Hari ni tiada apa yang menarik yang hendak dipostkan, cuma ada beberapa tip-tip tentang membuat kek/biskut yang telah saya kumpul/jumpa/tambah mengikut pengalaman saya untuk dikongsikan bersama. Saya memang mempraktikkan apa yang saya belajar disertai dengan banyakkan membaca untuk menambahkan lagi ilmu dalam bidang yang saya memang minati ini.
Dibawah adalah senarai 10 tip-tp asas sebelum kita memulakan membuat kek/biskut:
Tip #1: Baca terlebih dahulu resepi dan sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Pastikan loyang dan peralatan membuat kek/biskur adalah bersih dan benar2 kering. Tangan pun perlu dibersihkan dan benar2 kering.(pantang adunan terkena air walaupun dari peralatan yang basah)
Tip #2: Timbang dengan tepat tepung dan bahan-bahan mengikut resepi. Gunakan bahan-bahan yang berkualiti baik dan segar dan sediakannya lebih awal.
Tip #3: Gunakan saiz loyang atau acuan kek yang bersesuaian dengan resepi yang digunakan .
Tip #4: Susun rak oven dengan betul dan panaskan terlebih dahulu sebelum memasukkan kek/biskut. Boleh gunakan jangkasuhu untuk oven, jika perlu. .
Tip #5: Ikut arahan langkah adunan seperti dalam resepi. Jangan terlebih atau terkurang pukul kerana ini akan menjejaskan rupa kek/biskut. Gunakan kitchen timer atau lihat jam untuk memantau masa mengadun.
Tip #6: Elakkan dari sesakkan oven dengan loyang, limitkan pada 2 pada satu2 masa membakar dan elakkan dari membuka pintu oven semasa membakar (untuk kek, usah buka pintu oven jika kurang dari 45minit tempoh bakar. Ini akan menjejaskan kek naik dengan cantik). Untuk resepi tertentu, boleh alihkan (switch) posisi loyang dari atas ke bawah dan sebaliknya setelah separuh masa bakar.
Tip #7: Perhatikan masa bakar dan keadaan kek/biskut semasa membakar. Boleh 'adjust'(turun atau naikkan sedikit, jika perlu) suhu oven jika kelihatan kek/biskut hendak merekah atau lambat naik. .
Tip #8: Sejukkan kek/biskut dengan sepenuhnya sebelum disimpan.
Tip #9: Kemaskan kek/biskut supaya kelihatan menarik untuk dihidangan.
Tip #10: Simpan kek/biskut dalam bekas kedap udara dan ditempat yang bersih.
Ada lagi tip-tip lain , inshaAllah akan saya tambah dari masa kesemasa.
Luv Alyna
Luv Alyna
No comments:
Post a Comment