Tuesday, October 18, 2011
Ayam masak lemak tempoyak dengan pegaga
Tuesday, September 13, 2011
Raya-Raya 2011 - Part 2 (Kawan-Kawan Muqri)
Suatu petang Muqqri beritahu ku dalam sehari-dua sebelumnya 'Mama , kawan2 iki nak datang lepas asar Sabtu ini'. Terkejut jugak bila tetiba je beritahu, padahal sudah ada beberapa jemputan raya jiran pada hari yang sama juga. Jawap ku " Ye ke, berapa orang agak2nya?" . " Dalam satu kelas mama" - jawab Muqri. "Ramai juga tu sayang kalau betul satu kelas, tapi Mama tak siap apa2 ni. "balas ku. "Takpa, makan kuih raya pun takpe Mama. Iki boleh tolong Mama masak , sebab Iki pun pandai juga".Begitulah Muqri yang sememamg pandai menjaga hati Mamanya. (Yang rajin buat waffles sendiri, ommelette dan pernah buat crossaint dan bun ikut resepi dari internet semasa Grade 6, memang jadi budak tu buat)
Makanya, apa yang mudah dan terlintas untuk kusediakan hanyalah mee goreng, puding caramel , ayam drummets dan nuggets goreng serta nasi impit & lemang + rendang serunding.
Walau datangnya agak lewat dan tidaklah seramai satu kelas seperti apa yang dikatakan oleh anakku, meriah jugalah bebudak ni berborak sesama sendiri. Yang perempuannya manis dan ayu2 belaka serta berbudi bahasa menawarkan bantuan untuk menolongku ke dapur lebih2 lagi yang bernama Inshirah tu.hehe . Seronok betul engok2 budak2 ni berborak sampai maghrib baru balik..
Minggu hadapan rancangan rakan2 Amirul pula beberapa konvoi akan datang beraya dari rumah ke rumah.Begitutlah mereka setiap tahun akan datang secara beramai-ramai beraya dari rumah ke rumah tanpa menunggu rumah terbuka.....
Sedang ku fikirkan menu apa untuk dihidangkan. :)Thursday, September 8, 2011
Puding Krim Karamel
Juadah manis untk berbuka puasa hari ini. Di bawah adalah resepi untuk dikongsi bersama.
Gula Hangus (Karamel)
- 1/4 cawan gula pasir
- 1/4 cawan air putih
Puding
- 4 biji telur + 1 telur (ambil kuning saja)
- 3 cawan susu UHT (fresh milk pun boleh atau susu Ideal/Carnation)- saya guna 1 cawan UHT creme Anchor dan 2 cawan fresh milik.)
- 1/2 cawan gula
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1/2 sudu teh pewarna kuning (orange yellow) - jika mahu
Cara-cara
Gula hangus
- Goreng gula pasir atas kuali pada api kecil sehingga gula menjadi kekuningan emas. Setelah gula menjadi kekuningan emas, masukkan air putih dan kacau hingga gula hangus cair keseluruhannya di dalam air.
- Angkat dan tuang gula hangus ke dalam mangkuk kaca acuan untuk puding.
Puding
- Pukul telur dan kuning telur hingga sebati dengan garpu didalam mangkuk
- Masukkan susu dan gula pula ke dalam mangkuk adunan telur dan pukul rata.
- Tuangkan ke atas mangkuk kaca acuan yang ada gula hangus.
- Kukus selama 1.5 jam. (Buka tudung kukusan setiap 1/2 jam dan buang air kukusan)
- Angkat dan biar sejuk sepenuhnya sebelum dibalut dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk
- Hidang semasa sejuk.
~ Selamat Mencuba ~
Saturday, September 3, 2011
Raya-Raya 2011 Part 1 - Melaka
Kebiasaan seperti tahun2 sebelumnya, kami sekeluarga akan pulang ke Kuala Terengganu (kampung sebelah suami) 2-3 hari sebelum hari raya untuk habiskan puasa dan sambutan raya di sana. Kemudian barulah pulang ke Melaka untuk berjumpa saudara-maraku pula.Anak2 memang amat gembira sekali dapat berjumpa dengan sepupu-sepupunya yang semuanya hampir sebaya. Aneka jenis lauk2 dan nasi2 pantai timur yang terkenal kehebatannya membuat aku begitu rindu sekali. Namun begitu, pada tahun ini perancangan kami berubah arah pula di saat akhir.Mengingatkan janjiku untuk melawat ibu saudara yang baru sahaja kehilangan suami tercinta (bekas imam dan abang kepada allayarhamah ibuku) dalam bulan puasa, maka bercadang untuk pulang ke Melaka sahaja. Alhamdulillah, setelah puas mencari hotel untuk menginap maka dapatlah juga tempah di salah sebuah hotel di Farmosa Garden, Klebang, Melaka.(pertama kali kami menginap..bolehlah).
Tiada banyak rumah yang dapat kami pergi...hanya 7 buah sahaja dan kesemua ziarah itu kami lengkapi dalam masa satu hari sahaja. Sayangnya kami terlupa nak ambil gambar2 untuk postkan disini, rumah kampung Melaka yang adanya masih dikekalkan bentuk lama dan ada yang dimodenkan.Setiap rumah yang kami singgah, semuanya menyediakan juadah yang hebat2 belaka. Ketupat rendang, lemang, nasi minyak, lauk2, tapai, dll semuanya ada lagi maklumlah hari raya kedua..hehe. Rumah pertama yang kami singgah adalah rumah Kak Ani (sepupuku dan ibu kepada penyanyi Aril AF7 dan Izwan Pilus) . Rumah kak Ani memang tiap-tiap tahun selama seminggu sentiasa tidak lekang dikunjungi tetamu , maka iti dia memang perlu bersedia awal agar hidangan mencukupi. Kebetulan Aril dan Izwan ada dirumah ketika kami sampai, kelihatan bukan main celoteh mereka dok melayan peminat2 terutama Aril yang semakin hencem dan matang tu. Kemudian ku ziarahi pula Mak Cet (sebutan pelat untuk Makcik..hehe) Pe'ah (satu2nya adik beradik ayahku yang masih hidup, yg kini sudahpun menjangkau usia lebih 90 tahun) di rumah anak sulongnya Abang Bujang .. Mak Cet kelihatan masih sihat dan kuat lagi ingatannya..sebut je Alin terus dia ingat. Cuma mata dan pendengarannya sedikit berkurangan serta lutut kakinya yang semakin lemah. Wahai Mak Cet, hanya dia sahaja yang ada untuk mengingatkan aku kepada ayah...:( yang sudah lebih 20tahun meninggalkan kami adik beradik.
Kami sempat juga menziarahi Mak Ngah (kakak kepada arwah ibuku) di Kampung Melangkan yang hanya kini hanya tinggal berdua bersama anak tunggalnya setelah ditinggal suaminya beberapa tahin lalu. Tidak pernah kulupakan untuk melawat Mak Ngah setiap kali pulang ke kampong, yang kelihatan semakin uzur dari tahun ke tahun itu
Saat yang paling tidak dapat kulupakan adalah setiap kali pergi rumah Pakcik Hj Hassan (adik kepada arwah ibuku dan juga imam dan kadhi Kg Masjid Baru, Nyalas), pasti ada saja lauk-lauk kampung yang sedap. Cara masakan makcik memang pure minang style membuatkan kami bertambah2 nasi. Last year, makcik sediakan rendang 'napuh' atau 'rusa kecil' yang dipanggang dahulu sebelum di'rendang'kan. MashaAllah...punyalah sedap, belum pernah kurasakan mana2 masakan sebelum ini selain masakan ibuku dan arwah maklong ku. Kali ini, daging salai masak cili api dan asam pedas kampong style paling mantop pula serta lauk2 dan ulaman2. Apa2pun, kami serbu kedua2 lauk ini sebab memang lazat sgt...alhamdulillah, rezeki kami dapat merasai lagi masakan Makcik.
Ramai juga sepupu2ku yang tidak dapat ku jumpa sebab ada yang memulakan raya mereka desebelah mertua dan ada juga yang bali sekejap saja. Walau apapun, berhari-raya dikampung adalah suatu kemestian buatku supaya anak2 tidak lupa di mana kampung halaman dan asal-usul ibubapanya dan mengenali saudara-mara. InsyaAllah.- to be continued
Saturday, August 27, 2011
Tip-tip Asas Sebelum/Semasa Menjalankan Perniagaan Biskut Dari Rumah
Alhamdulillah, akhirnya dapatku sempurnakan segala pesanan pada 25/8/2011 termasuk pesanan yang dimaklumkan selepas tarikh akhir penerimaan permohonan pada 19/8/2011. Walau semalam ada lagi yang memesan untuk dapatkan biskut Alyna Lyn namun terpaksa ku tunda hingga ke minggu kedua hari raya supaya dapat kuberi tumpuan pada kerja-kerja rumah sebagai persediaan hari raya aidilfitri pula.
Tiada banyak persiapan yang perlu sebenarnya, tiada pertukaran perabot atau perhiasan dalaman rumah selain dari membersih dan menyusun semula perabot sediaada. Perabot, langsir dan alas-alas sofa, carpet malah perhiasan bunga yang sangat aku gemari semuanya masih elok dan boleh digunakan lagi. Persediaan raya untuk tahun in bolehlah dikatakan yang paling minima sepanjang aku ingat dalam menyambut hari raya.
Mengimbau kembali mengenai perniagaan cookies raya yang baru setahun dua kuceburi secara kecil2an ini , dapatku simpulkan beberapa 'improvements' perlu dilakukan dimasa hadapan iaitu dari segi konsistensi acuan/bentuk biskut, rasa, harga, pilihan bungkusan ( packing), strateji pemasaran, tenaga kerja dan pembahagian masa serta stok.
Tiada banyak persiapan yang perlu sebenarnya, tiada pertukaran perabot atau perhiasan dalaman rumah selain dari membersih dan menyusun semula perabot sediaada. Perabot, langsir dan alas-alas sofa, carpet malah perhiasan bunga yang sangat aku gemari semuanya masih elok dan boleh digunakan lagi. Persediaan raya untuk tahun in bolehlah dikatakan yang paling minima sepanjang aku ingat dalam menyambut hari raya.
Mengimbau kembali mengenai perniagaan cookies raya yang baru setahun dua kuceburi secara kecil2an ini , dapatku simpulkan beberapa 'improvements' perlu dilakukan dimasa hadapan iaitu dari segi konsistensi acuan/bentuk biskut, rasa, harga, pilihan bungkusan ( packing), strateji pemasaran, tenaga kerja dan pembahagian masa serta stok.
Sebagai perkongsian bersama pelawat-pelawat yang mungkin mempunyai aliran minat yang sama dalam perniagaan biskut raya dan rujukan diri, di sini kuturunkan beberapa 'tips' asas:
- Pilihan biskut yang tepat untuk jualan di hari raya. Anda mungkin mempunyai kemahiran dalam pelbagai biskut, namun perlu fokus kepada biskut atau biskut-biskut yang menjadi kekuatan anda dan keunikan biskut anda dari yang lain.
- Penetapan Sasaran Pelanggan (Target Customer). Semakin luas lingkungan kawasan sasaran anda maka semakin tinggilah keperluan kos operasi diperlukan (tenaga,pengangkutan, bahan-bahan asas dan masa). Ini terpulang pada keupayaan masing2 asalkan kualiti produk tidak terjejas.
- Pengedaran sample biskut pilhan yang lebih awal (untuk yang baru nak memperkenalkan biskut) kepada pelanggan sasaran atau ajen distribusi, seeloknya 2 bulan sebelum bulan puasa.
- Penetapan tarikh akhir penerimaan pesanan mengikut kesesuaian tenaga kerja yang ada.
- Penyediaan dokementasi pangkalan data pelanggan dalam bentuk spreadsheet atau apa jua format contoh (.xls) paling mudah. - (Contoh format akan diberi kelak)
- Anggaran stok bahan-bahan biskut bersesuaian dengan jumlah pesanan yang diterima.
- Dapatkan maklumbalas dari sempel biskut edaran dan cuba selaraskan perubahan 'improvement' contoh kurangkan gula jika ada maklumbalas pelanggan mengatakan terlalu manis, lebihkan inti dan sebagainya. Mungkin anda tidak dapat memenuhi kesemua maklumbalas pelanggan , pilihan 'majoriti' adalah yang terbaik.
- Pilihan bahan-bahan yang segar dan berkualiti baik.
- Beli bahan-bahan biskut seawal mungkin bagi mengelakan kekecewaan kerana kehabisan stok di pasara-raya atau baking center terutamanya bahan-bahan spt inti/jem, mentega dan balang/bekas kuih yang mana pembekalnya agak terhad.
- Belilah bahan-bahan dalam anggaran yang besar (in volume), bukan sedikit-sedikit, tapi tidaklah berlebihan dari jumlah keperluan pesanan. Disini pengemaskinian rekod atau pangkalan data pesanan pelanggan amatlah penting sebagai rujukan anggaran keperluan bahan-bahan sebelum pergi ke pasar-raya. JANGAN MALAS!!
- Survey kedai yang menawarkan harga termurah bahan-bahan biskut. Kebiasaannya pasar-pasar raya dan baking center akan menawarkan harga diskaun apabila hampir bulan ramadan. (Contohnya TESCO pada tahun ini telah menwarkan harga yang termurah untuk balang-balang kuih berbanding dari pasar-pasar raya lain yang sempat saya pergi, malah semakin hampir hari-raya, semakin murah pula harga ditawarkan.)
- Pilihan balang/bekas yang menarik dan bersesuaian dengan bentuk dan kerapuhan biskut.
- Penetapan harga biskut mengikut jumlah isian dalam balang/bekas kuih. Lazimnya, ramai peniaga biskut raya menetapkan harga mengikut jumlah 'standard' contoh 50pcs-RMxx, 100 pc- RMyy tapi anda boleh juga tetapkan harga dalam jumlah yang pelbagai asalkan jumlah isian biskut memenuhi balang/bekas dengan elok (tak loose). Maknanya, kita cari 'balang/bekas dahulu, dapatkan jumlah tepat biskut yang muat dalam balang tersebut dan barulah tetapkan harganya. (Reversed mathematical calculation) . Jangan lupa kemaskini rekod untuk rujukan tahun berikutnya pula..:)
- Labelling - Banner perniagaan anda dan tag tarikh luput biskut untuk menambah keyakinan pelanggan/ajen distribusi terhadap anda.
- Penyediaan Blog atau lamanweb (facebook, flickr,Fotopage,dll) perniagaan sudah menjadi trend terkini untuk memuatkan gambar dan penerangan ringkas biskut anda. Namun begitu, bagi produk baru , blog atau lamanweb bukanlah merupakan satu-satunya saluran pemasaran produk anda yang terbaik. Dari pengalaman dan perhatian saya, > 80% pembeli (buyer) adalah diperolehi melalui 'offline' (luar internet) @ 'sampling method' dan bukan dari internet melainkan jika jenama produk anda atau syarikat anda yang memang sudah dikenali ramai dan diiktiraf.
- Harga yang kompetitif (lakukan survey diinternet atau dikedai2) , tapi hendaklah pulang modal. (kalau tidak bukanlah berniaga namanya...hehe)
- Kekalkan hubungan yang baik anda dengan pelanggan dan ajen2 pengedaran anda.
- Improvisasi pada biskut samada dari segi rasa, rupa dan ' packaging ' haruslah dilakukan dari masa ke semasa bagi mengekalkan keyakinan pelanggan terhadap produk anda dan menghadapi persaingan yang semakin hebat. Jangan takut untuk buat sedikit perubahan pada resepi jika anda rasa perlu.
- Sifat jujur dan amanah di dalam perniagaan adalah dituntut dalam Islam, maka kekalkanlah sifat ini agar perniagaan kita diberkati Allah SWT.
Dalam saya menrurunkan langkah-langkah.tip-tip di atas , saya juga memesan pada diri saya supaya menjadi lebih 'organised' , merancang dengan baik setiap langkah yang ingin dilaksanakan bagi memastikan hasil-hasil yang diusahakan adalah yang terbaik dan dapat memuaskan hati pelanggan.
"DO FIRST THING FIRST RIGHTLY"
"USAH TAKUT PADA KEGAGALAN KERANA KEGAGALAN SEBENARNYA MENGAJAR KITA UNTUK LEBIH BERUSAHA DAN INSYAALLAH KEJAYAAN AKAN MENJADI MILIK KITA."
~ Selamat Mencuba~
Subscribe to:
Posts (Atom)


