Memang sudah lama teringin hendak ke Bandung, almaklumlah ianya salah sebuah bandar di negara jiran yang 'hot' diperkatakan orang sebagai 'Shopping Paradise/Heaven' kerana kemurahan harga barang2 ditawarkan, selain Ho Chi Minh di Vietnam atau Guangzhou dan Beijing di China.. Biasalah naluri seorang yang bernama wanita, sebut saja shopping mulalah seronok. Perancangan awal hendak ke Brunei dibatalkan dan kami tukar destinasi percutian kali ini ke Bandung. Alhamdulillah, ianya menjadi kenyataan pada tarikh 29 Mei 2011 hingga 4 June 2011, kami sekeluarga menghabiskan awal cuti seminggu penggal persekolahan baru-baru di sana. Tempoh seminggu di sana terasa amat singkat pula, baru saja sampai dah hendak balik. Walaubagaimanapun, sempatlah juga kami melawat tempat2 yang pernah dicadangkan oleh rakan-rakan, saudara-mara atau melalui internet yang mana antaranya adalah :
1) TANGKUBAN PRAHU , iaitu sebuah kawah bekas Gunung Berapi yang terletak di daerah Lembang. Masa perjalanan yang diambil dari hotel penginapan kami di Aston Braga Hotel & Residence adalah kira-kira 40 minit(atau ~20-30km dari bandar Bandung).



Harga yang dikenakan adalah dalam 6000 rupiah untuk satu oz. Rasanya tidaklah manis dan tidaklah pula masam, ok2 saia. Kalau ingin merasa, bolehlah cuba petik sedikit saja dahulu. Sebenarnya, hanya 2 tempat peranginan yang sempat kami pergi, mungkin perancangan masa tidak berapa tepat kali ini. Banyak masa dilebihkan kepada pusat-pusat membeli belah Factory Outlets saja (dengarnya ada berpuluh2 FOs di dalam bandar Bandung) yang mana sempat kami singgah adalah Rumah Mode, Gossip, Grande, Donatello, Blossoms, Tas & Shoes Terminal, Heritage, Glamor, The Secrets dan Wanted. Namun apa yang dapat kami simpulkan disini adalah barangan yang dijual terutamanya pakaian ,beg tangan dan kasut (replicated atau rejected genuine) adalah hampir serupa sahaja, begitu juga dengan harga yang tiada banyak beza di antara satu FO dengan FO yang lain, sekiranya mata wang rupiah ditukar kepada RM.
Manakala restoran-restoran atau tempat makan yang kami sempat kami cuba untuk makan tengahari atau malam adalah Nasi Padang Sederhana (nasi padang) , Kampung Daun Restaurant (nasi timber bakar), Kembara Cafe (Sundanese food) , D'Cost restaurant (Sundanese food) , Warung Sate Shinta (Sate dan grilled food) dan juga di Pasar Baru (bakso). 'Gurami Bakar' adalah sejenis masakan ikan goreng garing masak kicap ala2 Sundanese yang amat2 digemari oleh anak2 saya, memang tidak lupa untuk pesan kalau ke restoran. Manakalau minuman jus yang bagi saya amat enak, pekat dan fresh adalah Alpukat Juice (jus avocado) yang di tambah dengan coklat cair sebagai penampah rasa dan rupa. Memang segar dan sedap.

Sesuatu yang baiknya tentang suasana di Bandung selain makanannya yang enak-enak dapat saya perhatikan adalah tiada seekor nyamuk pun yang saya terjumpa sepanjang berada di sana, samada di hotel, di restoran dan mahupun di pusat membeli-belah. Kebersihannya kelihatan lebih baik dari di Selangor atau mungkin pengairan yang memang dikawal dengan baik maka itulah hasilnya. Jika anda ke sana, cubalah perhatikan.
No comments:
Post a Comment