Thursday, April 28, 2011

Daging Masak Kicap Berempah Lada Hitam

Daging Masak Kicap Berempah Lada Hitam
Bahan2:
    • Daging - 1/2 kg (dibersihkan dan dipotong sederahan tebal)
    • Bawang besar - 3 biji - dikisar (saya suka bawang besar banyak.)
    • Bawang putih - 5 biji - dikisar
    • Halia - 1 inci - dikisar
    • Lada hitam - 2 sudu besar - dikisar/ditumbuk kasar
    • Bawang kecil - 5 biji (dihiris)
    • Kulit kayu manis - 1 inci
    • Bunga lawang - 5 kuntum
    • Bunga cengkih - 3 kuntum
    • Serbuk ketumbar - 1 sudu kecil *
    • Serbuk jintan halus - 1 sudu kecil *
    • Serbuk jintan kasar - 1 sudu kecil *
    • Kicap manis - 1/2 cawan
    • Garam secukupnya
    • Lada merah - 1 biji - hiasan
    • Daun ketumbar (jika ada) - hiasan
* - campurkan ketiga2 dalam satu mangkuk kecil dan tambah sedikit air. Gaul.

Cara:
  1. Gaulkan bahan kisar bersama daging dan perap selama 1 jam atau semalaman pun boleh.
  2. Selepas perapan, panaskan kuali dan tumis bawang kecil hingga keemasan sedikit.
  3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacau sebentar.
  4. Maukkan adunan serbuk ketumbar,jintan halus dan kasar. Gaul dan biar pada api kecil selama lebih kurang 10 minit.
  5. Masukkan daging yang diperap , kicap manis dan garam. Gaul hingga sebati. 
  6. Masukkan 3 cawan air dan kicap.
  7. Biar pada api sederhana hingga daging benar2 empuk. Tambah air bila perlu [ Jika gunakan dapur gas sahaja, biasa saya akan ambil kira 2 jam untuk daging benar2 empuk. Ini adalah juga supaya perisa rempah2 dan kicap dapat menyerap dengan menyeluruh ke dalam daging semasa proses empuk. Atau boleh 'skip' langkah 1 dan 2,iaitu  dengan cara daging direbus dahulu hingga separa empuk dan dipotong (jangan buang air rebusan daging.Boleh dimasukkan semula bersama2 kicap nanti  Kemudian baru ditumis bahan2 kisar hingga naik bau , dikuti dengan langkah 3 dan seterusnya ]
  8. Bila kuah kicap sudah agak2 pekat, matikan api dan angkat.
  9. Hirislah lada merah sebagai hiasan atau kuntuman daun ketumbar.
                        ~ Mudah Bukan? Selamat Mencuba ~



No comments:

Post a Comment

Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...