Saturday, May 7, 2011

Sambal Tumis Ikan Bilis Berlada Mudah

Untuk mereka yang suka makan sambal tumis ikan bilis berlada tapi masih tak tahu bagaimana untuk memasaknya. Lebih2 lagi bagi pelajar hostel yang amat jarang atau tak pernah ke dapur tu..(ehem ehem ehem). Cubalah resepi Mama Alyna ini.

Bahan-bahan:
    • 2 genggam cili kering (cili kering direbus sebentar dahulu, tos dan dikisar. Boleh letak minyak makan sedikit ke dalam blender supaya cili kisar tahan lama). Jika tiada cili kering, cili boh readymade boleh digunakan iaitu lebih kurang sebanyak 1 bekas besar.
    • 1 genggam ikan bilis (bersih, tos dan goreng keemasan garing dahulu)
    • 3 biji bawang besar - kisar)
    • 5 biji bawang putih - kisar
    • sedikit belacan
    • sedikit pes asam jawa (tanpa biji)
    • sedikit gula melaka
    • garam secukupnya
    • sedikit kicap (jika suka)
Caranya
    • Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga keemasan dan naik bau (pada api sederhana). Minyak biarlah 'acup' keseluruhan sambal ya.
    • Masukkan cili kering yang dikisar atau cili boh saja. Kacau rata,
    • Masukkan belacan dan pes asam, kacau rata. Biar sambil kacau sekali sekala sehingga sambal naik minyak. (lebih kurang 15-20 minit pada api kecil). Hati2 jangan sambal jadi tengit.
    • Sebelum angkat, bolehlah masukkan garam,gula melaka dan kicap (jika perlu). Kacau rata,
    • Masukkan ikan bilis goreng.
    • Kacau sebentar dan angkat.
Nota: Saya memang suka masukkan asam jawa dalam apa2 saja jenis ambal supaya ianya ada rasa masam2 sikit. Sedap. Seperkara lagi, mudah jika guna pes asam jawa tanpa biji . Terus masukkan asam ke dalam sambal tanpa air. Sambal akan lebih cepat garing....:)). Sambal tradisi lama ini kalau di goreng lama dan penyimpanan yang betul, boleh tahan sehingga sebulan tanpa masuk peti ais.

2 comments:

Anonymous said...

oohhh.. auuu ;ynn.. teringat masa sekolah n kat U.. no le bekalan bwk balikkkk...

Alyna Lyn said...

Hi Anonymous. Congrats!! U pengomen yg pertama direct ke blog i. Ambik aje! :))

Post a Comment

Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...