Tuesday, March 1, 2011

Mee Hun Sup


Entahlah hari2 masak kekadang tu kering gak idea nak masak apa. Malas nak fikir apa lauk nak dipadankan dengan nasi, pagi tadi dah buat nasi goreng so takkan nasi lagi untuk makan tengaharu. Huhu...apa lagi mee hun sup lah cepat mudah siap!! Berikut adalah resepi meehun supku kali ini:

Bahan2:
  • Mee hun - 1 bungkus (direndam dengan air suam hingga empuk,toskan)
  • Daging ayam - 4 ketul dari ayam yang dipotong 8 (elok ambil yang daging putih)
  • Bawang kecil ; 3 ulas- hiris
  • Bawang putih : 3 ulas - hiris
  • Halia : 1 inci (ketuk)
  • Sup bonjot - 2 bungkus
  • Kiub pati ayam : 1/2kuib (boleh lebihkan sikit kalau kuah banyak)
  • Lobak merah : 1 biji dibelah dan hiris sederhana tebal
  • Batang saderi : 1 batang (di hiris)
  • Fish cake : 2 keping (dihiris)
  • Tomato : 2 biji (belah 6)
  • Sawi  : 2 ikat (lebih lagi baik) - dihiris sederhana tebal
  • Garam secukup rasa
  • Daun sop, daun bawang dan bawang goreng - untuk taburan/hiasan
Cara:
  1. Rebus ketulan ayam dengan air secukupnya hingga agak2 empuk dalam periuk bersama sedikit garam dan halia. Ceduk dengan tapis buih2 putih pada rebusan daging untuk kurangkan rasa anyir dan jernihkan sup.
  2. Keluarkan ketulan ayam dan biar seketika*.
  3. Tumiskan bawang kecil dan bawang putih yang dihiris hingga naik keemasan dan naik bau.
  4. Masukkan tumisan bawang2 tadi kedalam periuk yang mengandungi sup dan kacau.
  5. Masukkan pula sop bunjut. kiub pati ayam, batang saderi, lobak merah dan fish cake. Biar sup mendidih seketika.
  6. Sebelum angkat, masukkan sawi, tomato dan garam. Oleh kerana nak cepat dan mudah anak2 makan sekali, saya masukkan terus daun bawang dan sup. Zat2 sayuran dan daging semua terkandung dalam sop.
  7. Sudah sekali mendidih,boleh tutup api. Sedia dimakan bersama mee hun.
  8. * Ketulan ayam rebus yang dikeluarkan tadi, disiat2 halus untuk ditabur atas pinggan bila dihidang. Tulangnya pula boleh dimasukkan semula ke dalam kuah sop.
Untuk lada kicap:
  • Cili padi : 10-15 biji
  • Bawang putih : 2 biji
  • Kicap : 1/4 cawan
  • Gula secukup rasa (tak perlu jika dah guna kicap manis)
  • Garam secubit
Cara: Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat. Masukkan kicap dan garam dan gula secukupnya. Gaul rata. Siap.

- Boleh juga ditambah dengan telur untuk memperisakan lagi sup. Biasanya saya ceduk 1-2 senduk sup tadi ke dalam kuali kecil lain dan panaskan. Masukkan telur sebiji dan didihkan hingga telur masak, angkat. Tuangkan ke atas mee hun dan taburlah ayam yang disiat2 bersama bawang goreng dan lada kicap.

No comments:

Post a Comment

Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...