Showing posts with label Kuih-Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-Muih. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Kuih Habuk2 Sago Gula Melaka


Bahan2:
  •  500gm sago biji (dicuci, rendam 10-20 minit dan ditoskan)
  • 250 gm kelapa parut (putih)
  • 400gm gula melaka yang dihiris2 (boleh dikurangkan jika tidak mahu manis kepada 250gm-300gm)
  • sedikit garam (~1 sudu kecil)
Cara2:
  1. Masukkan sago biji, separuh bahagian kelapa parut dan garam ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.
  2. Masukkan satu lapisan sago yang ditoskan ke dalam loyang, tekan2kan sedikit agar mampat.
  3. Taburkan gula melaka di atasanya,
  4. Masukkan satu lapisan akhir sago pula, tekan2 lagi.
  5. Taburkan gula melaka dan kelapa parut di atasnya.
  6. Rebus air kukusan bersama daun pandan sehingga mendidih.
  7. Kukuslah kuih selama lebih kurang 25-30 minit atau sehingga sago benar-benar kembang.
  8. Bolehlah potong apabila kuih benar-benar sejuk
<<<Selamat Mencuba >>>


Saturday, November 19, 2011

Puding Roti


Dalam kesibukan siang tadi sempat lah kedapur kejap buat puding roti, sementara kedai ID  datang rumah untuk berbincang mengenai kabinet2 dan langsir rumah. Kebetulan pula ada lebihan roti gardenier yang tidak habis, sebelum tarikh luputnya tiba lebih baik digunakan .
Resepi puding roti telah sempat saya salin dari Chef Chearson Lian yang disiarkan di TV baru-baru ini. Memang mudah dan sedap dan manis rasanya sedang elok. Kepada sesiapa yang tiada berkesempatan menonton atau menyalin resepi mudah puding roti Chef Chearson, disini saya kongsikan bersama:
Bahan-bahan:
  • Roti - 1 buku (saya guna Gardenier )
  • Susu segar - 2 cawan ( atau lebih supaya dapat acup susunan roti)
  • Gula pasir - 5 sudu besar
  • Telur : 4 biji
  • Esen vanilla - 1 sudu kecil
  • Secubit garam
  • Serbuk kulit kayu manis (cinnamon powder) or sebuk buah pala (nutmeg) - ikut suka (untuk taburan)
  • Kismis kering - ikut suka (untul taburan)
  • Gula perang (brown sugar) - ikut suka (untuk taburan)
 Cara-cara;
  1. Sapukan kepingan roti dengan mentega. Potong empat dan susun rapat2 di dalam loyang pembakar.
  2. Masukkan susu segar , garam, gula pasir dan esen vanilla dalam periuk dan panaskan setakat untuk cairkan gula saja, tiada perlu sehingga mendidih. Tutup api.
  3. Pukul telur untuk sebatikan kuning dan putihnya. Kemudian, campurkan telur ke dalam adunan susu tadi. Kacau rata.
  4. Tuangkan adunan susu dan telur ke atasu susunan roti.
  5. Taburkan kismis, serbuk kilit kayu manis atau buah pala (cinnamon/nutmeg powder ) dan gula merah.
  6. Bakar puding pada suhu 180 darjah Celcius selama 25-30 minit.
  7. Enak dihidangkan bersama ais-krim, kastad atau susu sejat (ideal/carnation yang dicampurkan dgn gula dan esen)
Nota: Puding saya kali ini memang nampak kurang kembang sedikit kerana susu yang tidak mencukupi. Boleh tambah susu jika ada.
 ~Selamat Mencuba~

Thursday, September 8, 2011

Puding Krim Karamel

Juadah manis untk berbuka puasa hari ini. Di bawah adalah resepi untuk dikongsi bersama.

Gula Hangus (Karamel)
    • 1/4 cawan gula pasir
    • 1/4 cawan air putih 
Puding
    • 4 biji telur + 1 telur (ambil kuning saja) 
    • 3 cawan susu UHT (fresh milk pun boleh atau susu Ideal/Carnation)- saya guna 1 cawan UHT creme Anchor dan 2 cawan fresh milik.)
    • 1/2 cawan gula
    • 1 sudu teh esen vanilla
    • 1/2 sudu teh pewarna kuning (orange yellow) - jika mahu

Cara-cara

Gula hangus
  1. Goreng gula pasir atas kuali pada api kecil sehingga gula menjadi kekuningan emas. Setelah gula menjadi kekuningan emas, masukkan air  putih dan kacau hingga gula hangus cair keseluruhannya di dalam air.
  2. Angkat dan tuang gula hangus ke dalam mangkuk kaca acuan untuk puding.
Puding
  1. Pukul telur dan kuning telur hingga sebati dengan garpu didalam mangkuk
  2. Masukkan susu dan gula pula ke dalam mangkuk adunan telur dan pukul rata.
  3. Tuangkan ke atas mangkuk kaca acuan yang ada gula hangus. 
  4. Kukus selama 1.5 jam. (Buka tudung kukusan setiap 1/2 jam dan buang air  kukusan)
  5. Angkat dan biar sejuk sepenuhnya sebelum dibalut dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk
  6. Hidang semasa sejuk. 
 ~ Selamat Mencuba ~


Tuesday, May 24, 2011

Puding Batik Biskut Marie - 15 minit Siap!!


Tetiba saja petang tadi terasa nak buat puding batik yang kira2 sudah lebih dari setahun tak membuatnya. Kebetulan memang ada sebungkus biskut Marie  yang telah dibeli dalam 2 minggu lepas tapi masih belum digunakan lagi.. Kesian pulak tengok Si biskut Marie dok duduk termenung menunggu, masih belum ada siapa sudi memakannya. Apa lagi tanpa berlengah, saya terus saja ke dapur dan membuat puding batik ini.  Lagipun anak2 memang sukakan puding ni, almaklumlah coklat katakan!! 
Ramai yang memanggilnya Kek Batik Biskut Marie tapi saya lebih suka menamakannya sebagai Puding Batik Biskut Marie, oleh kerana cara memasaknya lebih kepada cara membuat puding dan kelembutannya pula seperti puding juga. Apa2pun bahan2 serta cara memasaknya adalah lebih kurang sama. Tempoh masa menyiapkan bahan2 dan memasaknya tak sampai pun 15 minit. Mudah sangat!
Berikut adalah resepinya:

Bahan2nya:
  • Biskut Marie - 1 bungkus (350gm)
  • Mentega (Butter) - 125 gm
  • Telur -  2 biji (dipukul dulu, setakat untuk menggaulkan yang kuning dan putih saja)
  • Serbuk Koko - 1/2 cawan
  • Serbuk Milo - 1 cawan
  • Air putih/Susu Segar- 1 cawan (saya guna air yang telah masak atau boleh guna susu segar )
  • Gula Pasir - 1/2 cawan (boleh kurang sikit sebab biskut sudah pun manis)
Cara2nya
  1. Patah-patahkan biskut di dalam mangkuk.
  2. Di dalam periuk lain, campurkan air putih/susu segar masak, gula, koko dan milo. Kacau hingga larutan sebati.
  3. Panaskan larutan coklat di atas api yang sederhana hingga semua bahan2 larut sepenuhnya. Tak perlu mendidih pun tak mengapa sebab kita gunakan air masak di sini.
  4. Masukkan mentega pula dan kacau hingga mentega cair. Kecilkan api.
  5. Masukkan telur yang telah dikacau tadi , kacau-kacau sehingga adunan pekat sedikit. (1-2 minit saja)
  6. Padamkan api.
  7. Masukkan pecahan biskut Marie ke dalam periuk , gaul sehingga biskut disaluti larutan coklat dengan sepenuhnya.
  8. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai dan tekan2 puding hingga padat. (boleh guna senduk leper atau tangan yang dibaluti plastik)
  9. Biarkan puding sejuk di luar dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
  10. Setelah puding benar sejuk, keluarkan dari peti ais dan barulah boleh dipotong.
Nota: Puding ini adalah versi yang lembut dan enak jika dimakan semasa sejuk. Kalau pembaca inginkan biskut Marie stays crunchy, mungkin boleh biarkan larutan coklat sejuk sedikit dan barulah digaulkan dengan bislut Marie. Saya belum pernah cuba lagi cara ini kerana lebih suka versi lembut ini.:)

~ Selamat mencuba ~

Saturday, May 14, 2011

Kuih Seri Muka


Sebenarnya kuih seri muka ini saya membuatnya pada awal minggu lepas lagi tapi oleh kerana kesibukan tugas seharian dirumah dan hal-hal lain, maka terlewat sedikit nak kongsikan resepi ini di blog.  Untuk pengetahuan pembaca, resepi ini saya perolehi/pelajari dari seorang kakak , Mahani atau kami panggilan  Kak Ani iaitu kenalan semasa di Dhaka. Kak Ani memang pandai memasak samada kuih-muih tradisi Melayu atau lauk-pauk, saya amat kagumi beliau. Almaklumlah, saya bukannya pandai sangat masak masa tu..hehehe. Yang mana sempat saya akan bertanyakan resepi dari beliau dan cuba membuatnya bila balik ke rumah. Resepi ini pada awal percubaan memang tak jadi saja, selepas 2 dan 3 kali barulah  ok.
[ sekira kak Ani membaca ini, Lin mohon izin untuk share resepi ini di blog ya dan ucap terima kasih sekali lagi pada kak Ani ].
 
Serikaya (permukaan seri muka) kuih ini adalah versi yang berempah , amat lembut dan lemak enak sekali. Walaubagaimanapun, saya telah olahkan sedikit resespi Kak Ani ini dengan mengurangkan jumlah telur dan gula dan tambahkan sedikit tepung, jadinya permukaan nampak kenyal sedikit dari yang sepatutnya. (lihat gambar). Kalau ikut resepinya dengan betul, memang sedap sangat. Berikut adalah resepinya;
Bahan2:
    1. Jintan manis (kasar) - 1 sudu kecil *kisar
    2. Kulit kayu manis - 1/2 inci *kisar
    3. Bunga lawang - 3 kuntum *kisar
    4. Bunga cengkih - 10 kuntum *kisar
    5. Telur ayam - 6 biji (saya kurangkan kepada 3 biji)
    6. Beras pulut - 2-3 cawan (direndam 2-3 jam)
    7. Tepun gandum - 3 sudu besar penuh ( saya tambahkan kepada 6 senduk)
    8. Daun pandan - 30 helai, blend dan jadikan kepada 2 cawan air pandan (jika tiada daun pandan , boleh guna pandan paste atau esen)
    9. Santan kelapa - 1 biji (diasingkan dulu kepada 2 bahagian di mana 2-3 sudu besar dantan pekat dari satu bahagian dan 2 cawan cair (atau cukup2 untuk acupkan pulut) dari satu bahagian lagi)
    10. Garam - 1/2 sudu kecil atau secukup rasa
    11. Gula pasir - 2 senduk besar (saya kurangkan kepada 1.5 senduk)
    12. sedikit halia -  jika perlu (kurangkan rasa hanyir telur)
    13. Esen pewarna hijau - ikut suka (jika daun pandan tiada mencukupi)
* kisar - saya gunakan serbuk saja, lebih mudah dan halus.

Cara2.
A) Untuk Pulut (base)
  • Panaskan air dalam kukusan hingga mendidih
  • Masukkan beras pulut yang telah direndam ke dalam loyang sederhana besar (saya guna loyang bulat 8inci)
  • Masukkan santan cair dan garam secukupnya kedalam beras pulut dan gaul rata. Paras air santan adalah seeloknya sama dengan paras beras pulut (acup pulut)
  • Tutup kukusan. Hendaklah sentiasa kacau pulut supaya santan dan pulut dapat bergaul dengan sebati. Anggaran pulut masak adalah dalam 30 minit.
  • Bila pulut sudah masak, keluarkan dan mampatkan pulut dalam loyang tersebut. Boleh guna senduk atau tangan yang dibaluti plastik .
  • Setelap mampat, masukkan semula pulut dan kukuslah selama 2-3 minit lagi. (Pastikan serikaya/serimuka (B) telah siap sebelum mengukus semula)

B) Untuk Seri Muka/Serikaya
  • Kisar telur dan gula pasir sehingga kembang dan gebu. (boleh tambahkan halia masa ini)
  • Masukkan air pandan atau esen dan bahan kisar (serbuk) ke dalam adunan telur tadi. Pukol/gaul. rata.
  • Masukkan santan pekat dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan pukul/gaul hingga tiada ketulan.
  • Tapis adunan.
  • Tuangkan seri muka/serikaya ke atas pulut dan kukus semula. Tutup kukusan.
  • Sentiasa buangkan wap kukusan dalam setiap 2-3 minit sehingga seri muka masak sepenuhnya. Anggaran masa masak adalah 30 minit.
  • Setelah masak, biarkan sejuk sebelum dipotong dan hidang untuk minum petang.:)
~Selamat Mencuba~



Monday, February 28, 2011

Kuih Chara Berlauk


Kuih cepat siap dibuat petang tadi untuk keluarga berbuka puasa. The very2 simple kuih.
Sebenarnya resepi ini saya salin dari rakan semasa dirantauan. Simple saja.

Bahan A (untuk inti) :
  • Bawang kecil - 2 biji - hiris halus
  • Bawang putih - 2 biji - hiris halus
  • Bawang besar - 1 biji - hiris halus
  • Daging kisar - 2 sudu besar
  • Rempah kari/kurma daging - 2 sudu besar (boleh lebihkan jika suka 'spicy')
  • Serbuk lada sulah/hitam - secukup rasa (saya suka lada hitam)
  • Garam - secukup rasa
  • Gula - secukup rasa (saya tak bubuh)
  • Tepung jagung - satu sudu kecil
  • Hirisan lada merah dan daun bawang untuk hiasan atas kuih
Cara2:
  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. 
  2. Masukkan rempah dan kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan daging kisar, garam serbuk lada hitam/sulah dan gula sedikit (jika perlu). Kacau hingga air daging agak kering.
  4. Masukkan hirisan bawang besar dan tabur seikit tepung jagung.
  5. Kacau perlahan hingga sebati. Bila kelihatan kering, angkat dan sejukkan. 
Bahan B (kuih chara)
  • Tepung gandum   - 3 cawan (ayak)
  • Susu segar/santan- 0.5-0.75 litre (tambah air jika adunan agak terlalu likat)
  • 2 biji telur
  • Serbuk lada sulah - secukup rasa
  • Garam - secukup rasa
  • Serbuk kunyit/pewarna kuning - 1-2 sudu kecil
  • Serbuk ENO - sedikit(untuk lembutkan adunan), jika perlu
 Cara2:
  1. Kisar kesemua bahan B hingga sebati dan halus. Tambahkan air adunan kelihatan likat. Untuk tentukan kelikatan adalah sempurna, cuba jatuhkan adunan menggunakan sudu. Jika aliran adunan adalah tidak terputus, maka sedang eloklah tu.
  2. Masukkan adunan ke dalam acuan kuih chara yang telah disapu dengan minyak dan bakar. (saya bakar terus atas api gas sebab lebih cepat).
  3. Bila kuih chara kelihatan 3/4 masak, angkat dan taburkan Bahan A( inti daging) yang telah digoreng ke atasnya serta taburkan hirisan daun bawang dam lada merah.(mudah untuk inti melekat) 
  4. Bakar sekali lagi dan tutup acuan pembakar. Biar seketika sehingga masak.

Friday, February 18, 2011

Puding Kastad Jagung



Bahan2:
  • 1 tin jagung tin (saya guna Sweet Kernel Corn jenama Garden Fresh 425gm atau boleh juga gunakan Sweet Cream Corn)
  • 1 biji kelapa (buat dalam 4-5 cawan santan)
  • 1 cawan tepung kastad
  • 3/4 cawan gula pasir
  • secubit garam
Cara2;
  1. Kisar jagung tin kira2 seminit dua saja.
  2. Masukkan jagung kisar,kastad,gula dan garam ke dalam periuk. Gaul. Diikuti dengan santan sedikit demi sedikit hingga habis agar tadunan tidak berketul. Gaul hingga sebati.
  3. Masak atas api sederhana dan sentiasa kacau hingga adunan likat dan berkilat. (lebih kurang 20minit)
  4. Tuangkan ke dalam loyang acuan dan ratakan. Sejukkan dahulu pudding sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
  5. Makan semasa sejuk...yummy!
Nota:
Boleh gantikan jagung dengan buah peach dalam tin yang dikisarkan, dan gantikan santan dengan fresh milk.

Tuesday, January 18, 2011

Kuih Apam Asli

Petang tadi sempat buat kuih apam sementara menunggu drama bersiri 'Akukah Tanggang' bermula. Resepi lama yang ku ciplak dari kakak amat mudah dan tiada banyak bahan digunakan. Berikut adalah resepinya:                                                                                             
Bahan2:                                                                                             
  1. 2 cawan tepung gandum  (di ayak)                                                 
  2. 1/4 cawan gula pasir                                                                      
  3. 1 sudu kecil serbuk yis mauripan                                                      
  4. 1 cawan air putih yang direndam bersama serbuk yis                       
  5. 1 cawan air putih yang dimasak bersama gula melaka, ditapis dan disejukkan pada suhu bilik.                                                            
Cara2:
  • Masukkan gula pasir bersama tepung.
  • Kemudian campurkan air larutan gula melaka keatas tepung sedikit demi sedikit sambil gaul. Pastikan adunan tidak berketul2.
  • Campurkan air larutan yis pula hingga habis. 
  • Tuang adunan ke atas loyang
  • Biarkan selama 2 hingga 3 jam pada suhu bilik untuk yis bertindak balas. Tutup dengan tudung saji.
  • Adunan akan kelihatan naik dan berbuih2 kecil tanda seudah bersedia untuk dikukus.
  • Kukus selama 25-30 minit atau hingga masak. (cucuk dengan garpu atau lidi sate ditengah2 , kalau adunan tidak melekat pada garpu atau lidi, tandanya sudah masak)
  • Tutup api dan biarkan apam agak suam2 barulah boleh dipotong.
  • Taburkan kelapa muda parut yang telah dicampurkan dengan sedikit garam ke atas apam potong.
  • Sedia untuk dijamu.
 Adunan siap untuk diperap.(jangan perap dibawah air aircond mahupun kipas)
 Adunan setelah 2-2.5 jam diperap.
 Setelah dikukus selama 30 minit.
Siap dipotong dan dihidangkan. Apam asli ini adalah lebih basah dan kenyal sedikit dari apam2 yang menggunakan eno,ovalette atau tepung beras. Itulah dinamakan apam asli...:)) Selamat mencuba.

Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...