Showing posts with label My Posts. Show all posts
Showing posts with label My Posts. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

Tip-tip Asas Sebelum/Semasa Menjalankan Perniagaan Biskut Dari Rumah

Alhamdulillah, akhirnya dapatku sempurnakan segala pesanan pada 25/8/2011 termasuk pesanan  yang dimaklumkan selepas tarikh akhir penerimaan permohonan pada 19/8/2011. Walau semalam ada lagi yang memesan untuk dapatkan biskut Alyna Lyn namun terpaksa ku tunda hingga ke minggu kedua hari raya supaya dapat kuberi tumpuan pada kerja-kerja rumah sebagai persediaan hari raya aidilfitri pula.
Tiada banyak persiapan yang perlu sebenarnya, tiada pertukaran perabot atau perhiasan dalaman rumah selain dari membersih dan menyusun semula perabot sediaada. Perabot, langsir dan alas-alas sofa, carpet malah perhiasan bunga yang sangat aku gemari semuanya  masih elok dan boleh digunakan lagi. Persediaan raya untuk tahun in bolehlah dikatakan yang paling minima sepanjang aku ingat dalam menyambut hari raya.
Mengimbau kembali mengenai perniagaan cookies raya yang baru setahun dua kuceburi secara kecil2an  ini , dapatku simpulkan beberapa 'improvements' perlu dilakukan dimasa hadapan iaitu dari segi konsistensi  acuan/bentuk biskut, rasa, harga, pilihan bungkusan ( packing), strateji pemasaran, tenaga kerja dan pembahagian masa serta stok. 
Sebagai perkongsian bersama pelawat-pelawat yang mungkin mempunyai aliran minat yang sama dalam perniagaan biskut raya dan rujukan diri, di sini kuturunkan beberapa 'tips' asas:
  1. Pilihan biskut yang tepat untuk jualan di hari raya. Anda mungkin mempunyai kemahiran dalam pelbagai biskut, namun perlu fokus kepada biskut atau biskut-biskut yang menjadi kekuatan anda dan keunikan biskut anda dari yang lain.
  2. Penetapan Sasaran Pelanggan (Target Customer). Semakin luas lingkungan kawasan sasaran anda maka semakin tinggilah keperluan kos operasi diperlukan (tenaga,pengangkutan, bahan-bahan asas dan masa). Ini terpulang pada keupayaan masing2 asalkan kualiti produk tidak terjejas. 
  3. Pengedaran sample biskut pilhan yang lebih awal (untuk yang baru nak memperkenalkan biskut) kepada pelanggan sasaran atau ajen distribusi, seeloknya 2 bulan sebelum bulan puasa.
  4. Penetapan tarikh akhir penerimaan pesanan mengikut kesesuaian tenaga kerja yang ada. 
  5. Penyediaan dokementasi pangkalan data pelanggan dalam bentuk spreadsheet atau apa jua format contoh (.xls) paling mudah. - (Contoh format akan diberi kelak)
  6. Anggaran stok bahan-bahan biskut bersesuaian dengan jumlah pesanan yang diterima.
  7. Dapatkan maklumbalas dari sempel biskut edaran dan cuba selaraskan perubahan 'improvement' contoh kurangkan gula jika ada maklumbalas pelanggan mengatakan terlalu manis, lebihkan inti dan sebagainya. Mungkin anda tidak dapat memenuhi kesemua maklumbalas pelanggan , pilihan 'majoriti' adalah yang terbaik.
  8. Pilihan bahan-bahan yang segar dan berkualiti baik.
  9. Beli bahan-bahan biskut seawal mungkin bagi mengelakan kekecewaan kerana kehabisan stok di pasara-raya atau baking center terutamanya bahan-bahan spt  inti/jem, mentega dan balang/bekas kuih yang mana pembekalnya agak terhad.
  10. Belilah bahan-bahan dalam anggaran yang besar (in volume), bukan sedikit-sedikit, tapi tidaklah berlebihan dari jumlah keperluan pesanan. Disini pengemaskinian rekod atau pangkalan data pesanan pelanggan amatlah penting sebagai rujukan anggaran keperluan bahan-bahan sebelum pergi ke pasar-raya. JANGAN MALAS!!
  11. Survey kedai yang menawarkan harga termurah bahan-bahan biskut. Kebiasaannya pasar-pasar raya dan baking center akan menawarkan harga diskaun apabila hampir bulan ramadan. (Contohnya TESCO pada tahun ini telah menwarkan harga yang termurah untuk balang-balang kuih berbanding dari pasar-pasar raya lain yang sempat saya pergi, malah semakin hampir hari-raya, semakin murah pula harga ditawarkan.)
  12. Pilihan balang/bekas yang menarik dan bersesuaian dengan bentuk dan kerapuhan biskut. 
  13. Penetapan harga biskut mengikut jumlah isian dalam balang/bekas kuih. Lazimnya, ramai peniaga biskut raya menetapkan harga mengikut jumlah 'standard' contoh 50pcs-RMxx, 100 pc- RMyy tapi anda boleh juga tetapkan harga dalam jumlah yang pelbagai asalkan jumlah isian biskut memenuhi balang/bekas dengan elok (tak loose). Maknanya,  kita cari 'balang/bekas dahulu, dapatkan jumlah tepat biskut yang muat dalam balang tersebut  dan barulah tetapkan harganya. (Reversed mathematical calculation) . Jangan lupa kemaskini rekod untuk rujukan tahun berikutnya pula..:)
  14. Labelling - Banner perniagaan anda dan tag tarikh luput biskut untuk menambah  keyakinan pelanggan/ajen distribusi terhadap anda. 
  15. Penyediaan Blog atau lamanweb (facebook, flickr,Fotopage,dll) perniagaan sudah menjadi trend terkini untuk memuatkan gambar dan penerangan ringkas biskut anda. Namun begitu, bagi  produk baru , blog atau lamanweb bukanlah merupakan satu-satunya saluran pemasaran produk anda yang terbaik. Dari pengalaman dan perhatian saya, > 80% pembeli (buyer) adalah diperolehi melalui  'offline' (luar internet) @  'sampling method' dan bukan dari internet  melainkan jika jenama produk anda atau syarikat anda yang memang sudah dikenali ramai dan diiktiraf.
  16. Harga yang kompetitif (lakukan survey diinternet atau dikedai2) ,  tapi hendaklah pulang modal. (kalau tidak bukanlah berniaga namanya...hehe)
  17. Kekalkan hubungan yang baik anda dengan pelanggan dan ajen2 pengedaran anda.
  18. Improvisasi pada biskut samada dari segi rasa, rupa dan ' packaging ' haruslah dilakukan dari masa ke semasa bagi mengekalkan keyakinan pelanggan terhadap produk anda dan menghadapi persaingan yang semakin hebat. Jangan takut untuk buat sedikit perubahan pada resepi jika anda rasa perlu.
  19. Sifat jujur dan amanah di dalam perniagaan adalah dituntut dalam Islam, maka kekalkanlah sifat ini agar perniagaan kita diberkati Allah SWT. 
 Dalam saya menrurunkan langkah-langkah.tip-tip di atas , saya juga memesan pada diri saya supaya menjadi lebih 'organised' , merancang dengan baik setiap langkah yang ingin dilaksanakan bagi memastikan hasil-hasil yang diusahakan adalah yang terbaik dan dapat memuaskan hati pelanggan.
"DO FIRST THING FIRST RIGHTLY"
"USAH TAKUT PADA KEGAGALAN KERANA KEGAGALAN SEBENARNYA MENGAJAR KITA UNTUK LEBIH BERUSAHA DAN INSYAALLAH KEJAYAAN AKAN MENJADI MILIK KITA."
~ Selamat Mencuba~

Sunday, August 7, 2011

Kek-kek Kukus dibuat hari ini.

Hari ini memang telah diperuntukkan sebelah siang untuk tumpukan kepada kek-kek kukus saja. Oleh kerana hendak buat 3 kek kukus dalam sehari dan limitasi pada muatan/saiz kukusan ( saiz sederhana dan kecil saja yang ada buat waktu ini ), aku hanya dapat membuat 1/2 adunan saja untuk kek kukus buah dan kek kukus hati pari , manakala sebelah petang pula satu adunan penuh untuk kek kukus lumut.

Kek kukus buah dan kek kukus pari dalam bekas empat segi kecil bersaiz 4"x4"x3" dgn keberatannya ~280gm setiap satu.
Kek-kek lumut di dalam bekas empat segi 4"x4"x3", keberatan 280gm (.1/4kg)  dan 6"x6"x3" keberatannya ~520gm(>1/2 kg) setiap satu. Untuk makluman, kek-kek kukus ini boleh bertahan sehingga 6 bulan jika ianya disimpan dan ditutup dengan baik di dalam peti sejuk (chiller). 

Saturday, August 6, 2011

Crystall Ball Cookies

Dalam kesibukan ingin menghabiskan 300 biji samperit tempahan pagi tadi , sempat jugalah aku mengadun biskut crystall ball yang menjadi kesukaan anak2. Bikut ini ala2 biskut arab dengan sentuhan gula halus dipermukaan menjadikan biskut ini amat istimewa untuk dijadikan sebagai salah satu biskut untuk hari perayaan atau parti2 hari lahir anak2. Warnanya pun sudah  mengancam. membuatnya untuk tempahan serta sempel 'last minit' dari rakan2. Walaupun penat, namun biskut yang kubuat hari ini alhamdulillah menjadi cuma api oven ada sedikit masalah disebelah kanan di mana ia agak panas sedikit. dan biskut disebelah itu kelihatan lebih 'brownish' Maka . terpaksalah aku ketepikan dulang pembakar lebih kesebelah kiri bagi mengelakkan biskut jadi hangus. Tak mengapa, itu cuba masalah kecil sahaja.:)



Crystal ball cookies of 43pcs


Friday, August 5, 2011

PENGUMUMAN


Nota:
Assalamualaikum dan salam sejahtera pelawatk dan pelangganku.
Sehubungan dengan pengesahan dari pihak JAKIM dan JAIS mengenai status haram mentega Golden Churn (creamy butter) pada 3 Ogos 2011 atas sebab penemuan DNA babi di dalamnya. perlu dinyatakan di sini bahawa Alyna Lyn's Homemade TIADA menggunakan mentega berjenama Golden Churn (creamy butter) di dalam kek2, kek cawan serta biskut2. Mentega yang kami gunakan adalah SCS, Anchor dan buttercup sejak mula beroperasi.
Sekian, harap maklum.
Terima kasih
Alyna Lyn

Saturday, July 16, 2011

Perbezaan Kek Cawan & Mufin


Mufin Coklat

Kek Cawan Coklat


Apakah Perbezaan Antara Muffin Dan Kek Cawan?

Memang tiada ketara perbezaan dari segi rupa (selain mufin kelihatan meninggi sikit kerana sukatan serbuk penaik yang lebih sedikit) dan bahan-bahan yang digunakan antara kek cawan dan mufin. Seandainya frosting kita keluarkan dari permukaan kek cawan, maka perbezaannya menjadi amat pudar. Walaubagaimanapun, terdapat satu perbezaan yang mudah boleh kita ingati iaitu cara adunan kedua-dua kek ini dibuat iaitu:
- Kek cawan selalunya diadun secara 'creaming method' di mana mentega (butter) dan gula dipukul bersama sehingga kembang dan putih gebu , telur dimasukkan kemudian dan tepung digaul secara 'fold'.

- Manakala mufin pula selalunya tidak perlu dipukul, tapi dengan hanya mencampurkan bahan-bahan kering kedalam satu mangkuk dan campuran bahan-bahan basah ke dalam mangkuk yang berasingan. Maknanya, kita memerlukan dua mangkuk untuk membuat mufin, satu mengandungi bahan-bahan kering dan mangkuk satu lagi mengandungi bahan-bahan basah pula. Kedua-dua bahan di dalam mangkuk-mangkuk ini kemudiannya dicampurkan, gaul bersama dan adunan mufin pun siap. Dan kerana cara yang mudah ini maka  mufin dipanggil sebagai 'quick bread'.

- Kesimpulannya, atas sebab tiada banyak perbezaan inilah maka mufin boleh ditukar menjadi kek cawan dengan menambahkan frosting/topping di atasnya contoh mufin coklat menjadi kek cawan coklat dengan tambahan coklat frosting/ganache. Tanpa frosting, kek cawan akan nampak seperti mufin.

Sekian, itu saja tip dapat dipapar untuk kali ini,

Sunday, May 8, 2011

HAPPY MOTHER'S DAY!!

No Love like a Mother's Love

There is no love, like a mother's love,
no stronger bond on earth...
like the precious bond that comes from God,
to a mother, when she gives birth.

A mother's love is forever strong,
never changing for all time...
and when her children need her most,
a mother's love will shine.

God bless these special mothers,
God bless them every one...
for all the tears and heartache,
and for the special work they've done.

When her days on earth are over,
a mother's love lives on...
through many generations,
with God's blessings on each one.

Be thankful for our mothers,
for they love with a higher love...
from the power God has given,
and the strength from up above.
by Jill Lemming

Friday, May 6, 2011

Finest Quotes-1

You Never Know When it will be your Last
Today we have bigger houses and smaller families.
More conveniences, but less time.

We have more experts, but more problems.
More medicine, but less wellness.
We spend too recklessly;
Laugh too little,

Drive too fast,
Get too angry too quickly,
Stay up too late,
Read too little,

Watch TV too much,
And pray too seldom!
Life is a chain of moments of enjoyment, not only about survival.
Use your crystal goblets.

Don't save your best perfume, use it every time you feel you want it.

- Source: Internet (Fropki Group)

Sunday, April 24, 2011

Tweetquote

In the sweetness of friendship let there be laughter, and sharing of pleasures. For in the dew of little things the heart finds its morning and is refreshed.
Note:
a) This post marked the 100th posts I've issued since 26/12/2010, (closes to 4 months) , the day I created this blog. 
b) I am posting this to test a customised block quotes or called as 'blockquotes' , to republish/publish tweets on blog. 
Maybe I dont get it 100% right, the image of the blue bird seems not appearing here, but the background looks good to me.  :) I received a short tutorial from Bloggerstop.net via my email subcription. 
You can try this out for your blog if you wish. Refer to this link : 

Tuesday, April 19, 2011

Google Translator

I've just added a 'Google Translator pull down menu bar' at top left page of this blog yesterday. Much simpler as what I thought before.!! Thanks Allah, for making my wish happens.
While I was still working with TM, I was kinda jealous with people around me  who have had their own homepages, sharing their activities and photos with us, What I can do at that time was just giving comments and waited for their next updates. I couldnt be bothered how they did that as all my time at time was fully occupied with office works  all day long. And even at night, my mind was still mingled about office...huh!!  
My daughter had her first 'Homepage' which she developed by herself at her age of 11. Amazingly, at that age she can do it by herself and I began to ask myself then, why not me! At that time, there were no free templates for website/blogger available on the net, far to say about facebook,twitter, friendster and others! She learned them all from the internet.
Well, I am not in a rush. I learn abt blogging only during my free time and each time I wish to make a change, I will definitely look for the steps from internet, just like how my daughter did.  I am also getting regular updates from Webpronews and Bloggerstop.net thorugh my emails. Learning is a process that has no end. Like the old Chinese proverb;
.'A journey of a thousand miles must begin with a single step'.~ Lao Tsu
 Or in Malay - 'Perjalanan 1000 batu adalah bermula dari satu tapak'..  Hehehe...camtulah bunyinya kot.

Saturday, April 16, 2011

RSS Feed and SEO

Fuhh!!I'm still struggling on how to make RSS feed and improving page ranks works for my blogs. I've done them all what has been advised but still there is still not much changes. Give me a break!! 

This is one of the url that i am referreing to:
http://www.ehow.com/how_2019621_startusing-rssfeeds-onblogger.html
its just me !! I will try again later,inshaAllah. 

Thursday, February 3, 2011

Happy Chinese New Year!

Wishing a Happy and Properous Chinese New Year to all chinese, whereever you are, in this year of Rabbit. May your life embraced with joy, good health and success in all the years to come.

From,
Luv Alyna

Thursday, January 27, 2011

Working on My Blog

While working on my baking skills, I'm still continue learning more on how to improve my blog  . It was a month ago when I know nothing about blogging but now thanks to Allah, alhamdulillah, at least i know the basic ideas on the 'know-how' that includes: 
  • Using or changing the layout/design template
  • Adding widgets, java scripts, gadgets
  • Linking to other sites like flickr slideshows or picasa album
  • Inserting labels/categories
  • Inserting FB profile badge
  • Inserting video from youtube via mixpod.com
  • Little bit on html editting (havent know about CSS yet)
  • Inserting picture for the header (as the template that I am using doesnt come with the header, so i just find one from the internet! easy..)
  • Tips/tricks from the blog experts.
And last but not least, there is one more simple thing that I want to do on the layout and that is, to add menu tabs either vertically or horizontally. Finding the labels/categories on the right side are not as catchy as compared to menu tabs, I will try to change it hopefully within this week or next. 
My most challenging experience about blogging is not much about the design but its content, what information that I would like to put in and share to others. Well, I have nothing in definite so far but surely, something to do with cooking and crochetting will be my focus subjects at this point of time. Having a nice layout and pictures without a good content will make your blog becomes so 'stale' to the eyes of others. There are so many webistes that you can refer to about creating/managing blog, among my favourite websites are:
and
http://www.scrappinblogs.blogspot.com/ - currently I'm using template from Scapping Bloggs

So lets start blogging for those who havent. Frankly, I feel more comfortable in here in expressing myself comparing to other social networking sites. Believe me!! :))
Luv Alyna
  

Wednesday, January 26, 2011

Tip-Tip Asas sebelum membuat Kek/Biskut

Hari ni tiada apa yang menarik yang hendak dipostkan, cuma ada beberapa tip-tip tentang membuat kek/biskut yang telah saya kumpul/jumpa/tambah mengikut pengalaman saya untuk dikongsikan bersama. Saya memang mempraktikkan apa yang saya belajar disertai dengan banyakkan membaca untuk menambahkan lagi ilmu dalam bidang yang saya memang minati ini.
Dibawah adalah senarai 10 tip-tp asas sebelum kita memulakan membuat kek/biskut: 
Tip #1:  Baca terlebih dahulu resepi dan sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Pastikan loyang dan peralatan membuat kek/biskur adalah bersih dan benar2 kering. Tangan pun perlu dibersihkan dan benar2 kering.(pantang adunan terkena air walaupun dari peralatan yang basah)
Tip #2:  Timbang dengan tepat tepung dan bahan-bahan mengikut resepi. Gunakan bahan-bahan yang berkualiti baik dan segar dan sediakannya lebih awal.
Tip #3: Gunakan saiz loyang atau acuan kek yang bersesuaian dengan resepi yang digunakan .
Tip #4: Susun rak oven dengan betul dan panaskan terlebih dahulu sebelum memasukkan kek/biskut. Boleh gunakan jangkasuhu untuk oven, jika perlu. .
Tip #5: Ikut arahan langkah adunan seperti dalam resepi. Jangan terlebih atau terkurang pukul kerana ini akan menjejaskan rupa kek/biskut. Gunakan kitchen timer atau lihat jam untuk memantau masa mengadun.
Tip #6: Elakkan dari sesakkan oven dengan loyang, limitkan pada 2 pada satu2 masa membakar dan elakkan dari membuka pintu oven semasa membakar (untuk kek, usah buka pintu oven jika kurang dari 45minit tempoh bakar. Ini akan menjejaskan kek naik dengan cantik). Untuk resepi tertentu, boleh alihkan (switch) posisi loyang dari atas ke bawah dan sebaliknya setelah separuh masa bakar. 
Tip #7: Perhatikan masa bakar dan keadaan kek/biskut semasa membakar. Boleh 'adjust'(turun atau naikkan sedikit, jika perlu)  suhu oven jika kelihatan kek/biskut hendak merekah atau lambat naik. .
Tip #8: Sejukkan kek/biskut dengan sepenuhnya sebelum disimpan. 
Tip #9: Kemaskan kek/biskut supaya kelihatan menarik untuk dihidangan. 
Tip #10: Simpan kek/biskut dalam bekas kedap udara dan ditempat yang bersih.

Ada lagi tip-tip lain , inshaAllah akan saya tambah dari masa kesemasa.
Luv Alyna

Monday, January 24, 2011

Remembering the Failure For Success!!.

There are times when you feel sad, hopeless and useless at the point when things do not turn out as what you have been expected for. You start to blame everyone around you, blaming the world as being so unfair  and  feel that you just want to give away, letting yourself no chance for a second try. What a loser!. Me and you have had this similar situation once or even couple of times in our lives, isnt that right? Be it at home or in office ...life is always a challenge to oneself in making it a long great success. While I was thinking about it leisurely, I received second weekly motivating quotes (via subscription) in my email inbox just few minutes ago . Ha3x....what a cute coincidence! So, let me paste the quotes to share it with you, my dearest visitors:
" Would you like me to give you a formula for success? It's quite simple, really. Double your rate of failure. You are thinking of failure as the enemy of success. But it isn't at all. You can be discouraged by failure or you can learn from it, So go ahead and make mistakes. Make all you can. Because remember that?s where you will find success. -Thomas J. Watson
So, its okay to fail and never ever be discouraged by it. We learn through mistakes, and mistakes can be a great teacher to us. Dare to Fail is a sign of wisdom!

Luv Alyna

Tuesday, January 18, 2011

Doa Pagi Ini

Marilah kita sama2 berdoa (bacalah bismillah dulu ya)

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepadaMu. Sempurnakan
nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami  
dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan
semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur seberkat-berkatnya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya,memohon anugerah sebaik-baiknya,
memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Aminnn...


Sunday, January 2, 2011

2011

There are so much things to do this year, yet i havent started to write anything on paper. All of them are still lining up in my head..Huh!! I do believe that, the power of writing things down will help me to focus on matters that I really wanted to do, prioritise them and act on them accordingly. Like what Steven Covey had said " Do first thing first' and for me, I need to do it all right! I consider 2010 is a year of 'Learning' whilst 2011, is a year of 'Planning & Implementing' them! InshaAllah...i'll do my best..

Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...