Monday, February 28, 2011

Kuih Chara Berlauk


Kuih cepat siap dibuat petang tadi untuk keluarga berbuka puasa. The very2 simple kuih.
Sebenarnya resepi ini saya salin dari rakan semasa dirantauan. Simple saja.

Bahan A (untuk inti) :
  • Bawang kecil - 2 biji - hiris halus
  • Bawang putih - 2 biji - hiris halus
  • Bawang besar - 1 biji - hiris halus
  • Daging kisar - 2 sudu besar
  • Rempah kari/kurma daging - 2 sudu besar (boleh lebihkan jika suka 'spicy')
  • Serbuk lada sulah/hitam - secukup rasa (saya suka lada hitam)
  • Garam - secukup rasa
  • Gula - secukup rasa (saya tak bubuh)
  • Tepung jagung - satu sudu kecil
  • Hirisan lada merah dan daun bawang untuk hiasan atas kuih
Cara2:
  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. 
  2. Masukkan rempah dan kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan daging kisar, garam serbuk lada hitam/sulah dan gula sedikit (jika perlu). Kacau hingga air daging agak kering.
  4. Masukkan hirisan bawang besar dan tabur seikit tepung jagung.
  5. Kacau perlahan hingga sebati. Bila kelihatan kering, angkat dan sejukkan. 
Bahan B (kuih chara)
  • Tepung gandum   - 3 cawan (ayak)
  • Susu segar/santan- 0.5-0.75 litre (tambah air jika adunan agak terlalu likat)
  • 2 biji telur
  • Serbuk lada sulah - secukup rasa
  • Garam - secukup rasa
  • Serbuk kunyit/pewarna kuning - 1-2 sudu kecil
  • Serbuk ENO - sedikit(untuk lembutkan adunan), jika perlu
 Cara2:
  1. Kisar kesemua bahan B hingga sebati dan halus. Tambahkan air adunan kelihatan likat. Untuk tentukan kelikatan adalah sempurna, cuba jatuhkan adunan menggunakan sudu. Jika aliran adunan adalah tidak terputus, maka sedang eloklah tu.
  2. Masukkan adunan ke dalam acuan kuih chara yang telah disapu dengan minyak dan bakar. (saya bakar terus atas api gas sebab lebih cepat).
  3. Bila kuih chara kelihatan 3/4 masak, angkat dan taburkan Bahan A( inti daging) yang telah digoreng ke atasnya serta taburkan hirisan daun bawang dam lada merah.(mudah untuk inti melekat) 
  4. Bakar sekali lagi dan tutup acuan pembakar. Biar seketika sehingga masak.

No comments:

Post a Comment

Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...