Pagi ini tersenyum2 sorang pulak teringatkan kisah semalam semasa aku membuat body treatment (4-in-1) di spa peberetku yang mana terletak tidak jauh dari rumah..Semalam pagi call for an appointment, tghari tu juga terus pergi. Memang dah tiga bulan tak ke situ untuk 'service' badan ..hehe..di mana pekej 4-in-1 ini mengandungi 'sauna' , 'body scrub', mandi susu dan urut tradisional selama 4 jam dengan hanya bayaran RM160 saja. Aku kira murahlah berbanding spa yang selalu kupergi di Seksyen 9 Shah Alam tu. Yang paling aku suka body treatment ni bila buat body scrub dan mandi susu. Best sungguh sebab boleh berangan2...Yang sauna tu nak sampaikan 30 minit kadang2 tu macam nak somput gak den dan time urut tradisional pulak menjorit2 lah bilo di urut kono pulak tang yang banyak angin tu!! Mak aii....tahanjelah. Uriut untuk menaikkan peranakan pula satu proses yang memang tak pernah aku miss walau rasanya sakit gak . Alhamdulillah, tukang urut kata ok lagi..hehe.
Yang mengurut semalam orang baru tapi aku boleh beri dia 5 bintang atas servis yang diberikan sebab memang paling best yang pernah kurasakan selama ini. Lupalah nak tanya apa namanya. Teknik mengurutnya yang focus pada bahagian2 badan yang bermasalah hingga lega dan turutan urutan yang dilakukannya memang membuatkan kita rasa puas sangat. Rasa sakit semasa mengurut adalah normal selagi deria rasa kita masih ada. Last sekali, kena lipat2 kaki dan tangan kebelakang mengingatkan aku pada stail urut Siam pulak..aduhai...meletap-letop bunyi tulang eden!! Nasib baik tak tertanggal ....hahaha.
Yang tadi adalah cerita yang seronok, adalah pulak yang melucukan sedikit. Selepas aku habis buat rawatan yang ketiga iaitu mandi susu, tiba2 aku terdengar beautician menasihatkan seorang pelanggan di sebelah mengenai kereta kene blok sebab parking dilot pasar malam. Kebetulan pula semalam tu hari jumaat dan pasar malam di situ di adakan setiap petang jumaat dan peniaga2 mula letak khemah2 biasanya pada jam 3 lagi. Aku dengan risau lalu mencelah...'"ada pasar malam ke hari ni dik?? akak park kat seberang jalan spa ni..kene alih ke?" "Memang kene alihkan kak, pernah ada seorang pelanggan kami tu terpaksa tunggu hingga lepas 10 malam sebab keretanya kene blok oleh khemah2 pasar malam!!.jawabnya. Aduhai....suspense lah pulak.
Dalam keadaan aku yang basah kuyup dan 'seksi' tu..hehe..takkan lah nak kluar pergi alihkan kereta pulak. Akupun meminta tolong sesiapa boleh tolong alihkan keretaku namun seorang tak berani walaupun aku beritahu aku hanya bawa myvi saja. Itupun depa tak berani ..alahai. Zila , owner spa muda yang belum mencapai 30tahun terdengar perbualan kami lalu terus datang kepadaku menawarkan dirinya utuk alikan kereta, so dengan pantas dia terus ambil kunci kereta dan turun ke parking. Aku pun merasa lega,
Agak2 dalam 15-20minit lepas tu (kira lama tu!!) , Zila pun balik dengan termengah2 dan berkata " Akak, menggigil2 saya bawak kete akak sampai semua org tengok dan hon2 saya" Aku pun bertanya 'Kenapa?". Dia menjawap " saya tak pernah bawa kete auto, kereta saya kereta manual je kak...itu yang terketar2". Aku pun ketawa kecil berkata " Oh ye ke? Larr...berani jugalah tu. Terima kasih ya dik"
Aku tersenyum sendiran teringantkan si Zila semalam yang sanggup kedepan menolong dan cuba lakukan walaupun perkara itu tidak pernah dia buat. Dan kerana sifat keyakinan tinggi dan mahu mencuba itulah aku rasa dia menceburi dunia perniagaan pada usia muda walau ijazah yang diperolehi adalah iazah perakaunan. Syabas Zila!! Bulan depan akak datang nak mengurut lagi ya, urut aromatherapy pulak.:) InshaAllah.
No comments:
Post a Comment