Semalam dalam pukol 3 ptg lebih (15/2/2011), tiba2 hubby sarankan ' buatlah apa2 untuk bawa kesurau malam nanti'. Waduh waduh!!.....kenapalah baru masa tu diberitahu, sebelum tu pernah ku cadangkan tapi dia diam saja so ingatkan tak perlulah, lalu taklah aku prepare apa2.Tatkala itu, apa yang terlintas difikiran makanan yg paling simple, cepat siap dan mudah untuk dihidangkan adalah muffin saja, kalau kuih muih atau lauk pauk rasanya tak sempat. Apalagi 'dan-dan' tu juga pergi kekedai beli tepung, telur dan sebagainya dan terus mulakan persiapan. Oleh kerana muffin proses utamanya adalah gaul saja antara bahan2 kering + basah dan tidak perlu pukul lama, maka kerenyahan proses persiapan kuranglah. Cabaran adalah semasa membakar lebih2 lagi untuk jumlah yang banyak dlm masa terhad. Jenis acuan muffin yang aku gunakan ini agak tinggi dan perlu masukkan dua tray dalam sekali bakar, maka 'setting' suhu amatlah penting. Oleh kerana oven yang kugunakan cepat panas, aku 'preheat' pada 160 darjah celcius saja selama 10 minit (bimbang kalau muffin pada tray dibgn atas cepat hangus) manakala proses bakar keseluruhan dalam 45 minit lagi , tray ditukar posisi atas ke bawah dalam separuh masa bakar. Masa pembakaran adalah bergantung pada jenis dan besar oven. Maka adalah penting bagi kita mengenali oven kita terlebih dahulu dan menyesuaikannya dengan jenis makanan yang kita ingin bakar. Elok kiranya kita cuba dulu menggunakanya dengan kuih2 yang simple sebelum membuat kek/cupcake/muffin yang kompleks atau dalam jumlah yang banyak. Dari pengalamanku, menyediakan muffin adalah tidak semudah membuat kek atau cupcake.
Walau terdapat sedikit 'hiccup' here and there, aku amat bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana sempat menyediakan muffin coklat chip dan blueberry hampir 100 biji 'just in time' ke surau sebelum waktu yang diperlukan. , tercapai jua niatku....alhamdulillah.
Dalam satu adunan boleh dapat dalam 12 biji muffin saja, di mana berat setiap biji muffin (ada choc chip dan buah) sebelum bakar untuk acuan ini adalah dalam 55gm.
No comments:
Post a Comment