Sepatutnya anak2 ada acara marathon disekolahnya pagi ini tapi dibatalkan, maka adalah sedikt masa nak update blog Alyna's Homemade Passion. Disini ingin kulontarkan sedikit pendapatku mengenai penggunaan laman sosial FB. Terus terang, aku bukanlah pengguna baru ataupun lama dalam FB, adalah dalam setahun kot sejak buka akaun ini itupun atas desakan rakan2 untuk jadikan FB sebagai perantara komunikasi bila kami berjauhan. Pada mulanya aku rasakan FB ini adalah sesuatu yang melalaikan dan membuang masa saja, memang tak suka pada perkara2 seperti itu. Agak lama kubiarkan FBku hidup umpama sampan tanpa pendayungnya, terawang2 di alam maya begitu.Tapi sekarang, tak boleh tidak sekurang2nya 10minit sekali dalam sehari pasti kujenguk FB untuk lihat perkembangan atau status rakan2 diFB2ku. Hahaha...pelik dan kelakar tapi benar!
Kukira bukan aku saja yang berlakuan 'pelik' seperti ini malah berpuluh2 juta pengguna FB juga melakukan perkara yang sama, Kalau tak sehari sekali, seminggu sekali atau sebulan sekali mesti nak jenguk..namun pastinya ada. Malahan ada yang dah tutup akaun, buka balik sebab terasa hidup seperti tak berwarna lagi tanpa FB. ..:((. Salah seorangnya akuler...wakakaka) Dari pemerhatian ku selama setahun berFB ini, berbagai ragam pengguna FB kudapati, dimana antaranya dapat kurumuskan pada 10 berikut :
- Berkongsi pengalaman, gambar2, video serta memberi komen2 (paling popular)
- Menyampaikan/ berkongsi maklumat dan dakwah agama
- Menyampaikan berita2 dan isu2 semasa
- Meluahkan perasaan semasa samada gembira, duka,benci,marah dll
- Mencari prospek atau pelanggan untuk perniagaan
- Berkongsi resepi masakan
- Berkongsi teknik atau panduan tertentu (online support)
- Berkenalan atau mencari pasangan/jodoh
- Berpolitik
- Berchatting
- Sebagai pembaca saja
(oops ..terlebih sudah!
Setakat ini, belum lagi aku terjumpa fakta survey mengenai taburan peratusan penggunaan FB, kalau jumpa nanti akan ku lampirkan link urlnya disini. Walau apapun tujuan atau cara kita berFB biarlah ianya dengan tujuan, niat yang baik serta jujur. Setiap patah perkataan yang ditulis melalui FB akan dinilai oleh para pembaca FB yang lain, bukan nilai maksud ayat yang ditulis saja malah dinilai juga diri kita sebagai penulisnya. Itulah salah satu kelemahan pada diri manusia iaitu menilai manusia walaupun hak menilai itu hanya ada pada Allah yang Maha Esa saja. Kesan tulisan hasilan pena adalah sama kesan tajamnya dengan perkataan yang diluah dari mulut. Bagiku, tiada kebenaran pada kata orang2 lama iaitu " sipolan tu mulut saje jahat tapi hati baik". Begitu juga dengan pepatah dalam bahasa Inggeris ' Dont judge the book by its cover' . Bagiku, dari hatilah keluar ke mulut, jadi apa yang diluahkan melalui tulisan atau mulut , memang asalnya dari hati dan ini tidak secara langsung mencermin diri individu itu yang sebenar. Dan dari luaran buku itu juga dapat menggambarkan sedikit sebanyak apa isi dalamnya. Betul tak? Kalau tiada sama, maka kita dikatakan sebagai hipokritlah pulak ...:))
Akhir kata, usahlah mencari permusuhan dan persengketaan melalui FB, menabur fitnah atau sesatu berita tidak baik tanpa sokongan fakta yang kukuh elok dijauhkan juga. Fikir2kanlah....
Salam sayang dari saya dan selamat berFB dan berblogging!
No comments:
Post a Comment