Hmm.. .kira2 dah hampir sebulan tak upate ruangan 'Ceritaku' ini , the last one when I checked in was on 9/3. Thot of making this slot as my daily journal online, but its not as easy as it seems. Kalau takde content dan mood yang baik..tak tahu nak tulis apa..hahaha. Apa2pun, ku cuba walau seayat..
Semalam, (7/4/2011) selepas saja menghantar Mirza dan Muqri ke sekolah, terus aja aku dan my daughter Amalina ke salon AB untuk tunaikan temujanji rawatan badan dan muka. Dah 3 bulan rasanya tak buat rawatan badan seingatku, elok sangat lah pergi sebb kepenatan hari2 kesana-kesini dan buat kerja rumah , satu ketikanya kita perlu berhenti untuk memanjakan diri. Kalau kita tak sendiri yang berusaha, siapa lagi kan? Tabiat ke salon atau spa adalah bukan satu perkara baru bagiku, hobi ini telah pun kumulakan sejak umurku awal 20an lagi. Walaupun ianya bukan setiap bulan, pasti 2-3 bulan sekali tu ada samada untuk muka dan rambut. Semasa tak bertuding, minat mewarnakan dan menggayakan rambut paling kusuka dan warna kegemaranku adalah highlights maroon dan light brown. Hmm, itu dulu2lah nak melawa saja. Walaupun dah bertudung (alhamdulillah), penjagaan rambut serta kecantikan kulit tetap kuteruskan , satu2 hobi ku yg sukar ku tinggalka bukan untuk orang tengok tapi memang dah suka... ..:))
Rawatan badan yang ku ambil 4 dalam 1 biasanya adalah terdiri daripada Urut, Scrub(lulur menggunakan serbuk buah langsat dan ginseng), Body mask (ada mint..sejukkkkk) dan andi Herba(haruman2 dari akar2 kayu hutan dan buah kering menyegarkan sekali) . Masseur tetap ku yang terbaru di spa AB kini adalah Ina (dari Indonesia) dan beliau merupakan yang ke-4 Tuti, Yati dan Yanti. Kalau boleh nak stick pada seorg masseur saja sebb bab2 badan ni mesti pilih2 (hehehe), tapi apakan daya sebb yang lain tu semuanya dah berhenti atas sebab peribadi masing2. Memang seronok buat body treatment ini, paling seronok urut dan mandi herba (better than sauna) Memang terlelap dek eh...
Herannya semalam,hanya 2 orang pekerja saja yang tingal di AB Spa, tidak seperti sebelum2nya di mana purata terdapat 6-7 orang pembantu kecantikan lengkap dengan uniform pink menunggu kedatangan pelanggan (wanita sshj). Tapi semalam cuma Ina dan Ema (trainee) muka baru. Apa sebenarnya dah berlaku, tidak pula ku tahu tapi menurut Ina semuanya berhenti atas sebab berkahwin. Hmm...betulke? AB Spa di sek9, Shah Alam ni telah ku kunjungi sejak 15 tahun lalu, memang kenal angat sorang2 muka budak2 tu. Tempatnya memang cozy dan comfort, besar lengkap dengan ruangan sofa set dan tv untuk menunggu. Harganya pula very very reasonable...for 4-in-1 body treatment selama hampir 4 JAM harganya cuma dalam RM190, manakala untuk facial Amalina (sejam) berharga RM50. Kalau di salon lain, had masa kurang tapi harga mahu lebih....not to mention where.
Apa2pun aku berharap salon ini akan terus kekal beroperasi dan tidak tutup...:)
My next stories will be about 'Cikgu Cikgi' and 'MLM'..inshaAllah. Dua perkara atau pengalamanku yang sudah lama inginku kongsikan bersama.
My next stories will be about 'Cikgu Cikgi' and 'MLM'..inshaAllah. Dua perkara atau pengalamanku yang sudah lama inginku kongsikan bersama.
No comments:
Post a Comment