Sebenarnya kuih seri muka ini saya membuatnya pada awal minggu lepas lagi tapi oleh kerana kesibukan tugas seharian dirumah dan hal-hal lain, maka terlewat sedikit nak kongsikan resepi ini di blog. Untuk pengetahuan pembaca, resepi ini saya perolehi/pelajari dari seorang kakak , Mahani atau kami panggilan Kak Ani iaitu kenalan semasa di Dhaka. Kak Ani memang pandai memasak samada kuih-muih tradisi Melayu atau lauk-pauk, saya amat kagumi beliau. Almaklumlah, saya bukannya pandai sangat masak masa tu..hehehe. Yang mana sempat saya akan bertanyakan resepi dari beliau dan cuba membuatnya bila balik ke rumah. Resepi ini pada awal percubaan memang tak jadi saja, selepas 2 dan 3 kali barulah ok.
[ sekira kak Ani membaca ini, Lin mohon izin untuk share resepi ini di blog ya dan ucap terima kasih sekali lagi pada kak Ani ].
Serikaya (permukaan seri muka) kuih ini adalah versi yang berempah , amat lembut dan lemak enak sekali. Walaubagaimanapun, saya telah olahkan sedikit resespi Kak Ani ini dengan mengurangkan jumlah telur dan gula dan tambahkan sedikit tepung, jadinya permukaan nampak kenyal sedikit dari yang sepatutnya. (lihat gambar). Kalau ikut resepinya dengan betul, memang sedap sangat. Berikut adalah resepinya;
Bahan2:
- Jintan manis (kasar) - 1 sudu kecil *kisar
- Kulit kayu manis - 1/2 inci *kisar
- Bunga lawang - 3 kuntum *kisar
- Bunga cengkih - 10 kuntum *kisar
- Telur ayam - 6 biji (saya kurangkan kepada 3 biji)
- Beras pulut - 2-3 cawan (direndam 2-3 jam)
- Tepun gandum - 3 sudu besar penuh ( saya tambahkan kepada 6 senduk)
- Daun pandan - 30 helai, blend dan jadikan kepada 2 cawan air pandan (jika tiada daun pandan , boleh guna pandan paste atau esen)
- Santan kelapa - 1 biji (diasingkan dulu kepada 2 bahagian di mana 2-3 sudu besar dantan pekat dari satu bahagian dan 2 cawan cair (atau cukup2 untuk acupkan pulut) dari satu bahagian lagi)
- Garam - 1/2 sudu kecil atau secukup rasa
- Gula pasir - 2 senduk besar (saya kurangkan kepada 1.5 senduk)
- sedikit halia - jika perlu (kurangkan rasa hanyir telur)
- Esen pewarna hijau - ikut suka (jika daun pandan tiada mencukupi)
* kisar - saya gunakan serbuk saja, lebih mudah dan halus.
Cara2.
A) Untuk Pulut (base)
- Panaskan air dalam kukusan hingga mendidih
- Masukkan beras pulut yang telah direndam ke dalam loyang sederhana besar (saya guna loyang bulat 8inci)
- Masukkan santan cair dan garam secukupnya kedalam beras pulut dan gaul rata. Paras air santan adalah seeloknya sama dengan paras beras pulut (acup pulut)
- Tutup kukusan. Hendaklah sentiasa kacau pulut supaya santan dan pulut dapat bergaul dengan sebati. Anggaran pulut masak adalah dalam 30 minit.
- Bila pulut sudah masak, keluarkan dan mampatkan pulut dalam loyang tersebut. Boleh guna senduk atau tangan yang dibaluti plastik .
- Setelap mampat, masukkan semula pulut dan kukuslah selama 2-3 minit lagi. (Pastikan serikaya/serimuka (B) telah siap sebelum mengukus semula)
B) Untuk Seri Muka/Serikaya
- Kisar telur dan gula pasir sehingga kembang dan gebu. (boleh tambahkan halia masa ini)
- Masukkan air pandan atau esen dan bahan kisar (serbuk) ke dalam adunan telur tadi. Pukol/gaul. rata.
- Masukkan santan pekat dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan pukul/gaul hingga tiada ketulan.
- Tapis adunan.
- Tuangkan seri muka/serikaya ke atas pulut dan kukus semula. Tutup kukusan.
- Sentiasa buangkan wap kukusan dalam setiap 2-3 minit sehingga seri muka masak sepenuhnya. Anggaran masa masak adalah 30 minit.
- Setelah masak, biarkan sejuk sebelum dipotong dan hidang untuk minum petang.:)
~Selamat Mencuba~
No comments:
Post a Comment