Tuesday, May 24, 2011

Puding Batik Biskut Marie - 15 minit Siap!!


Tetiba saja petang tadi terasa nak buat puding batik yang kira2 sudah lebih dari setahun tak membuatnya. Kebetulan memang ada sebungkus biskut Marie  yang telah dibeli dalam 2 minggu lepas tapi masih belum digunakan lagi.. Kesian pulak tengok Si biskut Marie dok duduk termenung menunggu, masih belum ada siapa sudi memakannya. Apa lagi tanpa berlengah, saya terus saja ke dapur dan membuat puding batik ini.  Lagipun anak2 memang sukakan puding ni, almaklumlah coklat katakan!! 
Ramai yang memanggilnya Kek Batik Biskut Marie tapi saya lebih suka menamakannya sebagai Puding Batik Biskut Marie, oleh kerana cara memasaknya lebih kepada cara membuat puding dan kelembutannya pula seperti puding juga. Apa2pun bahan2 serta cara memasaknya adalah lebih kurang sama. Tempoh masa menyiapkan bahan2 dan memasaknya tak sampai pun 15 minit. Mudah sangat!
Berikut adalah resepinya:

Bahan2nya:
  • Biskut Marie - 1 bungkus (350gm)
  • Mentega (Butter) - 125 gm
  • Telur -  2 biji (dipukul dulu, setakat untuk menggaulkan yang kuning dan putih saja)
  • Serbuk Koko - 1/2 cawan
  • Serbuk Milo - 1 cawan
  • Air putih/Susu Segar- 1 cawan (saya guna air yang telah masak atau boleh guna susu segar )
  • Gula Pasir - 1/2 cawan (boleh kurang sikit sebab biskut sudah pun manis)
Cara2nya
  1. Patah-patahkan biskut di dalam mangkuk.
  2. Di dalam periuk lain, campurkan air putih/susu segar masak, gula, koko dan milo. Kacau hingga larutan sebati.
  3. Panaskan larutan coklat di atas api yang sederhana hingga semua bahan2 larut sepenuhnya. Tak perlu mendidih pun tak mengapa sebab kita gunakan air masak di sini.
  4. Masukkan mentega pula dan kacau hingga mentega cair. Kecilkan api.
  5. Masukkan telur yang telah dikacau tadi , kacau-kacau sehingga adunan pekat sedikit. (1-2 minit saja)
  6. Padamkan api.
  7. Masukkan pecahan biskut Marie ke dalam periuk , gaul sehingga biskut disaluti larutan coklat dengan sepenuhnya.
  8. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai dan tekan2 puding hingga padat. (boleh guna senduk leper atau tangan yang dibaluti plastik)
  9. Biarkan puding sejuk di luar dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
  10. Setelah puding benar sejuk, keluarkan dari peti ais dan barulah boleh dipotong.
Nota: Puding ini adalah versi yang lembut dan enak jika dimakan semasa sejuk. Kalau pembaca inginkan biskut Marie stays crunchy, mungkin boleh biarkan larutan coklat sejuk sedikit dan barulah digaulkan dengan bislut Marie. Saya belum pernah cuba lagi cara ini kerana lebih suka versi lembut ini.:)

~ Selamat mencuba ~

1 comment:

Anonymous said...

ini kek ke puding...?? mcm kek je.

Post a Comment

Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...