Showing posts with label Cake. Show all posts
Showing posts with label Cake. Show all posts

Thursday, January 26, 2012

Lemon Cheese Cake / Kek Keju Lemon


Sempat buat 2 adunan kek keju untuk minum petang untuk isi masa lapang. Tak sampai malam, habis sebiji kek!! Memang sedap..jangan tak cuba yo!!

Bahan-bahan:
  • 200gm gula kastor (saya kurangkan kepada 180gm)
  • 150gm mentega
  • 150 gm tepung kek (boleh gunakakan self-raising flour)*A
  • 50gm tepung jagung*A
  • 1 sudu teh serbuk penaik (jika guna self-raising flour, saya guna 1/2 sudu teh saja)*A
  • 125 gm krim keju
  • 3 biji telur gred A (boleh guna 7 biji telur gred B utk 2 adunan)
  • 1 sudu makan kulit buah leman (di parut)
  • 1 sudu makan jus lemon (diperah)
*A - diayak bersama

Cara-cara
  1. Griskan acuan bulat kek 8inci dan lapik dengan kertas minyak (jika ada). Panaskan ketuhar pada suhu 180darjah C selama 10 minit. (panas ketuhar adalah bergantung pada jenis ketuhar anda. Untuk jenis ketuhar saya, saya biasa setkan kepada 170darjah C dan kurangkan kepada 160darjahC bila nampak kek cepat menjadi kecoklatan..)
  2. Pukul krim keju, mentega dan gula hingga kembang dan berkrim. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga sebati dan kembang.
  3. Masukkan bahan A dan gaulkan sehingga sebati.
  4. Masukkan parutan dan jus lemon dan gaul rata.
  5. Tuang adunan dalam acuan kek dan bakar selama sejam
~Selamat Mencuba Ya!! ~

Wednesday, March 16, 2011

Kek Koko Marmar



Oleh kerana marahkan sambungan internet dirumah  yang begitu bermasalah dari pagi hingga petang hari ini, maka cake mixer dan oven menjadi sasaranku. Agak lama juga tak buat kek marmar ini. Kek ini sepatutnya berperisa kopi, tapi perasa atau emulco kopi tarak, maka koko lah jadi gantinya. Buat kek ini petang tadi (16/3/2011), tapi 3-4 keping je yang tinggal setakat ini Kek ini memang lembab dan sedap ..itu yang tak cukup sekeping dua makan. Jaluran hijau merah dilakukan dgn suduan selang seli adunan warna hijau,koko dan hijau pada setiap lapisan, dihentak2kan loyang perlahan dan gariskan menggunakan lidi sate. Adunan 3 warna boleh juga diselang selikan mengikut lapisan, Corak jalur nya akan menjadi lebih besar dan ketara.Berbagai corak boleh dilakukan bergantung pada kreatibiti masing2. 
Kek bersaiz 8 inci bulat dan tidak manis ini memang sedap sebagai hidangan petang bersama teh kosong.
Berikut adalah resepinya:
Bahan2
  • 250 gm butter
  • 220 gm tepung kek *
  • 1 sudu teh serbuk penaik*
  • 200 gm gula kastor (boleh kurangkan jika mahu, saya ikut resepi ini ok je)
  • 50 gm air susu (fresh milk atau boleh juga dibuat sendiri iaitu susu tepung + air disukat)
  • 4 biji telur gred A (saya guna 5 biji telu gred B sebb gred A tarak)
  • 2 sudu teh emulco kopi (or koko)
  • sedikit pewarna coklat,hijau dan merah
* - diayak bersama

Cara2
  1. Griskan loyang pembakar 8 inci (bulat atau 4 segi) dan lapik dgn kertas serap minyak(baking paper).Panaskan ketuhar pada 180darjah celcius (350F) selama 10 minit.
  2. Pukul gula kastor bersama butter hingga adunan kembang , ringan dan putih.(lama bergantung pada kelajuan mixer anda)
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga benar2 sebati. (kene sabar time ni tau)
  4. Kemudian masukkan tepung yang diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit sambil dikacau berselang-seli dengan air susu hingga habis.
  5. Seterusnya, masukkan emulco kopi dan gaul hingga sebati.**
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan coklat,hijau dan merah.***
  7. Letakkan 1 senduk adunan berwarna pada tengah loyang pembakar dan selang-selikan untuk setiap lapisan. Teruskan hingga habis. Untuk tambahkan seni abstrak pada kek, boleh guna lidi dan lorekkan satu bulatan atas adunan.
  8. Bakar selama 1 jam.
Turutan ** dan *** boleh di 'switch' jika mahu. 
Untuk resepi ini, rasa kek keseluruhan agak sedap kerana keserataan rasa kopi atau koko tsb, cuma warna agak gelap sedikit tidak spt kek marble omak2 kita buek...:))) 

Saturday, February 26, 2011

Mixed Fruit Flan Cake with cream cheese fruit filling


Moisture vanilla sponge cake dengan lapisan 'mixed fruit cream' (masak sendiri)  
Harga: RM40
Saiz kek : 6 inchi bulat
Berat : ~ +1kg

Chocolate Banana Cake

Moisture chocolate sponge cake dengan lapisan 'banana dan cream' dan full ganache coating  
Harga: RM42
Saiz kek : 6 inchi bulat
Berat : ~ +1kg

Black Forest Cake with Blueberry Filling

Moisture chocolate sponge cake  dengan lapisan inti 'jem buah2an blueberry' (masak sendiri)  
Harga: RM38
Saiz kek : 6 inchi bulat
Berat : ~ +1kg


Monday, February 7, 2011

Carrot Cake


: Very moist with more walnuts , more shreaded carrot & delicious topping yet !  It can be done as 2-layer carrot cake with cream cheese in between the 2 layers. Above picture is just a sample, order can be make for a square shape carrot cake as single or doule layer.

Sunday, December 26, 2010

Pandan Layer Cake


Tetiba je hari tu terasa nak buat kek, nasib baik bahan2 cukup. Kek pandan paling mudah, rasanya lebih kurang macam bahulu dan cara membuatnya pun lebih kurang macam buat bahulu gak.


hah!! lepas kek pandan, bancuh kastard tuang atas kek terus jadi 'Pandan Layer cake'. Leceh tapi sedap...yummy!!

Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...