Oleh kerana marahkan sambungan internet dirumah yang begitu bermasalah dari pagi hingga petang hari ini, maka cake mixer dan oven menjadi sasaranku. Agak lama juga tak buat kek marmar ini. Kek ini sepatutnya berperisa kopi, tapi perasa atau emulco kopi tarak, maka koko lah jadi gantinya. Buat kek ini petang tadi (16/3/2011), tapi 3-4 keping je yang tinggal setakat ini Kek ini memang lembab dan sedap ..itu yang tak cukup sekeping dua makan. Jaluran hijau merah dilakukan dgn suduan selang seli adunan warna hijau,koko dan hijau pada setiap lapisan, dihentak2kan loyang perlahan dan gariskan menggunakan lidi sate. Adunan 3 warna boleh juga diselang selikan mengikut lapisan, Corak jalur nya akan menjadi lebih besar dan ketara.Berbagai corak boleh dilakukan bergantung pada kreatibiti masing2.
Kek bersaiz 8 inci bulat dan tidak manis ini memang sedap sebagai hidangan petang bersama teh kosong.
Berikut adalah resepinya:
Bahan2
- 250 gm butter
- 220 gm tepung kek *
- 1 sudu teh serbuk penaik*
- 200 gm gula kastor (boleh kurangkan jika mahu, saya ikut resepi ini ok je)
- 50 gm air susu (fresh milk atau boleh juga dibuat sendiri iaitu susu tepung + air disukat)
- 4 biji telur gred A (saya guna 5 biji telu gred B sebb gred A tarak)
- 2 sudu teh emulco kopi (or koko)
- sedikit pewarna coklat,hijau dan merah
* - diayak bersama
Cara2
- Griskan loyang pembakar 8 inci (bulat atau 4 segi) dan lapik dgn kertas serap minyak(baking paper).Panaskan ketuhar pada 180darjah celcius (350F) selama 10 minit.
- Pukul gula kastor bersama butter hingga adunan kembang , ringan dan putih.(lama bergantung pada kelajuan mixer anda)
- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga benar2 sebati. (kene sabar time ni tau)
- Kemudian masukkan tepung yang diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit sambil dikacau berselang-seli dengan air susu hingga habis.
- Seterusnya, masukkan emulco kopi dan gaul hingga sebati.**
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan coklat,hijau dan merah.***
- Letakkan 1 senduk adunan berwarna pada tengah loyang pembakar dan selang-selikan untuk setiap lapisan. Teruskan hingga habis. Untuk tambahkan seni abstrak pada kek, boleh guna lidi dan lorekkan satu bulatan atas adunan.
- Bakar selama 1 jam.
Turutan ** dan *** boleh di 'switch' jika mahu.
Untuk resepi ini, rasa kek keseluruhan agak sedap kerana keserataan rasa kopi atau koko tsb, cuma warna agak gelap sedikit tidak spt kek marble omak2 kita buek...:)))
No comments:
Post a Comment