Pada dua hari lepas, aku terbaca mengenai pemergian ibu tersayang sahabat lama kerahmatullah melalui facebook, dan terus hatiku menjadi sayu sekali dan hiba. Ku dapat rasakan bagaimana berat dan pilu hatinya, menghadapi kehilangan seorang insan yang telah melahir dan membelainya dari kecil hingga dewasa, kini telah menemui Allah Maha Esa buat selamanya. Sepertinya, aku telah melalui keadaan yang sama kira-kira 20 tahun lalu, dan hingga kini perasaan hiba dan rinduku pada ibu masih kuat seolah-seolah hanya baru semalam sahaja beliau pergi meninggalkan kami sekeluarga. Tatkala aku mula menulis diblog pun entah sudah berapa cawan agaknya airmatku mengalir, begitu emosi sekali apabila teringatkan ibuku.
Oh ibu, kau pergi jua ketika aku begitu amat memerlukanmu , untuk mengajarku erti kehidupan sebagai seorang isteri serta ibu yang mana kira-kira baru 2 minggu sahaja aku tempuhi ketika itu. Masih banyak perkara tentangnya yang aku belum faham .Walaubagaimanpun, aku bersyukur kehadrat Illahi kerana memberikan ku kesempatan menjadi anakmu yang pertama berkahwin, dan menjadi anakmu yang pertama memberimu cucu yang pertama di masa itu. Dan masihku dapat bayangkan bagaimana sayunya hatiku apabila sehari selepas aku selamat melahirkan anak sulong, kakak telah terus membawa bayi kecilku itu kepadamu di hospital (dengan izin doktor) , lalu kau menyentuhnya dengan jari-jarimu yang semakin lemah itu dan menciumnya dengan linangan airmata.
Oh ibu, aku masih teringat akan masakan-masakan ,kuih-muih dan biskut raya tradisi hasil dari tanganmu yang tiada kujumpa seenak itu sehingga kini. Aku amat merindui masakanmu, inginku dekatimu dan pelajari satu persatu segala ilmu masakan darimu dan genggam ia sekuat-kuatnya di dalam ingatan ini. Namun kesempatan itu bukan untukku, ibu pergi jua meninggalkan kami dengan kasih-sayang yang masih membara di setiap hati kami. Kami redha atas pemergiannmu wahai ibu.

Oh ibu, leteran sekali-sekalamu masih kedengaran. Tiada lain tujuanmu selain untuk mengajar kami menjadi anak-anak yang baik -baik di masa hadapan, anak-anak yang sentiasa bersyukur dan mengingati Allah. Sifat sabar dan lembutmu tatkala berbicara dengan sesiapa sahaja menjadi ibu adalah seorang insan lain dari yang lain. Sifat sabarmu itu jua menjadi satu sumber inspirasiku dalam mengharungi kehidupan ini yang adakalanya tenang dan adakalanya berombak.
Oh ibu, seandai masa ini dapat kuputar semula kepada masa ibu masih hidup, akan ku jagamu sebaik-baiknya dan kuatur setiap langkah dan biacarku yang terbaik agar bisa membuatkan mu sentiasa senyum dan bahagia. Tiada kedukaan yang akan menyinggahi jiwamu walau sesaat. Pemergianmu ibu telah membuat ayah amat terasa akan kehilangannmu. Ayah juga telah meninggalkan kami menemui Allah SWT dengan tenang hanya selapas 3 tahun pemergian ibu.
Ya Allah Ya Tuhan Kami. Sesunggunya Engkau Yang Maha Mengasihi Dan Mengetahui Segalanya.
Tiada wang dan harta segunung mana tingginya yang dapat menggantikan jasamu ibu, selain Alfatihah dan doa kuiringi buat ibu dan ayah selepas setiap solatku agar diampunkan segala dosamu, ibadahmu diterima dan rohmu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman oleh Allah SWT.
Untuk sahabatku yang kusayangi ini, kudoakan mu tabah menghadapi ujian Allah ini dan berdoa roh ibu tersayang di cucuri rahmat Allah. Aku amat merinduimu sahabat, merindui melihatmu ceria dengan keletahmu dan menceriakan rakan2 FB mu yang lain kembali seperti dahulu. Biarlahku lihat dari jauh..
- Alyna Lyn
No comments:
Post a Comment