlang. Alhamdulillah, sepanjang kerjayaku bekerja mempunyai pencapaian yang baik2 , bermula dan berakhirnya dengan cara  baik. Itu adalah suatu kepuasanku. Seluruh tumpuan ku memangku berikan kepada tugas yang diamanahkan, no hanky panky. Sebarang tugasan yang diberi kepada ku, pasti ku tidakj menolaknya walhal tugasan sediaada berderet2 tak terkata.. Yang penting bagiku adalah kita mencuba dan memberi sepenuh kerjasama kepada visi dan misi bahagian dan syarikat.. That's Me!.Biar penat bagaimana aku ketika itu, pasti ku laksanakan jua hingga selesai.  Itu semua adalah salah satu kenangan2 manis yang tak dapat kulupakan. 
Hmmm...sebenarnya aku baru saja balik dari salon. Penat lagi ni. Terkejar2 nak sampai rumah cepat sebab teringatkan  baju di ampaian yang belum angkat dan hari kelihatan begitu gelap, Banyak kereta yang ku potong...zig zag jadinye!!. Alhamdulillah, sebaik saja sampai rumah tadi dan angkat baju..hujan pun turun Ya Allah, gerakan hatiku untuk tidak teruskan niat masuk ke Living Quarters dan MJ tadi mempunyai hikmah yang baik.
Akhir sekali, walaupun lonely at home, tapi tetap sibuk dengan kerja rumah dan bermacam2 lagi yang dalam perancangan. Its good to be busy than none, enjoy doing things that u love most. Itu yang penting. Kalau perkara yang tak menjadi tarikanku , eloklah aku jauhi kerana bimbang ia tidak akan membawa apa2 makna akhirnya, malah membuang waktu yang begitu berharga buat sesiapa saja. Itu yang paling dikhuatiriONCE BITTEN TWICE SHY.
So jumpa lagi later..
Luv Alyna

No comments:

Post a Comment

Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...