Tuesday, May 10, 2011

5-STEPS NASI POLAO BANGLADESH


Bahan-bahan Nasi Polao Bangladesh
Resepi :
    • 1 kg beras (bersihkan dan tos)
    • 2-3 sudu besar minyak sapi (atau separuh minyak jagung dan separuh minyak sapi)
    • 7 biji bawang kecil (kisar)
    • 3 biji bawang putih (kisar)
    • 1 inci halia (kisar)
    • 1 batang kulit kayu manis
    • 6-7 biji buah pelaga
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 3 helai daun salam (bay leaves) sederhana besar
    • 2 helai daun pandan ( disiat dan bahagi dua)
    • 1 mangkuk kecil sayuran campur ( atau ikut suka banyaknya)
    • 1 mangkuk kecil biji gajus
    • 1 mangkuk kecil buah kismis kering (saya suka banyak, saya lebihkan dari 1 mangkuk)
    • Garam secukupnya (dalam 3 sudu kecil)
    • bawang goreng (hiasan)
Step 1: Tumiskan bahan2 kisar (bawang merah, putih dan halia) sehingga naik bau dan keemasan.(saya hanya gunakan rice cooker saja sebab mudah nak tanak)
Step 2: Masukkan daun salam, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Kacau dalam 2-3 minit.

Step 3:  Kemudian masukkan beras yang ditos, gaul rata dalam 5 minit (seperti goreng beras).
Di Bangladesh, saya perhatikan maid saya bila masak nasi bukhara, dal atau polao pasti dia goreng beras dulu, agak lama juga pada api perlahan. 
Step 4: Masukkan daun pandan dan sayur campur pula. Gaul rata.
Step 5: Masukkan garam dan air putih secukupnya, bergantung pada jenis beras anda. Tutup periuk.[Elok kurang sedikit dari memasak nasi biasa kerana kita perlu perhatikan dan gaul  rata 2-3 kali sebelum masak Jika terlebih air dan selalu gaul , bimbang nasi akan menjadi lembik melainkan jika kita guna beras basmathi. Kali ini saya hanya gunakan beras wangi biasa saja. Apa2pun rasanya tetap sama. Kalau di restoren2 Bangladesh yg 'ok' sikit, jenama beras yang biasa mereka gunakan untuk polao adalah 'Cinagura', dimana saiz berasnya kecil2 saja tapi lama nak empuk. Enak rasanya. Harganya pula boleh tahan mahal iatu ~2 kali ganda harga beras basmathi kita disini manakala beras basmathi mereka pula ~3 kali ganda disini!!]. Beras yang murah yang beras local .
Bila nasi hampir masak, taburlah biji gajus dan buah kismis . Tutup periuk hingga nasi masak sepenuhnya.  Sebelum hidang, tabur bawang goreng sebagai hiasan. 

Nota; Dalam resepi ini kita tidak perlukan  yoghurt atau susu penuh krim (ideal,carnation,dll) seperti lazimnya untuk nasi minyak kerana ini boleh membuatkan kita cepat rasa muak. Cukuplah dengan adanya minyak sapi. Di Bangladesh, minyak sapi yang saya biasa beli di sana adalah berjenama 'Aarong' , bau nya yang cukup harum serta rasanya yang sedap membuatkan nasi menjadi lebih enak. Memang jauh beza berbanding dengan minyak2 sapi kita disini. Minyak sapi ini juga memainkan peranan dalam sesuatu masakan, sedap ia maka sedaplah nasi.InshaAllah.
Cubalah!!

No comments:

Post a Comment

Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...