Assalamualaikum dan Selamat pagi.
Malam tadi sempat chat dengan seorang rakan setelah sekian lama tak berhubung berkongsi cerita. Oleh kerana masa sudah lewat malam, maka tak banyaklah yang nak diceritakan untuk kali ini. Apa yang membuatkan ku agak terkilan bercampur 'pedih hati' ialah kerana sifat keangkuhan yang terdapat dari perkataan2nya. Tak habis-habis menceritakan kepandaian anak2nya berbeza dari orang lain, menghebahkan kecermelangan anak pada kawan2 termasuk melalaui FB. Itu yang aku malas kalau nak chat dengan minah ni...memang selalunya perbualan kami akan cenderung ke arah itu. Bila ku kata ramai anak2 yang kini sudah pandai dan score cemerlang di dalam UPSR,PMR dan SPM, dia akan meninggikan lagi kepandaian anak2nya berbanding dengan yang lain.....lebih qualified, 'cream among the creams' dan tak perlu pakai orang dalam kalau nak masuk sekolah sains dsbgnya. Huh!!! Itu bukan pertama kali yang ku 'dengar' , dah berkali2, aduhai.. ...keangkuhan dipaparkan mengenai anak2nya yang lain juga.
Sebagai seorang ibu, memang aku faham perasaannya, tiada yang membanggakan selain melihat kejayaan dan kebahagian anak di dalam pelaran serta kerjaya bila besar nanti. Tapi perlukah diceritakan dengan berlebihan kepada orang lain?.Terus terang disini, rasa muak sungguh bila membaca kata2nya tu. Tiada cerita lain ke nak dikongsikan?Iaitu yang lebih menarik untu ku dengar?. Orang lain pun anak2 mereka pandai, tiada pula 'over-excited' sepertinya...Ha3x. Bagiku sijil2 kecemerlangan dari sekolah mahupun dari universiti hanya merupakan 'tiket' saja untuk keperingkat seterusnya sebab itulah yang dikehendakki oleh sistem pembelajaran di negara ini, exam dan certs, tapi ianya tidaklah menjanjikan sebarang kejayaan seseorang di dalam menempuhi cabaran2 seterusnya samada dalam kerjaya hidup atau akhirat. Ramai yang kulihat yang lebih berjaya dalam perniagaan atau kerjaya walaupun mereka agak 'biasa-biasa' saja semasa di sekolah. Yang penting individu itu sendiri, kecekalan jiwa , rajin berusaha diiringi dengan berdoa untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Bersyukurlah wahai kawanku, bersedekahlah. Tiada terpahat dihatiku sebarang rasa cemburu atau apa2, tiada langsung...kerana anak2ku juga hebat2 belaka ...alhamdulillah. Mempunyai anak2 yang soleh dan bijak, itulah yang terbaik.
Ku mohon jutaan ampun dan maaf sekira ada yang terguris ketika membacanya, tiada niat untuk mengenakan sesiapa tetapi sekadar untuk luahan perasaanku pada seorang rakan ini sahaja. Semuga hari-hari anda diceriakan dengan sesuatu yang berfaedah dan boleh mempertingkatkan diri.
Luv Alyna
No comments:
Post a Comment