Monday, January 10, 2011

Shepherd's Pie untuk makan malamku.

Makan malam yang mudah dan cepat iaitu pai Shepherd's! Lagipun...bahan2 memang ada kat dapur...lebih baik digunakan sementara bahan2 masih segar. Berikut adalah resepi Shepherd's pie .
Bahan2;
  • 400 gm daging cincang
  • 200 gm sayuran campur
  • 2 buku bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
  • 1 sudu besar lada hitam (di tumbuk)
  • 5 biji kentang (dipotong empat dan direbus dengan sedikit garam hingga empuk dan dilenyek) atau boleh guna serbuk kentang kisar.
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar sos steak daging
  • 3 sudu besar 'mushroom cream soup'
  • 3-4 sudu besar keju mozarella (diparut)
  • minyak jagung/zaitun dan garam secukupnya
[kalau ada cendawan segar lagi mantap!]
Cara2:
Inti
  1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hinga naik bau.
  2. Masukkan bawang besar dan daging cincang. Kacau dan biar hingga air kering.
  3. Masukkan lada hitam dan campuran tepung gandum, mushroom soup dan sos steak ke dalam gorengan.
  4. Biar gorengan agak2 kering dan pekat. Masukkan sayuran campuran dan garam.
  5. Biar seketika dan angkat.
  6. Sapukan gorengan ke dalam acuan/mangkuk pembakar dan ratakan.[saya guna acuan alluminium  bersaiz 260cm x 90 cm]
  7. Ratakan kentang lenyek dan taburkan keju mozarella ke atas kentang.
  8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30-45 minit atau sehingga keju cair dan berwarna keemasan. (guna oven api atas je)
  9. Angkat dan hidang panas2.
[Boleh juga gunakan telur yang dipukul bagi menggantikan keju]


Nampak terhangus sedikit tapi ranggup. My kids luv it!!

No comments:

Post a Comment

Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...