Thursday, May 26, 2011

Laksa Johor Mudah

Kuah Laksa Johor Mudah
Hari ini agak pening juga memikirkan lauk apa yang dimasak untuk makan tengahari. Pagi tadi dah buat nasi goreng Cina untuk breakfast, takkan nak masak berat2 pula untuk makan tengahari. Perlu siap masak  dan sediakan some snacks sebagai bekalan anak-anak ke sekolah sebelum 12.30pm! Beginilah rutinku seharian di sebelah pagi., bermula dari menyediakan makanan untuk sarapan pagi, makan tengahrari dan kemudian  persediaan snacks pula sebagai bekalan anak2 kesekolah. Biasa bekalan yang dibawa kesekolah adalah simple saja, samada sandwich atau gorengan2 seperti Chicken popcorn goreng, nuggets, popiah dan seumpanya, namun begitu ianya tetap mengambil sedikt masa saya yang agak terhad diwaktu pagi. Huhu...Setelah beres semuanya, barulah bersiap untuk menghantar anak2 kesekolah yang mana jarak perjalanan tidak pun sampai 5 minit! . Jarak ini amat membantu saya dalam melaksanakan tanggungjawab.seharian ini. Alhamdulillah. Sebelah petang barulah boleh buat kek cawan atau rihat2 berfacebook!!
Fikir punya fikir apa nak masak, akhirnya Laksa Johor menjadi pilihan saya . Nampak agak rumit ya tapi tidaklah serumit yang difikirkan, kisar saja semua bahan dan tumis lama2. Resepi yang dimuatkan disini adalah cuma kuahnya saja dan hiasan atau makanan tambahan adalah mengikut kesukaan pembaca ya. Berkiut adalah resepi untuk kuah laksa nya saja ya, iaitu yang biasa saya masak;

Bahan2 :
  • Ikan tenggiri  -  1 ekor (dibersihkan, direbus bersama garam dan halia. Setelah ikan masak, asingkan isi dari tulangnya dan kisar isi ikan bersama air rebusan )
  • Spaghetti - 1 peket ( direbus hingga lembut bersama minyak zaiton. Hidangkan)
  • Kerisik - 30 gm
  • Santan kelapa -  2 cawan dari 1 biji kelapa@ santan kotak (200ml) 
  • Asam keping - 8-10 keping
  • Serbuk kari ikan - 2 senduk (bancuh sedikit dengan air)
  • Serai - 6 batang *
  • Lengkuas - 1 inci *
  • Halia - 1 inci *
  • Cili kering - 20 tangkai/2 sudu besar cili boh *
  • Bawang besar - 3 biji *
  • Bawang putih - 6 biji *
  • Kunyit hidup - 1 inci *
  • Garam dan gula secukup rasa
* kisar semua bahan
Cara2:
  1. Tumiskan bahan2 kisar sambil kacau selama 15-20 minit. (Lagi lama lagi elok)
  2. Masukkan bancuhan kari ikan dan kacau rata.
  3. Kemudian masukkan pula ikan yang dikisar, santan, asam keping dan kerisik. Kacau rata.
  4. Biarlah kuah laksa ini mendidih pada api kecil dalam 1 jam atau hingga kuah kelihatan naik minyak.  Boleh tambah air jika kuah kelihatan terlalu pekat. (kuah laksa kalau dimasak lama2 lebih  sedap dan tahan lama)
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api dan bolehlah dituangkan ke atas mi spaghetti dengan hiasan2 untuk laksa
Hiasan - Hirisan cili hidup, daun mint, daun saderi, telur rebus, hirisan timun, bawang besar, limau kasturi, salad, taugeh celur dan sambal cili hidup.

Nota  : Saya cuma memasukkan isi ikan saja sebagai bahan utama dan tiada ikan kurau kering, udang basah, udang kering atau lain2 kerana ada diantara anak2 saya yang alergic to prawns. Bagusnya..kuranglah cholesterol...:)). Kuah laksa boleh dibeku sejukkan jika tiada habis.
~Selamat Mencuba~

No comments:

Post a Comment

Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...