Monday, January 31, 2011

Chocolate Chip Muffin


Teringat pada emel seorang rakan pada minggu lepas yang bertanyakan mengenai muffin. Walaupun belum pernah membuat muffin pada masa itu tapi kucuba juga jawab soalan itu berdasarkan kefahamanku melalui buku dan internet yang kubaca. Entahlah mengapa hari ini tergerak pula hati untuk mencubanya.  Lepas waktu maghrib tadi terus ku cari bahan2 yang ada (apa2) di dapur untuk membuatnya. Ini adalah hasilnya.... 

Resepi yang kurujuk seperti berikut:

BAHAN-BAHAN
  • 2/3 cawan serbuk koko
  • 2 biji telur (gred A)- boleh guna 3 biji telur B
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan coklat chip (elok beli yang imported, tp saya guna yang local sebb itu je yg ada)
  • 1/2 cawan gula pasir (boleh tambah sikit sebb resepi ini tak berapa manis)
  • 2 sudu kecil baking soda (bicarbonat soda)
  • 1 1/3 susu segar
  • 1/3 cawan minyak sayuran (minyak jagung)
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 1/2 sudu kecil garam
CARANYA
  1. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius ( panaskan awal sebb persediaan muffin adalah cepat)
  2. Sediakan acuan-acuan kertas muffin kedalam loyang berlubang muffin (jika cawan kertas jenis lembut)
  3. Masukkan tepung, serbuk koko, baking soda (yang telah diayak bersama), gula dan garam di dalam satu  mangkuk*. Masukkan 1/2 cawan coklat cip dan gaulkan agar rata.
  4. Masukkan telur, minyak,vanilla dan susu dalam mangkuk yang lain**. Kacau hingga rata kesemuanya.
  5. Masukkan campuran** ke dalam campuran tepung * dan gaulkan dengan senduk kayu hingga rata. Jangalan kacau terlalu lama (dont overmixed) , sekadar untuk sebatikan kedua2 adunan tadi (dalam seminit dua). 
  6. Sudukan adunan ke dalam acuan-acuan cawan kertas hingga paras 2/3 dari tinggi acuan. 
  7. Taburkan lebihan coklat chip  keatas muffin hingga habis. 
  8. Bakar selama 20-25 minit atau hingga muffin masak.
  9. Biarkan sejuk atas rak penyejuk.
Nota: 1 adunan boleh dapat lebih kurang 15 muffin acuan kertas saiz 'L'.

[pernah ku lihat muffin yang mana permukaannya bulat atau merekah, ianya adalah bergantung pada resepi yang dirujuk. Yang ini agak merekah dipermukaan tapi 'crunchy' dan tidak manis.Anak2 puji!!]

Saturday, January 29, 2011

Today's Breakfast: Fettucini with clam and cream sauce

My kids' favourite fettucini dish, simple and quick!!
Ingredients:
  •  1 pack of Fettucini stick (boiled till evenly cooked ~ 20 minutes)
  • 6 cloves of garlics
  • 1/2 of big onion (chopped)
  • 1 can of button mushrooms (slices)
  • 500 gm fresh clams
  • 1 carrot (slice)
  • 2 cans of cream of mushroom soup ( I use Campbell)
  • 1 tbs of pasley
  • 1 tbs of basil leaves
  • 1 tsp of paper flakes
  • 2 tbs of fresh lemon juice
  • 2 tbs mozarella cheese
  • 300 ml water
  • 1 tsp of salt
Method:

Cream pasta sauce
  1. Saute garlics and onion till onion crystalised
  2. Add clams, mushrooms,carrot and lemon juice. Mix well and let it simmer for  5-10 minutes.
  3. Add cream of mushroom soup, water, basil, flakes,parsley,cheese and salt. Mix and let it boiled for another 5 minutes.
  4. Lift, pour onto fettucini and sprinkle with some chilli flakes
  5. Ready to serve!!

Thursday, January 27, 2011

Working on My Blog

While working on my baking skills, I'm still continue learning more on how to improve my blog  . It was a month ago when I know nothing about blogging but now thanks to Allah, alhamdulillah, at least i know the basic ideas on the 'know-how' that includes: 
  • Using or changing the layout/design template
  • Adding widgets, java scripts, gadgets
  • Linking to other sites like flickr slideshows or picasa album
  • Inserting labels/categories
  • Inserting FB profile badge
  • Inserting video from youtube via mixpod.com
  • Little bit on html editting (havent know about CSS yet)
  • Inserting picture for the header (as the template that I am using doesnt come with the header, so i just find one from the internet! easy..)
  • Tips/tricks from the blog experts.
And last but not least, there is one more simple thing that I want to do on the layout and that is, to add menu tabs either vertically or horizontally. Finding the labels/categories on the right side are not as catchy as compared to menu tabs, I will try to change it hopefully within this week or next. 
My most challenging experience about blogging is not much about the design but its content, what information that I would like to put in and share to others. Well, I have nothing in definite so far but surely, something to do with cooking and crochetting will be my focus subjects at this point of time. Having a nice layout and pictures without a good content will make your blog becomes so 'stale' to the eyes of others. There are so many webistes that you can refer to about creating/managing blog, among my favourite websites are:
and
http://www.scrappinblogs.blogspot.com/ - currently I'm using template from Scapping Bloggs

So lets start blogging for those who havent. Frankly, I feel more comfortable in here in expressing myself comparing to other social networking sites. Believe me!! :))
Luv Alyna
  

Wednesday, January 26, 2011

Tip-Tip Asas sebelum membuat Kek/Biskut

Hari ni tiada apa yang menarik yang hendak dipostkan, cuma ada beberapa tip-tip tentang membuat kek/biskut yang telah saya kumpul/jumpa/tambah mengikut pengalaman saya untuk dikongsikan bersama. Saya memang mempraktikkan apa yang saya belajar disertai dengan banyakkan membaca untuk menambahkan lagi ilmu dalam bidang yang saya memang minati ini.
Dibawah adalah senarai 10 tip-tp asas sebelum kita memulakan membuat kek/biskut: 
Tip #1:  Baca terlebih dahulu resepi dan sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Pastikan loyang dan peralatan membuat kek/biskur adalah bersih dan benar2 kering. Tangan pun perlu dibersihkan dan benar2 kering.(pantang adunan terkena air walaupun dari peralatan yang basah)
Tip #2:  Timbang dengan tepat tepung dan bahan-bahan mengikut resepi. Gunakan bahan-bahan yang berkualiti baik dan segar dan sediakannya lebih awal.
Tip #3: Gunakan saiz loyang atau acuan kek yang bersesuaian dengan resepi yang digunakan .
Tip #4: Susun rak oven dengan betul dan panaskan terlebih dahulu sebelum memasukkan kek/biskut. Boleh gunakan jangkasuhu untuk oven, jika perlu. .
Tip #5: Ikut arahan langkah adunan seperti dalam resepi. Jangan terlebih atau terkurang pukul kerana ini akan menjejaskan rupa kek/biskut. Gunakan kitchen timer atau lihat jam untuk memantau masa mengadun.
Tip #6: Elakkan dari sesakkan oven dengan loyang, limitkan pada 2 pada satu2 masa membakar dan elakkan dari membuka pintu oven semasa membakar (untuk kek, usah buka pintu oven jika kurang dari 45minit tempoh bakar. Ini akan menjejaskan kek naik dengan cantik). Untuk resepi tertentu, boleh alihkan (switch) posisi loyang dari atas ke bawah dan sebaliknya setelah separuh masa bakar. 
Tip #7: Perhatikan masa bakar dan keadaan kek/biskut semasa membakar. Boleh 'adjust'(turun atau naikkan sedikit, jika perlu)  suhu oven jika kelihatan kek/biskut hendak merekah atau lambat naik. .
Tip #8: Sejukkan kek/biskut dengan sepenuhnya sebelum disimpan. 
Tip #9: Kemaskan kek/biskut supaya kelihatan menarik untuk dihidangan. 
Tip #10: Simpan kek/biskut dalam bekas kedap udara dan ditempat yang bersih.

Ada lagi tip-tip lain , inshaAllah akan saya tambah dari masa kesemasa.
Luv Alyna

Monday, January 24, 2011

Remembering the Failure For Success!!.

There are times when you feel sad, hopeless and useless at the point when things do not turn out as what you have been expected for. You start to blame everyone around you, blaming the world as being so unfair  and  feel that you just want to give away, letting yourself no chance for a second try. What a loser!. Me and you have had this similar situation once or even couple of times in our lives, isnt that right? Be it at home or in office ...life is always a challenge to oneself in making it a long great success. While I was thinking about it leisurely, I received second weekly motivating quotes (via subscription) in my email inbox just few minutes ago . Ha3x....what a cute coincidence! So, let me paste the quotes to share it with you, my dearest visitors:
" Would you like me to give you a formula for success? It's quite simple, really. Double your rate of failure. You are thinking of failure as the enemy of success. But it isn't at all. You can be discouraged by failure or you can learn from it, So go ahead and make mistakes. Make all you can. Because remember that?s where you will find success. -Thomas J. Watson
So, its okay to fail and never ever be discouraged by it. We learn through mistakes, and mistakes can be a great teacher to us. Dare to Fail is a sign of wisdom!

Luv Alyna

Friday, January 21, 2011

Ayam Panggang Berempah

Resepi Ayam Panggang Berempah
Bahan2:
  1. 1 ekor Ayam (dibersih dan potong empat)
  2. 5-6 biji bawang kecil *
  3. 2 biji bawang besar *
  4. 5 biji bawang putih *
  5. 2 inci halia *
  6. 1 sudu besar serbuk jintan manis
  7. 1 sudu besar serbuk jintan kasar
  8. 1 sudu besar serbuk ketumbar
  9. 2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus, saya suka banyak)
  10. 2 sudu besar madu
  11. 1-2 sudu besar miyak bijan
  12. 1-2 sudu besar kicap
  13. garam secukup rasa
(* kisar)

Cara:
  • Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
  • Lumurkan kepada keseluruhan bahagian ayam.
  • Perap dalam bekas yang ditutup dengan alluminimium foil semalaman dalam freezer (Lagi lama perapan lagi enak rasa daging, saya perap 2 malam)
  • Bakar (dalam bekas alluminium pun ok, ) selama 1.5 hour pada suhu 160 darjah celcius.
  • Balikkan ayam setiap 30 minit.(saya set api atas saja)
  • Hidang semasa panas.
(rasa ayam panggang ni ala2 ayam Kenny Rogers pulak...:))), memang sedap!)

Thursday, January 20, 2011

Picnic Time!

Am preparing some food and clothings to bring along for our day-out today. Just simple ones for the 5 of us, my two eldest kids wont be able to join in as they are still having classes.Taking along a long loaf of gardenia bread, a can of meshed sardine fish that mixed with chopped onion,chilli slices and lemon juice, egg mayonese (meshed boiled eggs + mayonese +pepper +dried parsley +salt), few packed of 'nasi lemak bungkus with sambal sotong and paru2', 2 big bottles of Sarsi and  plain water are actually more than enough for this short trip. 
We are planning for a picnic actually but surprisingly, we havent decided yet where to go!! Hahahaha...well, its either to Morib or somewhere at Kuala Selangor. I dont think any of us is going to wet ourselves, just to be away from home but definitely not to busy areas this time.
Hope we will have a wonderful holiday today! :)
But when we reached there , this is what we see at the beach:

still a lovely view with millions of small red crabs chasing each other to enjoy the spacious beach of Morib. 

Tuesday, January 18, 2011

Kuih Apam Asli

Petang tadi sempat buat kuih apam sementara menunggu drama bersiri 'Akukah Tanggang' bermula. Resepi lama yang ku ciplak dari kakak amat mudah dan tiada banyak bahan digunakan. Berikut adalah resepinya:                                                                                             
Bahan2:                                                                                             
  1. 2 cawan tepung gandum  (di ayak)                                                 
  2. 1/4 cawan gula pasir                                                                      
  3. 1 sudu kecil serbuk yis mauripan                                                      
  4. 1 cawan air putih yang direndam bersama serbuk yis                       
  5. 1 cawan air putih yang dimasak bersama gula melaka, ditapis dan disejukkan pada suhu bilik.                                                            
Cara2:
  • Masukkan gula pasir bersama tepung.
  • Kemudian campurkan air larutan gula melaka keatas tepung sedikit demi sedikit sambil gaul. Pastikan adunan tidak berketul2.
  • Campurkan air larutan yis pula hingga habis. 
  • Tuang adunan ke atas loyang
  • Biarkan selama 2 hingga 3 jam pada suhu bilik untuk yis bertindak balas. Tutup dengan tudung saji.
  • Adunan akan kelihatan naik dan berbuih2 kecil tanda seudah bersedia untuk dikukus.
  • Kukus selama 25-30 minit atau hingga masak. (cucuk dengan garpu atau lidi sate ditengah2 , kalau adunan tidak melekat pada garpu atau lidi, tandanya sudah masak)
  • Tutup api dan biarkan apam agak suam2 barulah boleh dipotong.
  • Taburkan kelapa muda parut yang telah dicampurkan dengan sedikit garam ke atas apam potong.
  • Sedia untuk dijamu.
 Adunan siap untuk diperap.(jangan perap dibawah air aircond mahupun kipas)
 Adunan setelah 2-2.5 jam diperap.
 Setelah dikukus selama 30 minit.
Siap dipotong dan dihidangkan. Apam asli ini adalah lebih basah dan kenyal sedikit dari apam2 yang menggunakan eno,ovalette atau tepung beras. Itulah dinamakan apam asli...:)) Selamat mencuba.

Facebook Oh Facebook!! (FB)

Sepatutnya anak2 ada acara marathon disekolahnya pagi ini tapi dibatalkan, maka adalah sedikt masa nak update blog Alyna's Homemade Passion. Disini ingin kulontarkan sedikit pendapatku mengenai penggunaan laman sosial FB. Terus terang, aku bukanlah pengguna baru ataupun lama dalam FB, adalah dalam setahun kot sejak buka akaun ini itupun atas desakan rakan2 untuk jadikan FB sebagai perantara komunikasi bila kami berjauhan. Pada mulanya aku rasakan FB ini adalah sesuatu yang melalaikan dan membuang masa saja,  memang tak suka pada perkara2 seperti itu. Agak lama kubiarkan FBku hidup umpama sampan tanpa pendayungnya, terawang2 di alam maya begitu.Tapi sekarang, tak boleh tidak sekurang2nya 10minit sekali dalam sehari pasti kujenguk FB untuk lihat perkembangan atau status rakan2 diFB2ku. Hahaha...pelik dan kelakar tapi benar! 
Kukira bukan aku saja yang berlakuan 'pelik' seperti ini malah berpuluh2 juta pengguna FB juga melakukan perkara yang sama, Kalau tak sehari sekali, seminggu sekali atau sebulan sekali mesti nak jenguk..namun pastinya ada. Malahan ada yang dah tutup akaun, buka balik sebab terasa hidup seperti tak berwarna lagi tanpa FB. ..:((. Salah seorangnya akuler...wakakaka) Dari pemerhatian ku selama setahun berFB ini, berbagai ragam pengguna FB kudapati, dimana antaranya dapat kurumuskan pada 10 berikut : 
  1. Berkongsi pengalaman, gambar2, video serta memberi komen2 (paling popular)
  2. Menyampaikan/ berkongsi maklumat dan dakwah agama
  3. Menyampaikan berita2 dan isu2 semasa
  4. Meluahkan perasaan semasa samada gembira, duka,benci,marah dll
  5. Mencari prospek atau pelanggan untuk perniagaan
  6. Berkongsi resepi masakan
  7. Berkongsi teknik atau panduan tertentu (online support)
  8. Berkenalan atau mencari pasangan/jodoh
  9. Berpolitik
  10. Berchatting
  11. Sebagai pembaca saja
(oops ..terlebih sudah!
Setakat ini, belum lagi aku terjumpa fakta survey mengenai taburan peratusan penggunaan FB, kalau jumpa nanti akan ku lampirkan link urlnya disini. Walau apapun tujuan atau cara kita berFB biarlah ianya dengan tujuan, niat yang baik serta jujur. Setiap patah perkataan yang ditulis melalui FB akan dinilai oleh para pembaca FB yang lain, bukan nilai maksud ayat yang ditulis saja malah dinilai juga diri kita sebagai penulisnya. Itulah salah satu kelemahan pada diri manusia iaitu menilai manusia walaupun hak menilai itu hanya ada pada Allah yang Maha Esa saja. Kesan tulisan hasilan pena adalah sama kesan tajamnya dengan perkataan yang diluah dari mulut. Bagiku, tiada kebenaran pada kata orang2 lama iaitu " sipolan tu mulut saje jahat tapi hati baik". Begitu juga dengan pepatah dalam bahasa Inggeris ' Dont judge the book by its cover' . Bagiku, dari hatilah keluar ke mulut, jadi apa yang diluahkan melalui tulisan atau mulut , memang asalnya dari hati dan ini tidak secara langsung mencermin diri individu itu yang  sebenar. Dan dari luaran buku itu juga dapat menggambarkan sedikit sebanyak apa isi dalamnya. Betul tak? Kalau tiada sama, maka kita dikatakan sebagai hipokritlah pulak ...:))

Akhir kata, usahlah mencari permusuhan dan persengketaan melalui FB, menabur fitnah atau sesatu berita tidak baik tanpa sokongan fakta yang kukuh elok dijauhkan juga. Fikir2kanlah....
Salam sayang dari saya dan selamat berFB dan berblogging! 

Doa Pagi Ini

Marilah kita sama2 berdoa (bacalah bismillah dulu ya)

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepadaMu. Sempurnakan
nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami  
dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan
semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur seberkat-berkatnya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya,memohon anugerah sebaik-baiknya,
memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Aminnn...


Wednesday, January 12, 2011

Hari Yang Memuaskan.

Tengahari tadi, dalam perjalanan menghantar Mirza ke sekolah tersermpak dengan seorang budak lelaki kecil yang berpakaian sekolah berjalan kaki dengan beg besar tersandang dibahu. Dari arah berjalan anak kecil ini, hati ini mengaggak mungkin dia dari sekolah yang berdekatan dimana sesi paginya baru saja tamat. Amatlah merisaukan hatiku bila melihatnya  berjalan keseorangan ditengah2 jalanraya (atas divider jalan) pulak tu dan kawasan itu agak sunyi pula, maka aku pun memberhentikan kereta dan memberi tanda isyarat kereta ke kanan. Ku suruh anak itu masuk ke dalam kereta dan dengan mudah dia terus naik. Terkejut juga mula2 tu tapi takpelah, yang penting niat ku adalah ingin menolongnya.
Di dalam kereta terus bermacam2 soalan ku bertanya pada anak comel itu, dimana ibu bapanya, di tinggal oleh baske. kenapa berjalan, berapa umur, sekolah di mana,di mana rumahnya...namun dia berdiam saja. Hanya 2 soalan saja yang dijawab iaitu nama dia dan arah jalan ke rumahnya. Dia memberitahu namanya Afiq.Oleh kerana masa yang begitu suntuk ketika itu, aku ikut saja apa yang anak kecil ini beritahu. Ku pandu terus dan kira2 10 minit baru sampai ke kawasan rumahnya. iaitu bangunan appartment 5 tingkat. Bayangkan budak darjah satu yang bertubuh kecil ini akan berjalan kaki sejauh itu!
Sempat ku bertanya pada 2 pengawal keselamatan di situ samada mereka kenal atau pernah nampak anak ini di kawasan itu..risau juga kalau tersilap tempat . Namun kedua2 pengawal keselamatan tidak mengenali anak ini
Ku letakkan kepercayaan 100% pada anak ini dan sambil memimpinnya, aku ikut saja arah yang dia bawa aku. Menurutnya rumah dia terletak ditingkat 3...Hmm,.tak sampai hatiku untuk biarkan dia keseorangan naik ke atas dan untuk pastikan dia selamat sampai, ku fikir elok aku ikut dia hingga benar2 sampai ke rumahnya. Tercungap2 naik tangga sampai tingkat 3....hahaha.
Sampai dimuka pintu rumah yg ditunjukkan, aku terus memberi salam . Alhamdulillah, ada orang di dalam. Seorang lelaki muda berambut agak panjang dalam usia awal 30an membuka pintu. Terusku bertanya, samada anak itu adalah anaknya..dan alhamdulillah, aku telah menghantar Afiq ke rumahnya dengan tepat. Aku menceritakan serba sedikit bagaimana aku menjumpai anaknya. Ku berdoa agar anak ini sentiasa dilindungi Allah dan tidak melakukan perkara berani seperti itu lagi. Sekiranya ia lakukan lagi, biarlah aku orang yang menjumpainya dan membawanya sampai kerumah dengan selamat......inshaAllah.
Walaupun Mirza lewat 10 minit sampai kesekolah, namun hati ku amat lega dan puas sebab dapat membantu seorang anak kecil yang kesusahan hari ini. Ini merupakan bukan peluang pertamaku, rasanya sudah 6-7 orang budak yang kutemui atas berbagai sebab. Ada yang lari dari sekolah, ada yang tertinggal bas, ada yang merajuk dari ibu dan salah satu kes terpaksa ku bawa anak itu ke balai polis kerana enggan beritahu di mana rumahnya. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kuhantar dia balik kerumahnya dengan selamat..

Bagiku, anak itu adalah anugerah dari Allah yang tak terhingga tinggi nilainya, perlu di belai dengan kasih sayang dan dijaga dengan sebaik2nya sampai bila2...

Alyna Lyn

Tuesday, January 11, 2011

Breakfast - Sandwich

Asyik sarapan dengan nasi lemak, nasi goreng, nasi dagang, jemput2, kueh teow dan lain2...hari ni buat yang sempoi2 tapi berkhasiat iaitu  sandsich 'Whole wheat /Country Herb bread' dengan Omelette & ' roasted beef' . Untuk anak2, roti tak disapu dengan mayonese herbs.
Resepi akan dikemaskini kejap lagi. Nak mandi.

Monday, January 10, 2011

Shepherd's Pie untuk makan malamku.

Makan malam yang mudah dan cepat iaitu pai Shepherd's! Lagipun...bahan2 memang ada kat dapur...lebih baik digunakan sementara bahan2 masih segar. Berikut adalah resepi Shepherd's pie .
Bahan2;
  • 400 gm daging cincang
  • 200 gm sayuran campur
  • 2 buku bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
  • 1 sudu besar lada hitam (di tumbuk)
  • 5 biji kentang (dipotong empat dan direbus dengan sedikit garam hingga empuk dan dilenyek) atau boleh guna serbuk kentang kisar.
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar sos steak daging
  • 3 sudu besar 'mushroom cream soup'
  • 3-4 sudu besar keju mozarella (diparut)
  • minyak jagung/zaitun dan garam secukupnya
[kalau ada cendawan segar lagi mantap!]
Cara2:
Inti
  1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hinga naik bau.
  2. Masukkan bawang besar dan daging cincang. Kacau dan biar hingga air kering.
  3. Masukkan lada hitam dan campuran tepung gandum, mushroom soup dan sos steak ke dalam gorengan.
  4. Biar gorengan agak2 kering dan pekat. Masukkan sayuran campuran dan garam.
  5. Biar seketika dan angkat.
  6. Sapukan gorengan ke dalam acuan/mangkuk pembakar dan ratakan.[saya guna acuan alluminium  bersaiz 260cm x 90 cm]
  7. Ratakan kentang lenyek dan taburkan keju mozarella ke atas kentang.
  8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30-45 minit atau sehingga keju cair dan berwarna keemasan. (guna oven api atas je)
  9. Angkat dan hidang panas2.
[Boleh juga gunakan telur yang dipukul bagi menggantikan keju]


Nampak terhangus sedikit tapi ranggup. My kids luv it!!

Sample 14 - Twin Pouches

Sample 13 - Lady's Sweater/vest


Sample 12 - Bedsheet/TV Cover

Sample 11 - Afghan/Bedsheet


Sample 10 - Side Table/Placemat/Book Cover

Sample 9 - Side Table/Placemat

Comes in a set of 2,4 and 6.

Sample 8 - Side Table/Coffee Table/Dining Table

Sample 7 - Side Table/Coffee Table/Dining table


It can come in  a set!

Sample 6 - Side/Coffee/Dining Table

Sample 5 - Bedsheet


Sample 4 - Bedsheet


Using 2 string of threads to make it stronger. 

Sample 3 - Side Table/Chair Back


Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...