Monday, February 28, 2011

Kuih Chara Berlauk


Kuih cepat siap dibuat petang tadi untuk keluarga berbuka puasa. The very2 simple kuih.
Sebenarnya resepi ini saya salin dari rakan semasa dirantauan. Simple saja.

Bahan A (untuk inti) :
  • Bawang kecil - 2 biji - hiris halus
  • Bawang putih - 2 biji - hiris halus
  • Bawang besar - 1 biji - hiris halus
  • Daging kisar - 2 sudu besar
  • Rempah kari/kurma daging - 2 sudu besar (boleh lebihkan jika suka 'spicy')
  • Serbuk lada sulah/hitam - secukup rasa (saya suka lada hitam)
  • Garam - secukup rasa
  • Gula - secukup rasa (saya tak bubuh)
  • Tepung jagung - satu sudu kecil
  • Hirisan lada merah dan daun bawang untuk hiasan atas kuih
Cara2:
  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. 
  2. Masukkan rempah dan kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan daging kisar, garam serbuk lada hitam/sulah dan gula sedikit (jika perlu). Kacau hingga air daging agak kering.
  4. Masukkan hirisan bawang besar dan tabur seikit tepung jagung.
  5. Kacau perlahan hingga sebati. Bila kelihatan kering, angkat dan sejukkan. 
Bahan B (kuih chara)
  • Tepung gandum   - 3 cawan (ayak)
  • Susu segar/santan- 0.5-0.75 litre (tambah air jika adunan agak terlalu likat)
  • 2 biji telur
  • Serbuk lada sulah - secukup rasa
  • Garam - secukup rasa
  • Serbuk kunyit/pewarna kuning - 1-2 sudu kecil
  • Serbuk ENO - sedikit(untuk lembutkan adunan), jika perlu
 Cara2:
  1. Kisar kesemua bahan B hingga sebati dan halus. Tambahkan air adunan kelihatan likat. Untuk tentukan kelikatan adalah sempurna, cuba jatuhkan adunan menggunakan sudu. Jika aliran adunan adalah tidak terputus, maka sedang eloklah tu.
  2. Masukkan adunan ke dalam acuan kuih chara yang telah disapu dengan minyak dan bakar. (saya bakar terus atas api gas sebab lebih cepat).
  3. Bila kuih chara kelihatan 3/4 masak, angkat dan taburkan Bahan A( inti daging) yang telah digoreng ke atasnya serta taburkan hirisan daun bawang dam lada merah.(mudah untuk inti melekat) 
  4. Bakar sekali lagi dan tutup acuan pembakar. Biar seketika sehingga masak.

Saturday, February 26, 2011

Mixed Fruit Flan Cake with cream cheese fruit filling


Moisture vanilla sponge cake dengan lapisan 'mixed fruit cream' (masak sendiri)  
Harga: RM40
Saiz kek : 6 inchi bulat
Berat : ~ +1kg

Chocolate Banana Cake

Moisture chocolate sponge cake dengan lapisan 'banana dan cream' dan full ganache coating  
Harga: RM42
Saiz kek : 6 inchi bulat
Berat : ~ +1kg

Black Forest Cake with Blueberry Filling

Moisture chocolate sponge cake  dengan lapisan inti 'jem buah2an blueberry' (masak sendiri)  
Harga: RM38
Saiz kek : 6 inchi bulat
Berat : ~ +1kg


Monday, February 21, 2011

Limpa Masak Rempah Lada Hitam


Salah satu menu makan tengahri kami untuk hari ini.

Bahan-bahan:
  • Limpa Lembu -1 kg (dibersihkan, tos dan potong dadu)
  • Serbuk kunyit - 1 sudu besar
  • Halia - 1 inchi (ditumbuk)
  • Bawang kecil - 5 biji (di tumbuk)
  • Bawang putih - 3 biji (ditumbuk)
  • Bawang besar - 1-2 biji (hiris)
  • Serbuk ketumbar - 1 sudu besar
  • Serbuk jintan kasar - 1 sudu besar
  • Serbuk jintan putih - 1 sudu besar
  • Kicap manis - 2 sudu besar
  • Lada hitam - 2 sudu besar (ditumbuk halus)
  • Kulit kayu manis - 1 batang (sederhana)
  • Bunga lawang - 3 biji
  • Air putih secukupnya untuk empukkan limpa
  • Lada hidup - 2 tangkai (dibelah 2)
  • Garam dan gula secukupnya
  • Daun sop atau daun ketumbar
Cara2:
  1. Gaulkan paru lembu bersama serbuk kunyit,bahan2 tumbuk, serbuk ketumbar, serbuk jintan kasar, serbuk jintan putih ,kicap manis, lada hitam dan sedikit garam. Perap selama 20-30minit.
  2. Selepas masa perapan, panaskan minyak dalam kuali/periuk dan tumis limpa yang diperap bersama rempah2 tadi sehingga kelihatan masak . Tambahkan 2 cawan air.
  3. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Biarkan masak atas api sederhana selama 1-1.5 jam atau sehingga limpa benar2 empuk. Hendaklah diperiksa limpa selalu.
  4. Tambah2kan air jika air kelihatan kering dan tutup periuk. 
  5. Bila limpa sudah agak empuk dan kuahnya agak likat, boleh masukkan lada hidup,bawang besar dan daun ketmbar. Biar selama 10 minit lagi.
  6. Angkat dan hidang.
Resepi ini tidak berapa pedas dan boleh dimakan oleh anak2 juga. Bagi penggemar makanan pedas, bolehlah gantikan lada hidup dengan 4-5 biji cili padi.
Selamat Mencuba.

Saturday, February 19, 2011

Akhirnya Ku Tahu Jua Puncanya! Alhamdulillah.

Pada 17/2/2011 tuhari aku bertekad untuk terus mencuba lagi sehinggalah aku benar2 puas hati dengan keputusan pencarianku selama ini. Aku tercari2 selama ini punca mengapa kek dan muffinku yang kubuat akhir2 ini tidak menjadi sangat seperti sebelum2nya. Walaupun nampak  naik dengan elok tapi sebenar2nya dibahagian bawah tidak masak! Huhuhu....masak tak seratalah tu.  Aku benar2 bingung memikirkan. Selama 3 bulan dah bermacam2 cara aku lakukan termasuk menukar2kan posisi cupcake dalam loyang, adjust setting api dan ada pernah sekali tu aku kuterbalikkan cupcake semata2 nak masakkan bahagian bawahnya. Kah kah kah! Itu tidak seharus berlaku sebab oven yang kubeli baru setahun itu adalah dari jenama yang memang disarankan dan bayak komen2 yang baik baik diinternet mengenainya.  
Pada awalnya aku salahkan resepi yang kurujuk itu tidak betul, maka kucuba pula dengan resepi yang lain , tetapi masalah serupa masih berlaku. Kemudian buat lagi dengan resepi lain tapi kali ini  jadi Mc Gyver, aku olah resepinya. Minyak dingantikan dengan mentega cair, tepung naik sendiri dengan tepung self raising dll...belasahje. Huh!! Rasa sedap tapi mentah juga. Kemudian kusalahkan setting api oven mungkin suhu panas sangat, so aku kurangkan sedikit suhu (tetap set api atas bawah) tapi lebihkan sedikit masa bakar. Masalah tetap terjadi. Hmmmm kenapa dan kenapa ya?? Kemudiannya aku syakki mugkin loyang tebal, tukar loyang, tukar acuan dan ntah apa2 lagi. Ada juga teringat mungkin berpunca dari bahan2 yang digunakan kurang segar (walaupun  tak masuk akal) spt telur( merah telur tidak bulat bila dipecahkan), even guna telur segar bugar pun masalahnya masih ada. Lebih memeritkan apabila melalui proses membakar, terpaksa aku keluarkan loyang kali dan cucuk2 cupcake untuk menentukan samada dalamnya masak atau tidak (selepas tempoh bakar). Itu tidak seharusnya berlaku! Aku tahu.....
Aku kenal bebenar bagaimana rupa cupcake dan muffin yang masak elok dan jauh disudut hati kecilku ada terselit rasa belum puas dengan hasil kek dan muffinku. Pasti ada yang tak kene. Ada juga aku terfikir adakah ini bermakna  kemahiranku sudah menurun atau masih tak reti2 baca resepi...huhu.!!  Tapi kenapa sebelum tu ok je...resepi yang serupa juga ku gunakan. Aduhai!  phening2
Jika ada yang terbaca mengenai muffin yang kuhantar kesurau baru-baru ini , sebenarnya masa itu aku masih belum mengetahui apa puncanya lagi. Tapi niat untuk bersedekah kepada majlis cerama disurau, ku buat juga dengan menempuh berbagai cara agar muffin2 masak dengan elok. (Tukar loyang, tukar acuan dan guna 'oven fan' walaupun sebenarnya tidak digalakkan untuk guna 'fan' untuk kek kerana boleh mengeringkan moisture kek tapi kucuba juga. Manalah tahu kot2 ok untuk ovenku). Alhamdulillah, muffin2ku selamat dimasak kesemuanya walau mengambil tempoh yang lebih dari sepatutnya. Ya Allah, aku berdoa agar mereka yang mengambil muffinku dapat menerimanya tanpa apa2 masalah. Niatku memang nak memberi yang terbaik dan bukan niat yang lain. .  
Semalam (17/2/2011), aku bertekad untuk mencuba lagi dan kali ini aku gunakan 'pre-mix muffin flour' saja, sekadar nak test oven. Ya Allah Ya Tuhanku, aku berdoa pada Allah untuk berikan aku jalan dan petunjukNya akan punca sebenar yang kucari selama ini. Mencari akar punca masalah demi penyelesaian jangka panjang dan itulah yang kucari, bukan sekadar membetulkan masalah shj. Aku bancuh dan bakar muffin mengikut arahan yang diberikan pada bungkusan , namun hasilnya tetap sama. Selang sejam kemudian, kucuba pula bakar 'readymade croissant' . Tinjauan dari cermin oven, croissant kelihatan naik begitu menarik sekali...so happy lah ingat mungkin masalah dh hilang. Selepas tamat tempoh bakar, aku keluarkannya dan cuba angkat dari dulang pembakar dan ....aiyaaaa melekat!! Secara tiba2 selepas saat itu, terus terlintas difikiranku ini pasti ada yang tak kene dengan api bawah oven!! Lantaran itu, ku 'ON'kan sekali lagi oven dan cuba rasa haba dengan tangan pada kedua2 filamen atas dan bawah. DAH MEMANG SAH!!!  FILAMEN BAHAGIAN BAWAH OVEN TAK PANAS LANGSUNG!!.....BOLEH SENTUH DENGAN JARI TANPA RASA PANAS SEDIKITPUN. Alahai..kenapalah selama ini tak terlintas difikiranku mengenainya. Ya Allah Ya Tuhan Kami, aku amat bersyukur kehadratMu kerana hari itu (17/2/2011) Engkau telah memberiku petunjukMu akan  punca masalah sebenar yang kucari.   
Dan pagi tadi (19/2/2011), kami terus menghantar oven ke bahagian kerosakan  peralatan jenama tersebut di Shah Alam dan filamen yang rosak itu pun telah ditukar kepada yang baru.Kejap je settle...hehe. Cajnya cuma RM160 saja. Alhamdulillah...suka sgt.   

Friday, February 18, 2011

Puding Kastad Jagung



Bahan2:
  • 1 tin jagung tin (saya guna Sweet Kernel Corn jenama Garden Fresh 425gm atau boleh juga gunakan Sweet Cream Corn)
  • 1 biji kelapa (buat dalam 4-5 cawan santan)
  • 1 cawan tepung kastad
  • 3/4 cawan gula pasir
  • secubit garam
Cara2;
  1. Kisar jagung tin kira2 seminit dua saja.
  2. Masukkan jagung kisar,kastad,gula dan garam ke dalam periuk. Gaul. Diikuti dengan santan sedikit demi sedikit hingga habis agar tadunan tidak berketul. Gaul hingga sebati.
  3. Masak atas api sederhana dan sentiasa kacau hingga adunan likat dan berkilat. (lebih kurang 20minit)
  4. Tuangkan ke dalam loyang acuan dan ratakan. Sejukkan dahulu pudding sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
  5. Makan semasa sejuk...yummy!
Nota:
Boleh gantikan jagung dengan buah peach dalam tin yang dikisarkan, dan gantikan santan dengan fresh milk.

Tuesday, February 15, 2011

Muffin Utk Surau Sempena Sambutan Maulud Nabi Hari ini

Semalam dalam pukol 3 ptg lebih (15/2/2011), tiba2 hubby sarankan ' buatlah apa2 untuk bawa kesurau malam nanti'. Waduh waduh!!.....kenapalah baru masa tu diberitahu, sebelum tu pernah ku cadangkan  tapi dia diam saja so ingatkan tak perlulah, lalu taklah aku prepare apa2.Tatkala itu, apa yang terlintas difikiran makanan yg paling simple, cepat siap dan mudah untuk dihidangkan adalah muffin saja, kalau kuih muih atau lauk pauk rasanya tak sempat. Apalagi 'dan-dan' tu juga pergi kekedai beli tepung, telur dan sebagainya dan terus mulakan persiapan. Oleh kerana muffin proses utamanya adalah gaul saja antara bahan2 kering + basah dan tidak perlu pukul lama, maka kerenyahan proses persiapan  kuranglah. Cabaran adalah semasa membakar lebih2 lagi untuk jumlah yang banyak dlm masa terhad. Jenis acuan muffin yang aku gunakan ini agak tinggi dan perlu masukkan dua tray dalam sekali bakar, maka 'setting' suhu amatlah penting. Oleh kerana oven yang kugunakan cepat panas, aku 'preheat' pada 160 darjah celcius saja selama 10 minit (bimbang kalau muffin pada tray dibgn atas cepat hangus) manakala proses bakar keseluruhan dalam 45 minit lagi , tray ditukar posisi atas ke bawah dalam separuh masa bakar. Masa pembakaran adalah bergantung pada jenis dan besar oven.  Maka adalah penting bagi kita mengenali oven kita terlebih dahulu dan menyesuaikannya dengan jenis makanan yang kita ingin bakar. Elok kiranya kita cuba dulu menggunakanya dengan kuih2 yang simple sebelum membuat kek/cupcake/muffin yang kompleks atau dalam jumlah yang banyak. Dari pengalamanku, menyediakan muffin adalah tidak semudah membuat kek atau cupcake.
Walau terdapat sedikit 'hiccup' here and there, aku amat bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana sempat menyediakan muffin coklat chip dan blueberry hampir 100 biji 'just in time' ke surau sebelum waktu yang diperlukan. , tercapai jua niatku....alhamdulillah.



Dalam satu adunan boleh dapat dalam 12 biji muffin saja, di mana berat setiap biji muffin (ada choc chip dan buah) sebelum bakar untuk acuan ini adalah dalam 55gm.

Luv Alyna

Saturday, February 12, 2011

Sibuk & Demam Hari Ini

Hari ini,12/2/2011 agak begitu sibuk mulai pagi sampailah kepetang tak duduk dirumah. Menghadhiri kenduri kahwin seorang anak rakan suami yang lama tiada ketemu diPutrajaya dan kenduri Tahlil di USJ dan PJ pula sebelah petangnya. Fuhh!! Apa2pun, lauk-pauk yang dihidangkan di kedua2  kenduri begitu enak2 belaka. Walau dah makan agak berat untuk sarapan pagi tadi, masih kuat seleraku untuk makan  2 kali lagi yang mana hebat juga beratnya. Rezeki , orang memberi kita merasa, alhamdulillah.
Buat pertama kali juga ku sempat singgah solat di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di Precint 3, Putajaya atau lebih dikenali dengan nama 'Masjid Besi'. Mengapa dipanggil Masjid besi...kurang pasti pula. Apa2pun, ianya memang unik dan cantik sekali. Uniknya masjid ini adalah ketiadaan dinding disekililing bangunan pada  setiap tingkat , dan yang menjadi sempadan adalah jaluran air kolam yang jernih sebagai sepadannya. Kilauan air kolam dan lantai seakan serupa saja dari jauh dan aku memang tidak membezakan pada mulanya. Malangnya tadi, tak sempat snap gambar kerana kesuntukan masa untuk ke kenduri tahlil pula.
Walaupun kurang sihat ketika ini, FB dan Blog tetap menjadi pujaan hatiku....:)

Friday, February 11, 2011

Pegaga Salad dengan 'French Dressing'

Bahan-bahan:
Buah-buahan dan sayur2an segar di potong dadu atau hiris besar2 ikut jumlah yang kita suka. Oleh kerana persediaan yang quite 'last minute' tadi, maka apa2 buah2an dan sayur2an yang ada didalam peti ais saja digunakan untuk makan malam tadi. Nak perhabihkan sebelum layu....
- Salad,pegaga,epal,orange,tomato,lada bangla,timun.
Campurkan kesemua buah2an dan sayuran ke dalam mngkuk hidang (serving bowl) dan gaul rata.
Oleh kerana epal dan salad yang banyak ada, maka banyaklah epal dan salad kelihatan untuk hidangan salad saya kali ini..hehe.

Sos untuk French dressing (simple)
Bahan2:
  • Minyak zaitun : 7-8 sudu besar atau ikut jumlah sayuran yg ada.
  • Bawang putih : 2 biji (dicincang halus)
  • Jus lemon : 1/2 biji
  • Yellow mustard : 2 sudu besar (saya guna brand Heinz)
  • Lada sulah : 2 sudu kecil
  • Garam : secukupnya
[ kalau ada salami ayam/daging atau lebihan ayam panggang, sangatlah sedap jika dimasukkan kedalam campuran salad bagi menambahkan pelbagai rasa]

Cara2:
  1. Campur kesemua bahan2 sos dressing di atas dan gaul hingga sebati.
  2. Taburkan ke dalam mangkuk hidang yang mengandungi sayur2an dan buah2an dan gaul hingga rata.
  3. Siap, masukkan ke dalam peti ais. Memang enak dimakan ketika sejuk.

Wednesday, February 9, 2011

Tissue Box - Height: 3.5 inch


BERSYUKORLAH

Assalamualaikum dan Selamat pagi.
Malam tadi sempat chat dengan seorang rakan setelah sekian lama tak berhubung berkongsi cerita. Oleh kerana masa sudah lewat malam, maka tak banyaklah yang nak diceritakan untuk kali ini. Apa yang membuatkan ku agak terkilan bercampur 'pedih hati' ialah kerana sifat keangkuhan yang terdapat dari perkataan2nya. Tak habis-habis menceritakan kepandaian anak2nya berbeza dari orang lain, menghebahkan kecermelangan anak pada kawan2 termasuk melalaui FB. Itu yang aku malas kalau nak chat dengan minah ni...memang selalunya perbualan kami akan cenderung ke arah itu. Bila ku kata ramai anak2 yang kini sudah pandai dan score cemerlang di dalam UPSR,PMR dan SPM, dia akan meninggikan lagi kepandaian anak2nya berbanding dengan yang lain.....lebih qualified, 'cream among the creams' dan tak perlu pakai orang dalam kalau nak masuk sekolah sains dsbgnya. Huh!!! Itu bukan pertama kali yang ku 'dengar' , dah berkali2, aduhai.. ...keangkuhan dipaparkan mengenai anak2nya yang lain juga. 
Sebagai seorang ibu, memang aku faham perasaannya, tiada yang membanggakan selain melihat kejayaan dan kebahagian anak di dalam pelaran serta kerjaya bila besar nanti. Tapi perlukah diceritakan dengan berlebihan kepada orang lain?.Terus terang disini, rasa muak sungguh bila membaca kata2nya tu. Tiada cerita lain ke nak dikongsikan?Iaitu yang lebih menarik untu ku dengar?. Orang lain pun anak2 mereka pandai, tiada pula 'over-excited' sepertinya...Ha3x. Bagiku sijil2 kecemerlangan dari sekolah mahupun dari universiti hanya merupakan 'tiket' saja untuk keperingkat seterusnya  sebab itulah yang dikehendakki oleh sistem pembelajaran di negara ini, exam dan certs, tapi  ianya tidaklah menjanjikan sebarang kejayaan seseorang di dalam menempuhi cabaran2 seterusnya samada dalam kerjaya hidup atau akhirat. Ramai yang kulihat yang lebih berjaya dalam perniagaan atau kerjaya walaupun mereka agak 'biasa-biasa' saja semasa di sekolah. Yang penting individu itu sendiri, kecekalan jiwa , rajin berusaha diiringi dengan  berdoa untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Bersyukurlah wahai kawanku, bersedekahlah. Tiada terpahat dihatiku sebarang rasa cemburu atau apa2, tiada langsung...kerana anak2ku juga hebat2 belaka ...alhamdulillah.  Mempunyai anak2 yang soleh dan bijak, itulah  yang terbaik.  
Ku mohon jutaan ampun dan maaf sekira ada yang terguris ketika membacanya, tiada niat untuk mengenakan sesiapa tetapi sekadar untuk luahan perasaanku pada seorang rakan ini sahaja.  Semuga hari-hari anda diceriakan dengan sesuatu yang berfaedah dan boleh mempertingkatkan diri.
Luv Alyna

Monday, February 7, 2011

Carrot Cake


: Very moist with more walnuts , more shreaded carrot & delicious topping yet !  It can be done as 2-layer carrot cake with cream cheese in between the 2 layers. Above picture is just a sample, order can be make for a square shape carrot cake as single or doule layer.

My Latest Crochet work - Side Table/Round Table/Chair back


I have made 4 of this.!

Sunday, February 6, 2011

Horizontal Menu Tabs

This afternoon, I have just added the horizontal menu tabs in my blog as per the instructions found in 'Tips For New Bloggers'  . I am so happy that I found  'Tips For New Bloggers'  at the time that I really need guidance on how to make my blog looks as what I want. It has lots of useful blogger information for all new bloggers! I can assure you!
The horizontal menu tabs are almost complete, a little bit of cosmetics required here and there, and now I'm looking on ways  to add multiple pull down menu on top of the existing horizontal menu tabs which I have just added. I couldnt find any tips on this in 'Tips For New Bloggers'  or maybe because I'm still very blind about HTML!! LOL!! I will read again....Wish me good luck!
Luv Alyna.

TEMPAHAN

  1. Tempahan : Hendaklah dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh dikehendakki . Untuk kuantiti yang banyak  hendaklah dibuat sebulan lebih awal.
  2. Sila maklumkan kepada saya info tempahan berikut: Nama AndaNo hp& Emel, alamat lengkap anda, nama produk dan flavor, kuantiti,  tarikh dikehendakki dan cara penghantaran.
  3. Cara bayaran: Pembayaran deposit sebanyak 50% hendaklah dibuat semasa tempahan kepada No akaun Maybank Akaun atas nama saya (akan diberi bila sudah sah untuk tempah) melalau Borang Pesanan dan Pertanyaan.Manakala selebih 50% bayaran hendaklah dibuat semasa penerimaan atau pengambilan produk.
  4. Cara PenghantaranWe deliver/Self pick-up/Pos Laju* 
  5. Bagi 'We Deliver' adalah penghantaran dari kami secara terus  ke alamat anda seperti yang diberikan secara percuma untuk kawasan-kawasan disekitar kawasan Subang dan Kota Damansara. Penghantaran adalah juga diberi secara percuma untuk tempahan melebihi RM100. Untuk tempahan kurang dari RM100, maka tambahan RM5 sahaja dikenakan untuk caj penghantaran bagi kawasan sekitar Shah Alam,Damansara dan Pj sahaja.
  6. Bagi 'Self pick-up' , alamat lengkap saya akan diberi setelah sah tempahan. 
  7. Bagi 'Pos laju* (Malaysia sahaja), hanya produk yang tidak mudah rosak sahaja seperti biskut dan kek cawan (tanpa hiasan) yang dibungkus secara individual. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas segala kerosakan jika berlaku. Caj pos laju akan ditambah mengikut harga pos semasa.
  8. Pembatalan Tempahan
    Pembatalan tempahan produk hendaklah 3 hari sebelum tarikh dikehendakki untuk mengelakkan deposit tidak dikembalikan. Harap maklum.
  9. Komunikasi:Untuk  sebarang perrtanyaan, boleh hubungi saya melalui Borang Pesanan dan Pertanyaan disediakan.
Terima Kasih

Saturday, February 5, 2011

SENARAI HARGA KEK-KEK POPULAR


N0.NAMA KEKHARGA
1.Vanilla/Coklat/Oren/Pandan/PisangRM50
2.Marble/PelangiRM40
3.Buah Campuran
(Mixed Fruit)
RM55
4.Gula HangusRM35
5.Span pandan/Coklat/OrenRM40
6.Black ForestRM65
7.Blueberry CheeseRM65
8.Tiramisu CheeseRM65
9.Pudding Caramel (full mini cup)RM1.00/cup
10.Pandan Layer CakeRM55
11.Chocolate Moist with ganacheRM65
12.Carrot cake with cream cheeseRM65
13.Black Forest with Blueberry filliing*RM38-6"
RM65-8"
14.Mixed Fruit Flan with Cream Chese*RM40 -6"
RM65-8"
15.Chocolate Banana*RM40-6"
RM65-8"
Nota:
  • No. 1-12: Harga tertera adalah untuk kek berbentuk bulat saiz 8 inchi. 
  • No 13-14: Harga tertera adalah untuk kek bersaiz 6 inchi dan 8 inchi
  • Bahan asas digunakan untuk kek adalah dari mentega tulin (lepa susu), segar dan berkualiti baik. 
  • Untuk saiz kek selain yang disebutkan boleh jug ditempah.

SENARAI HARGA BISKUT

BISKUT TAT NENAS GULUNG
50 biji :  RM 22
100 biji : RM 42

BISKUT ALMOND LONDON
50 biji : RM 23
100 biji : RM 45

BISKUT SUJI GAJUS
50 biji : RM 20
100 biji ; RM 38

BISKUT PERMAISURI BADAM
50 biji : RM 20
100 biji : RM 38

BISKUT CONRFLAKES BERMADU
1 kg : RM17

BISKUT OATMEAL
50 biji : RM 20
100 biji : RM38

BISKUT CHOCOLATE CHIP
50 biji : RM 20
100 biji : RM 38

BISKUT SAMPAN KELAPA
50 biji : RM 22
100 biji : RM 42

BISKUT HAVANA STRAWBERRY
50 biji : RM 20
100 biji : RM 38

BISKUT MAMA CARRIE
50 biji : RM 17
100 biji : RM35

BISKUT TAT BUNGA
50 biji : RM 20
100 biji : RM38

SENARAI HARGA KEK CAWAN


INFO HARGA, PERASA DAN SAIZ KEK CAWAN
PILIHAN RASA (FLAVOR) 
Coklat,Oren, Vanilla, Strawberry,Pisang,Pandan

TOPPING (FROSTING)
Buttercream, Ganache

JENIS ACUAN
Paper Liner, Souffle (Solo) cup

SAIZ-SAIZ ACUAN KEK CAWAN
Souffle cup (width x height)
'S' : 5cm x 3cm,2oz
'M' : 5.5cm x 3.5cm,2.5 oz
'L' : 6.5cm x 4cm,3.25 oz 
 [ souffle cup adalah lebih mudah mengeluarkan kek dan kemas]
Paper Cup
bergantung pada jenis/jenama cup

HARGA 
[Untuk semua jenis perasa dan menggunakan souffle cup] 

  A)  Kek Cawan Biasa (tanpa topping) 
'S' - RM0.80/pc, min 36 pcs 
'M' - RM1.10/pc, min 25 pcs
'L' - RM1.40/pc, min 16 pcs

B) Kek cawan + Buttercream (hiasan ringas)/Alphabets
'S' - RM1.80/pc, min 36 pcs
'M' - RM2.10/pc, min 25 pcs
'L' - RM2.40/pc, min 16 pcs


C) Kek Cawan + Edible Image/Gumpaste Flower 
'S' - RM 2.50
'M' - RM3.00
'L' - RM3.50

D) Kek Cawan + Fondant  
'M' - RM4.00 keatas/pc
'L' - RM4.50 keatas/pc 

 INFO LAIN 
+ RM5.00 only for gift box per set
+ RM0.20 untuk chocolate ganache topping
+ RM 0.20 for untuk 'individual packing' (plastic dorm casing]




Friday, February 4, 2011

SENARAI PRODUK DAN HARGA

KEKKEK CAWANBISKUT
1. Kek Butter
Vanilla,Coklat,Oren,
Pisang,Pandan
(RM50)
Kek Cawan Butter
Vanilla,Coklat,
Oren,Pisang,Pandan
Biskut Tat Nenas  Gulung
50 - RM22
100 - RM42
2. Kek Pelangi/ Marble
(RM40)
Jenis Acuan
Souffle/Paper
Biskut Tat Bunga
50 - RM20
100 - RM38
3. Kek Buah Campuran(Mixed Fruit cake)
(RM55)
Saiz Acuan (cm)
S : 5x3,2oz
M : 5.5X3.5,2.5oz
L: 6.5x4,3oz
Biskut Almond London
50 - RM23
100 - RM45
4. Kek Gula Hangus
(RM35)
Topping/Frosting
Buttercream/Ganache
Fondant/Edible Image
Biskut Suji Gajus
50 - RM20
100 - RM38
5. Kek Span
Vanilla,Pandan, Coklat/Oren
(RM40)
Untuk senarai harga kek cawan, sila rujuk pada link dibawah:
Harga Kek Cawan
Gambar
Biskut Permaisuri Badam
50 - RM20
100 - RM38
6. Kek Black Forest
(RM65)
Biskut Konfleks Bermadu 
1 kg - RM17
7. Kek Blueberry Cheese 
(RM65)
Biskut Oatmeal
50 - RM20
100 - RM38
8. Kek Tiramisu Cheese
(RM65)
Biskut Colat cip 
50 - RM20
100 - RM38
9. Kek Pandan Layer 
(RM55)
Biskut Sampan Kelapa 
50 - RM22
100 - RM42
10. Kek Chocolate Moist with Ganache
(RM65)
Biskut Havana Strawberry 
50 - RM20
100 - RM38
11. Puding Caramel
(RM1/cup)
Biskut Mama Carrie
50 - RM17
100 - RM35
12. Kek Carrot with cream cheese
(RM65)
Klik disini untuk
Harga 
Gambar
Klik disini untuk
Harga
Nota:
  • Harga untuk kek di atas adalah bersaiz 8 inchi bulat atau empat segi, angggarn berat ~ 1.5kg-2kg
  • Sila nyatakan jenis dan saiz kek jika berlainan dari yang dinyatakan, harga boleh dirundingkan.

Thursday, February 3, 2011

Happy Chinese New Year!

Wishing a Happy and Properous Chinese New Year to all chinese, whereever you are, in this year of Rabbit. May your life embraced with joy, good health and success in all the years to come.

From,
Luv Alyna

Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...