Wednesday, January 12, 2011

Hari Yang Memuaskan.

Tengahari tadi, dalam perjalanan menghantar Mirza ke sekolah tersermpak dengan seorang budak lelaki kecil yang berpakaian sekolah berjalan kaki dengan beg besar tersandang dibahu. Dari arah berjalan anak kecil ini, hati ini mengaggak mungkin dia dari sekolah yang berdekatan dimana sesi paginya baru saja tamat. Amatlah merisaukan hatiku bila melihatnya  berjalan keseorangan ditengah2 jalanraya (atas divider jalan) pulak tu dan kawasan itu agak sunyi pula, maka aku pun memberhentikan kereta dan memberi tanda isyarat kereta ke kanan. Ku suruh anak itu masuk ke dalam kereta dan dengan mudah dia terus naik. Terkejut juga mula2 tu tapi takpelah, yang penting niat ku adalah ingin menolongnya.
Di dalam kereta terus bermacam2 soalan ku bertanya pada anak comel itu, dimana ibu bapanya, di tinggal oleh baske. kenapa berjalan, berapa umur, sekolah di mana,di mana rumahnya...namun dia berdiam saja. Hanya 2 soalan saja yang dijawab iaitu nama dia dan arah jalan ke rumahnya. Dia memberitahu namanya Afiq.Oleh kerana masa yang begitu suntuk ketika itu, aku ikut saja apa yang anak kecil ini beritahu. Ku pandu terus dan kira2 10 minit baru sampai ke kawasan rumahnya. iaitu bangunan appartment 5 tingkat. Bayangkan budak darjah satu yang bertubuh kecil ini akan berjalan kaki sejauh itu!
Sempat ku bertanya pada 2 pengawal keselamatan di situ samada mereka kenal atau pernah nampak anak ini di kawasan itu..risau juga kalau tersilap tempat . Namun kedua2 pengawal keselamatan tidak mengenali anak ini
Ku letakkan kepercayaan 100% pada anak ini dan sambil memimpinnya, aku ikut saja arah yang dia bawa aku. Menurutnya rumah dia terletak ditingkat 3...Hmm,.tak sampai hatiku untuk biarkan dia keseorangan naik ke atas dan untuk pastikan dia selamat sampai, ku fikir elok aku ikut dia hingga benar2 sampai ke rumahnya. Tercungap2 naik tangga sampai tingkat 3....hahaha.
Sampai dimuka pintu rumah yg ditunjukkan, aku terus memberi salam . Alhamdulillah, ada orang di dalam. Seorang lelaki muda berambut agak panjang dalam usia awal 30an membuka pintu. Terusku bertanya, samada anak itu adalah anaknya..dan alhamdulillah, aku telah menghantar Afiq ke rumahnya dengan tepat. Aku menceritakan serba sedikit bagaimana aku menjumpai anaknya. Ku berdoa agar anak ini sentiasa dilindungi Allah dan tidak melakukan perkara berani seperti itu lagi. Sekiranya ia lakukan lagi, biarlah aku orang yang menjumpainya dan membawanya sampai kerumah dengan selamat......inshaAllah.
Walaupun Mirza lewat 10 minit sampai kesekolah, namun hati ku amat lega dan puas sebab dapat membantu seorang anak kecil yang kesusahan hari ini. Ini merupakan bukan peluang pertamaku, rasanya sudah 6-7 orang budak yang kutemui atas berbagai sebab. Ada yang lari dari sekolah, ada yang tertinggal bas, ada yang merajuk dari ibu dan salah satu kes terpaksa ku bawa anak itu ke balai polis kerana enggan beritahu di mana rumahnya. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kuhantar dia balik kerumahnya dengan selamat..

Bagiku, anak itu adalah anugerah dari Allah yang tak terhingga tinggi nilainya, perlu di belai dengan kasih sayang dan dijaga dengan sebaik2nya sampai bila2...

Alyna Lyn

No comments:

Post a Comment

Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...