Thursday, January 26, 2012

Lemon Cheese Cake / Kek Keju Lemon


Sempat buat 2 adunan kek keju untuk minum petang untuk isi masa lapang. Tak sampai malam, habis sebiji kek!! Memang sedap..jangan tak cuba yo!!

Bahan-bahan:
  • 200gm gula kastor (saya kurangkan kepada 180gm)
  • 150gm mentega
  • 150 gm tepung kek (boleh gunakakan self-raising flour)*A
  • 50gm tepung jagung*A
  • 1 sudu teh serbuk penaik (jika guna self-raising flour, saya guna 1/2 sudu teh saja)*A
  • 125 gm krim keju
  • 3 biji telur gred A (boleh guna 7 biji telur gred B utk 2 adunan)
  • 1 sudu makan kulit buah leman (di parut)
  • 1 sudu makan jus lemon (diperah)
*A - diayak bersama

Cara-cara
  1. Griskan acuan bulat kek 8inci dan lapik dengan kertas minyak (jika ada). Panaskan ketuhar pada suhu 180darjah C selama 10 minit. (panas ketuhar adalah bergantung pada jenis ketuhar anda. Untuk jenis ketuhar saya, saya biasa setkan kepada 170darjah C dan kurangkan kepada 160darjahC bila nampak kek cepat menjadi kecoklatan..)
  2. Pukul krim keju, mentega dan gula hingga kembang dan berkrim. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga sebati dan kembang.
  3. Masukkan bahan A dan gaulkan sehingga sebati.
  4. Masukkan parutan dan jus lemon dan gaul rata.
  5. Tuang adunan dalam acuan kek dan bakar selama sejam
~Selamat Mencuba Ya!! ~

Monday, January 23, 2012

Persekitaran pengebumian jenazah Allahyarham Izwan Pilus



Gambar-gambar yang sempat kami ambil semas pengebumian Allahyarham penyanyi Izwan Pilus yang kembali kerahmatullah pada 20/1/2012 jam 6.15pm di Hospital Ampang. Kehilangan beliau memang amat dirasai oleh kami seisi keluarga. Semuga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AlFatihah.

Tuesday, December 13, 2011

Kuih Habuk2 Sago Gula Melaka


Bahan2:
  •  500gm sago biji (dicuci, rendam 10-20 minit dan ditoskan)
  • 250 gm kelapa parut (putih)
  • 400gm gula melaka yang dihiris2 (boleh dikurangkan jika tidak mahu manis kepada 250gm-300gm)
  • sedikit garam (~1 sudu kecil)
Cara2:
  1. Masukkan sago biji, separuh bahagian kelapa parut dan garam ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.
  2. Masukkan satu lapisan sago yang ditoskan ke dalam loyang, tekan2kan sedikit agar mampat.
  3. Taburkan gula melaka di atasanya,
  4. Masukkan satu lapisan akhir sago pula, tekan2 lagi.
  5. Taburkan gula melaka dan kelapa parut di atasnya.
  6. Rebus air kukusan bersama daun pandan sehingga mendidih.
  7. Kukuslah kuih selama lebih kurang 25-30 minit atau sehingga sago benar-benar kembang.
  8. Bolehlah potong apabila kuih benar-benar sejuk
<<<Selamat Mencuba >>>


Thursday, November 24, 2011

Minestrone Soup with Fusilli


Just made this for dinner tonite.
Recipe to be updated soon.

Saturday, November 19, 2011

Puding Roti


Dalam kesibukan siang tadi sempat lah kedapur kejap buat puding roti, sementara kedai ID  datang rumah untuk berbincang mengenai kabinet2 dan langsir rumah. Kebetulan pula ada lebihan roti gardenier yang tidak habis, sebelum tarikh luputnya tiba lebih baik digunakan .
Resepi puding roti telah sempat saya salin dari Chef Chearson Lian yang disiarkan di TV baru-baru ini. Memang mudah dan sedap dan manis rasanya sedang elok. Kepada sesiapa yang tiada berkesempatan menonton atau menyalin resepi mudah puding roti Chef Chearson, disini saya kongsikan bersama:
Bahan-bahan:
  • Roti - 1 buku (saya guna Gardenier )
  • Susu segar - 2 cawan ( atau lebih supaya dapat acup susunan roti)
  • Gula pasir - 5 sudu besar
  • Telur : 4 biji
  • Esen vanilla - 1 sudu kecil
  • Secubit garam
  • Serbuk kulit kayu manis (cinnamon powder) or sebuk buah pala (nutmeg) - ikut suka (untuk taburan)
  • Kismis kering - ikut suka (untul taburan)
  • Gula perang (brown sugar) - ikut suka (untuk taburan)
 Cara-cara;
  1. Sapukan kepingan roti dengan mentega. Potong empat dan susun rapat2 di dalam loyang pembakar.
  2. Masukkan susu segar , garam, gula pasir dan esen vanilla dalam periuk dan panaskan setakat untuk cairkan gula saja, tiada perlu sehingga mendidih. Tutup api.
  3. Pukul telur untuk sebatikan kuning dan putihnya. Kemudian, campurkan telur ke dalam adunan susu tadi. Kacau rata.
  4. Tuangkan adunan susu dan telur ke atasu susunan roti.
  5. Taburkan kismis, serbuk kilit kayu manis atau buah pala (cinnamon/nutmeg powder ) dan gula merah.
  6. Bakar puding pada suhu 180 darjah Celcius selama 25-30 minit.
  7. Enak dihidangkan bersama ais-krim, kastad atau susu sejat (ideal/carnation yang dicampurkan dgn gula dan esen)
Nota: Puding saya kali ini memang nampak kurang kembang sedikit kerana susu yang tidak mencukupi. Boleh tambah susu jika ada.
 ~Selamat Mencuba~

Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...