Monday, February 21, 2011

Limpa Masak Rempah Lada Hitam


Salah satu menu makan tengahri kami untuk hari ini.

Bahan-bahan:
  • Limpa Lembu -1 kg (dibersihkan, tos dan potong dadu)
  • Serbuk kunyit - 1 sudu besar
  • Halia - 1 inchi (ditumbuk)
  • Bawang kecil - 5 biji (di tumbuk)
  • Bawang putih - 3 biji (ditumbuk)
  • Bawang besar - 1-2 biji (hiris)
  • Serbuk ketumbar - 1 sudu besar
  • Serbuk jintan kasar - 1 sudu besar
  • Serbuk jintan putih - 1 sudu besar
  • Kicap manis - 2 sudu besar
  • Lada hitam - 2 sudu besar (ditumbuk halus)
  • Kulit kayu manis - 1 batang (sederhana)
  • Bunga lawang - 3 biji
  • Air putih secukupnya untuk empukkan limpa
  • Lada hidup - 2 tangkai (dibelah 2)
  • Garam dan gula secukupnya
  • Daun sop atau daun ketumbar
Cara2:
  1. Gaulkan paru lembu bersama serbuk kunyit,bahan2 tumbuk, serbuk ketumbar, serbuk jintan kasar, serbuk jintan putih ,kicap manis, lada hitam dan sedikit garam. Perap selama 20-30minit.
  2. Selepas masa perapan, panaskan minyak dalam kuali/periuk dan tumis limpa yang diperap bersama rempah2 tadi sehingga kelihatan masak . Tambahkan 2 cawan air.
  3. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Biarkan masak atas api sederhana selama 1-1.5 jam atau sehingga limpa benar2 empuk. Hendaklah diperiksa limpa selalu.
  4. Tambah2kan air jika air kelihatan kering dan tutup periuk. 
  5. Bila limpa sudah agak empuk dan kuahnya agak likat, boleh masukkan lada hidup,bawang besar dan daun ketmbar. Biar selama 10 minit lagi.
  6. Angkat dan hidang.
Resepi ini tidak berapa pedas dan boleh dimakan oleh anak2 juga. Bagi penggemar makanan pedas, bolehlah gantikan lada hidup dengan 4-5 biji cili padi.
Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment

Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...